ermmm tahun depan dah 4 tahun.. dah nak tadika. Perancangan asal nak masukkan dia ke Children Islamic Center, macam abang Najmi dulu, tapi disebabkan awal tahun ni saya sudah 'tercampak' kerja menjadi warga KL, saya kurang yakin nak biarkan anak umur 4 tahun naik turun van dari rumah ke tadika, jauh juga jaraknya, dari rumah nak ke CIC terdekat, dia Presint Diplomatik, dalam 4-5km mungkin. Dengan laluan utama dari situ ke rumah jalan lenggang, dan beberapa kali terserempak dengan van CIC yang dipandu laju, huii takut teman.. Rasanya mungkin hantar ke tadika-tadika berdekatan kot.. tapi kat area perumahan kami, saya belum survey tadika mana yang ok, sebab semua tadika biasa saja, tak tau program diaorang macam mana.
Tak semestinya tadika biasa program dia tak bagus kan? saya nak tengok juga silibus dan plan pembelajaran mereka macam mana. Actually, saya nak cari tadika yang guna kaedah phonic untuk mengajar, sebab dah tengok abang Najmi dulu cepat membaca dengan kaedah ni. So far, belum pegi survey lagi...
Ok citer Abang Najmi pulak.
Makin menginjak nak masuk remaja, tahun depan dah boleh panggil umur belasan tahun, uhuhu 11 tahun kan? dia pernah tanya dia ni kanak-kanak ke remaja? emmmm bila kata kanak-kanak, nanti dia persoalkan, kalau kanak-kanak mesti dia boleh buat tu. buat ini.. kalau kata remaja nanti dia minta itu, ini.. susah nak bentuk jiwa dia. Sesekali menguji kesabaran, menyebabkan saya dan babah dia hangen semacam. Kadang kala baik tak dijangka2. Satu sikap saya puji, suka beralah dengan adik. Alhamdulillah. Concern kami ialah nak didik jiwa dengan nilai agama tu penting.
Akademik dan agama tu biar seimbang. Itu sebab walau dah sekolah agama, tetap juga panggil ustazah ajar dia mengaji lagi malam-malam, kalau ikutkan kesian juga, pagi sekolah, ptg sekolah agama, malam mengaji lagi, buat keja sekolah dan sebagainya. Tapi usia macam ni bagi saya kritikal, penting dia fahamkan tajwid, dan lancarkan bacaan Quran. dan banyak juzuk dia abehkan, tak lama lagi boleh khatam. Insya-Allah.. Kalau ke majlis tahlil, masjid, dia peneman babah. Kena ajar dan asuh dari budak-budak bergaul dengan orang2 lebih tua dan ke majlis tahlil, doa selamat. setidaknya tau dia nak bawa diri dalam majlis macam tu.
Dua hero kesayangan saya...
Cerita makan... ni pic minggu lepas, dah malam tetapi masing-masing lapar...
Disebabkan saya naik berkilo-kilo balik lepas raya, maka saya hanya makan jagung bakor tu setengah batang... hero-hero saya makan sosej dan daging burger.. itu tangan pakcik gebu membakor daging burger, dan tnagan gebus saya membakor jagung..
Sekarang dalam misi nyah kembali kilo-kilo yang naik selepas raya. sangat kejam, berbulan-bulan saya mendietkan diri untuk hilang 10kg, dan sudah berjaya, sehingga lebih dari 10kg yang itu.. musim raya naik berkilo-kilo dalam masa 2-3 mggu, oh dunia ini kejam.
Ini foto saya masa bulan posa itu hari.. i look kecut kan?? compare dolu-dolu.. tapi sangat ampeh, lps raya naik beb.. itu baju beli size 48 beb... sebelum ni pakai baju size 54-52... ni motivasi nak balik macam niiiii
ni zaman yang tak sanggup di lihat gambarnya
start mggu lepas dah mkn sayur je kembali jadi macam rabbit semula.. uhuhu... dan senanam terkini, saya dah pandai berenanggggg dan saya akan berenang selang sehari.. (ahhahah ni pasai baju swimming ada selai je, jadi sehari pakai, sehari jemur) berenang kat kolam presint 16, tak dalam, so ke hulu ke hilir berenang tak la tenggelam, kalau kolam yang dalam, tak terrer lagi... takut tenggelam..ahahahah sebab tak pandai 'mencuri' nafas masa berenang, tahan nafas dalam air, tapi penat, dan seronok burn banyak kalori... serius kalau saya tau berenang menyeronokkan dan burn beratus kalori dalam masa sejam, dari dulu haku belajar berenang..
5 Komen:
ala p-nut, ari tu masa akak jumpa kat tempat kerja, ok je..
kak iza...
kak, gambo yg akak tak sanggup nak tgok itulah yg akan memotivasikan akak.... tengok ari2 pun takpe nak cetuskan semangat nak berdiet...
Pinut, i pn dah pandai berenang nanti kita burn kalori sama sama ok
yg muka sket tu adalah saya ke kak pnut?? ni masa AF kat Putrajaya ek?
kak Iza-masa tu masih menten, setelah berdiet, skrng berat naik sikit
Aini-ya harus aku kena motivasi diri tiap hari
Zar-pnut pegi malam... jommmm
Daun-ye awaklah ituuuu
Post a Comment