Tengok tak drama Pusing Beraya, kat tv3 itu hari? ehehe saya baru tengok, tgk online jek. Kelakor jugak, Jalaludin Hassan jadi lelaki lembut. pandai menjahit, memasak, menghias rumah. Hahaha teringat sorang kenalan saya, suaminya lelaki lembut, jurumekap ouls... Lebih kurang camtu, kalau bab rumahtangga, kawan saya kejanya beranak.. ahahah lembut-lembut pun hampir setiap tahun kawan ai beranak you.. lembut bukan sebarang lembut. Kawan ni saya kenal masa bersalinkan Najmi, 10 tahun lepas. Dia 'jiran' katil sebelah. lama juga berjiran, sbb dua-dua ada masalah, kena darah tinggi, dan dua-dua anak keluar tak cukup bulan. Saya beranak dulu, kemudian baru dia, masa dia lps beranak, laki dia tip top ouls.. jaga betul.. siap masakkan sup haruan, pakaikan stokin, sapu minyak panas, etc.. bila sampai je kat hospital, dia akan amek alih jaga anak, losyenkan, tukar diapers la.. kelasss ouls...
Saya borak ngan kawan ni, dia citer kalau bab hiasan rumah memang semua keja suami dia je, dia yang decide, dari corak langsir, beli karpet, pinggan mangkuk.. saya tanya gak, tiap hari siapa masak? kata dia, kalau hari biasa dia masak la simple2, tapi kalau ada tetamu nak datang, atau buat makan-makan kat rumah, laki dia akan masak, setting table, susun sudu bagai.. hahahaha sweeettt je kan? Kebetulan masa saya dapat keja gomen, jejak kasih semula dengan kawan ni, kebetulan kami keja kat parcel C putrajaya, sesekali mmg terserempak, dan hampir tiap tahun saya nampak perutnya kembung.. selalu ngusik.. hebat betul ko ni.. hahah dia gelak, kata dia, dia produktif.. laki dia suka bebudak, kelasssss...
Rompakan..
dah tengok video pasal rompakan kat seksyen 15 shah alam? yang kedai mamak kena rompak jam 4pg.
Nah sila saksikan..
Memang kurang ajar penyangak ni. Dah ko nak rompak cash machine tu amek je la, handbag dan laptop customer tengah makan pun ko nak balun apesal?? memang kurang ajar sesangat. Saya syak pelanggan yang tengah makan ni semua ada yang bersahur, ye la bawa anak kecik, family menebeng mamak pukl 4pg apehal?? sure nak bersahur, kalau ikut tarikh 28 ogos, lagi dua hari nak raya.. so maybe diaorang dalam perjalanan balik kampung ke, atau nak gerak balik kampung ke?? jahat sungguh, dah la acukan parang, samseng betul.. memang phobia la..
Tapi wartawan Harian Metro sengal la.. Kejadian rompakan tu berlaku kurang dari 30 saat, tapi dia tulis 4 minit, ngok ngek la.. 4 minit tu cantuman video dari cctv, dari pelbagi sudut. ada 4-5 sudut dirakamkan, kalau satu rakaman 20-30 saat campur semua adalah 4 minit lebih, dia kata rompakan tu 4 minit, citt podah.. perompak mesti rompak kurang dari seminit kalau open camtu.. lainlah dia masuk rumah, ikan penghuni dan dia akan geledah. katanya 500 meter dari situ ada balai polis, kalau 4 minit, rasanya polis sempat kot sampai.
Itu sebab saya jadi penakut sekarang, nak drive memalam balik sorang-sorang memang penakut sangat la.. Saya pagi-pagi 6.30pg dah keluar rumah segala ayat dan selawat saya baca agar dilindungi.. takut oooo.. tapi nak buat cemana, saya memang amek time masuk keja pukul 7.30pg, agar pukul 4.30ptg, saya boleh chiaaoow dari KL-hala ke Putrajaya, kalau ambik keja pukul 8, balik pukul 5, kalau 8.30pg, balik pukul 5.30ptg.. waktu kemuncak jammed. tak sanggup teman, bikin stress jek. Kalau nak keluarkan duit dari ATM, kat bank yang sunyi mmg tak la. kecuali pakcik gebu bersamaku.. Oh seorang wanita perlukan seorang lelaki sebagai pelindung.. maka jadilah kamu-kamu lelaki, tak kira siapa, sentiasa ada sifat melindungi seorang wanita tak kira siapa jua. Kalau-kalau nampak awek, makcik, kakak or adik-adik keluarkan duit, perhati-perhatikan sekeliling, kalau berkesempatan, pastikan wanita-wanita ni selamat sampai ke kereta, atau sehingga hilang dari pandangan mata.. tapi jangan le nampak beno prihatin dok usha semacam.. kang ada kena pelangkung pulak.. eheheh.
Kejadian rompakan memang menjadi-jadi, ada kawan opis cerita, jiran dia berhenti kereta depan rumah, nak bukak gate, nak masukkan kereta, elok je dia masuk parking, ada motor masuk sekali, dah acukan pisau, arahkan dia bukak pintu rumah, heret dia dan anak-anak masuk, abeh kena rompak. Gila seh.. Mujur juga dia heret masuk dan rompak, kalau masa dia tgh bukak mangga pagar tu, perompak celaka tu larikan kereta, dengan anak dia, dengan handbag kat dalam.. aduhh takut dan ngeri la.. Semua kejadian ni menyebabkan saya phobia, kalau berhenti kereta nak masuk pagar, saya akan perhatikan sekeliling, ada tka motor ke, kereta ke yang mencurigakan, agak-agak selamat baru keluar kereta, cepat-cepat bukak pagar dan masuk kereta, terus tutup pagar semula.
Tak der hati perut la manusia yang merompak ni, emak saya cerita, baru jiran kami kat kampung kena rompak, ada orang menyamar pekerja TNB, dan masuk ke rumah seorang makcik yang dah uzur, jalan pun bertongkat. Dah masuk rumah, dia pukul pulak orang tua ni, sebab orang tua ni jerit dan ketuk dia dengan tongkat, di belasahnya orang tu sampai masuk hospital. Memang kurang ajar sangat-sangat, kadang-kadang orang macam ni dapat belasah je sampai lembik. tapi itulah kalau dah kena belasah macam tu, menyusahkan emak bapak dia.
Kat kampung saya pernah terjadi, orang belasah seorang penagih dadah ni, sebab mencuri, yang memilukan hati, emak dia yang datang selepas dimaklumkan dia kena belasah menangis dan meraung, katanya, dia hancur luluh hati dia dengan perangai anak dia, bukan kehendak dia mahu anak dia begitu, anaknya yang pilih jalan begitu, kata emak dia pada orang-orang yang belasah anak dia, kalau boleh hentok la kepala dia, biar dia yang mati, supaya dia tak payah lagi tengok anak dia di dunia ini, biar dia je mati, sebab tak sanggup tengok anak dia hidup hina begitu, orang yang belasah anak dia pulak rasa bersalah, hati emak kan.. busuk anak cemana pun itu lah anak, takkan dibuang dari hidup dia. Dah kena belasah macam tu, lembik, diserah kat polis, kemudian masuk hospital, sebab dah patah tangan kena belasah, emak dia juga susah payah naik turun bas pegi jenguk anak kat hospital. kenapa anak dia tak fikir nak buat jenayah, cubalah kenangkan wajah emak ayah sikit.. aduhhh kita nak kata pun payah, pasai tak pernah jadi penjenayah.. jadi tak tau apa dalam kepala hotak depa...
1 Komen:
betul tu pnut..akak pun rasa cam tak selamat kalau naik keta..nak keluar malam pun takut..nak pakai barang kemas pun takut.
selamat hari raya yer buat kamu sekeluarga.
kukis tu memang ranggup..cubalah kamu try pastu bagitau akak ek
Post a Comment