Tuesday, September 13, 2011

Buat baik tak salah ponnn


Sekarang ni tiap hari baca surat khabar, ngeri dan takut dengan kes-kes jenayah tiap hari.. Bunuh-bunuh ni tiap hari ada je, gaduh sikit tikam bunuh.. psiko dan mental la orang-orang ni.. takut occay..

Kes buang baby, kes remaja hamil luar nikah, bersepah, patut kena tampor biar bersepai kepala depa tu, nak tengok otak jenis apa? Gediks ke main budak-budak remaja sekarang ek. Semalam kitaorg keluar menebeng anak beranak, bawa Najmi je, Alesya cam besa selalu kena tinggal, eheheh anak dara, perap kat rumah, kurang bersosial sikit. Masa kitaorg minum-minum dah pukul 10.30 lebey tu, ada satu group ni minum-minum gak, ada 3 budak lelaki dan 2 orang aweks, yang 2 aweks ni pakai tudung semua, depa punya sembang dan gelak mengilai-ngilai.. ada kalanya ketawa terkekek-kekek, oh mak rimas hoccay, ingat comei la anak dara nak wat lagu tu.. kat kedai pulak tu kalau sesekali budak laki tu buat lawak, dua awek ni gelak tak hengat.. rimas gitukkkk...

Sempat juga pesan kat Najmi, nanti kalo dah besor, jangan  nak lepak bawa anak dara orang macam tu. tak boleh, cuba abang bayangkan kalau orang bawa Alesya keluar malam-malam macam tu, suka tak? abang Najmi kata " tak suka la.." so saya cakap, kalau tak suka jangan buat macam tu kat anak dara orang.. ehhe ye la walau kecik lagi, kena keep on remind kat otak dia benda tu salah..salah..salahhh.. susah oooo nak besarkan anak, nak tanam dalam jiwa depa itu salah, ini tak boleh.. kecik-kecik boleh la.. dah besar, jauh dari pandangan mata, bukan kita nampak pun kan?? tapi asas itu penting, setidak-tidaknya.. asas yang kukuh boleh jadi benteng pertahanan iman depa.

Kadang-kadang benda-benda kecik bermula dari kita sendiri, kita yang bentuk pemikiran dan tingkahlaku anak-anak kita, cam saya ngan pakcik gebu, garang dan mudah hilang sabar.. ehehe jadi Najmi sedikit sebanyak 'menurun' angin kus-kus tu, tapi bila dah mula rasai auranya dalam diri Najmi, sekarang kami cool-cool kan diri sendiri, bila rasa nak marah, fikirkan tak elok untuk emosi dia. Semalam dia buat something yang menyentuh hati saya, masa kami balik dari sesi mengeteh anak beranak tu, masa nak masuk kereta, saya nampak ada orang tak der sivik, buang bekas minuman dan bekas bungkusa mc d, kat tepi jalan, means kat tempat parking, saya cakap, saper la tak reti buang sampah dalam tong sampah, surprise, si abang Najmi kutip sampah tu dan buang.. siap perli saya, "aikk takkan cakap je ma, amek la buang, dapat pahalaaaa..." huhuhu benda kecik dia buat, tapi saya emosi noks... over kan??

lagi satu, perasaan dia yang rock tapi dalam hati ada taman tu, bila dia mudah emosi bila pandang orang tua, pandang orang minta derma. Pernah sekali dia hampir menitiskan air mata kat RnR tapah, ada orang tua minta derma, dia datang kat babah dia, dan cakap, babah ada duit tak? babah tanya nak beli apa? dia cakap "kita sedih tengok orang tua, nak bagi duit kat dia" terus babah dia bagi duit, tanpa banyak bunyi. Itu sesuatu yang kita tak boleh beli dengan duit ringgit, perasaan jiwa dia hadir sendiri. Baru-baru ni sebagai menunaikan amanat kalian yang titipkan sedekah korang baca blog ni kat saya untuk saya sampaikan ke rumah anak-anak yatim.. kami ke rumah anak-anak yatim sampaikan derma dari kita-kita semua... masa nak pegi tu, saya cakap, abang mama nak kasi derma kat anak yatim ni, abang duit raya banyak, nak bagi derma? dia cakap, nakkk mama amek la RM15 tu, kasi ek.. (kebetulan masa tu dia cakap duit raya terbaru dari maktok dan maksu RM15), pastu babah kata, niatkan ikhlas, baru berkat.. then dia cakap, ye la, kita ikhlas, tak kisah pun duit raya kita kurang.

Kemudian bibik pun sama kata nak derma juga, Alhamdulillah, sikit depa hulur, banyak dikembalikan.. Hehehe bibik pun byk dpt duit raya lepas tu, terkejut bibik, katanya dah tua-tua pun ada orang bagi dia duit raya, then saya cakap, "itulah bik, itu hari bibik ikhlas bagi duit kat anak-anak yatim, Allah pulangkan balik kat bibik lebih dari bibik kasi" bibik jawab "iya kan buk.. iya.. benar..benar.."

oh ya.. ni gambor membuktikan derma kalian sudah kami sampaikan.. Alhamdulllah, dekat 1k juga berjaya dikumpulkan... hasil dari keikhlasan kalian semua, mudah-mudahan murah rezeki korang yang hulurkan sumbangan, saya doakan...

Ada puisi oleh penaung rumah anak yatim ni di dinding pejabat mereka, saya tersentuh hati, dan suruh abang najmi amek gambar.. Pakcik gebu mewakili kita, menyampaikan akad penyerahan. tokei kerepek ni pun menyumbang juga, rezeki dari pembeli kerepek dan pembeli choc chip dan samprit juga ada dalam ni.. terima kasih kerana sudi membeli jualan kami.. sebagai janji, kami dah kembalikan sebahagian kecil dari rezeki yang dari kalian kepada mereka yang layak menerima...
Insya-Allah.. nanti kita kumpul lagi ekkkk...

4 Komen:

mama4A's on 11:27 AM said...

alhamdulillah... bagus mimi nie... dh lama sgt tk jmpa dia...

ymrk on 1:05 PM said...

pnut nanti kalau awak nak g umah anak2 yatim atau nak kolek derma ke beritau kita ek... kita pun nak kirim juga.... nak pergi mmg x da masa... kalau awak ada.. boleh tolong panjang kan...... muahhhsssss kat jiranku!

Angah on 5:23 PM said...

Alhamdulillah..kecik2 kena ajar baru masuk kepala kan kak..dan besar2 tak guna dah..dah keras..

hat bersedekah tu angah setuju sangat..dalam rezeki kita ada terselit rezeki orang lain juga..kita ni cuma jambatannya saja..tak banyak sikit pun ok asal ikhlas niat kerana Allah..

Zareda Norman on 9:19 PM said...

bab anak dara mengilai ngilai kat restoren ni memanglah teman pun tak gemor. sungguh tak ayunya..!!

mendidik anak ni mmg kena sedari kecil, biar teras tu kukuh, sok sok dah besor dia tetap mantap tak mudah goyah.. InsyaAllah doalah yang baik baik untuk anak anak kita

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino