Wednesday, September 21, 2011

Isu Zizan dan selawat 'syaitan' dalam Hantu Bonceng.


Beberapa forum dan group kat FB berdebat pasal isu Zizan sebut Asshaduanna Muhammaddar Syaitannn dalam filem Hantu Bonceng yang bangang tu. Gua respect sapa boleh pi tengok wayang, sapa subsribe kat astro first, dan layan filem tu dari mula sampai abeh. Memang respect, saya tengok PERCUMA kat internet pun tahan takat tengok sampai part 2 saja, iaitu lebih kurang 25 minit. Seterusnya pangkah dan tukar tengok citer lain. Baik layan Mimi Mencari Cinta lagi masyuk...

Saya cari video pendek yang ada budak buat dan fokus kat part dia sebut tu, tp takder, yg ada ini...

perhatikan kat minit ke 6:15-6:25 tu.. ada disebut perkataan seperti di atas.. itulah isunya..



dan isu jadi besor juga, dan ada orang tegur si pengarah, dan ini lah jawapan pengarah tu.. so gua hilang respect terus.. Pakar agama bertauliah kat finas siapa ek.. sian diaorang..



Saya rasa cukup la kita ada pengarah macam Prof Razak tu kita tak perlukan lagi klon-klon dia.. Jadi Ahmad Idham tak payah la nak join the club..

Dan isu lain yang jadi hot ialah Tahajud Cinta, orang hentam Erma, orang hentam penulis skrip, abang Mazelan Manan, yang mana saya ada baca beberapa komen dan ulasan dari saudara Mazelan sendiri di FB beliau dan di satu group FB, betapa jalan cerita dirombak kerana tekanan dari pihak stesyen tv yang mahu begini, begitu yang nak pastikan rating mereka tinggi, maka Erma Fatima pun pening jadinya. Dan isu yang dipertikaikan ialah watak Uztaz Shauki yang 'laparkan' anak dara orang nak buat bini, dah 4 bini, sanggup ceraikan sorang sebab nak kawen dengan Seri. Jadi ada puak yang menafikan dan tidak setuju watak seorang ustaz digambarkan begitu. Hallloo kamonnn in real life ada je manusia berlagak alim tp perangai begitu.. sepah-sepah ada...

Kawan-kawan saya sendiri pun ada yang jadi mangsa. Ada juga kawan keja doktor citer, ada kes budak 'tak berapa cerdik' tak sure Autisme atau down syndrome, kena rogol dengan Pak Aji berlebai yang merupakan jiran sendiri, sampai budak tu mengandung, dan sebagai manusia yang tidak berakal sempurna seperti kita, apa kita expect dia akan buat bila dia sakit nak beranak? walau doktor plan nak operate saja, tapi tak sempat tiba waktu, dah nak terberanak.. berlari dia keliling wad sakit sangat.

Tu belum lagi statistik para pak serba bawa anak dara orang kawen kat siam.. ramaiiii...

so itu realiti, realiti macam ubat.. pahit untuk ditelan, walau ibu ubat paling mujarab.

huh... gerun.

4 Komen:

Unknown on 3:46 PM said...

bukan orang y mengomen tu penting tapi apa yang dikomen..apa salah trima dgn seadanya..hmm...

ini yang di kata kak..bodoh tak leh nak di ajar..cerdik tak leh nak di tumpang..nauzubillah

Zareda Norman on 4:45 PM said...

tak boleh tahan tgk komen idham.. angkuhnya jawapan dia.. tapi siapakah ahli agama bertauliah dalam LPF tu ek...

Aini Razali on 7:39 AM said...

bukan main lembut bicara incik azahari tu.. kasar dan pedas dibalas oleh ahmad idham.. sungguh tak educated dan tak ke'integriti'an langsung. hilang terus rasa hormat...

Anonymous said...

Budak Autism bukannya budak yang tak berapa cerdik alias 'bodoh'....cuba buat rujukan dahulu sebelum main tulis aje..main hentam keromo aje!!

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino