Tuesday, September 06, 2011

Cerita raya lagi..


Hokeh mari kita cerita pasal raya, masih beraya kannn...

seronok sangat sebab raya kat Kedah.. eheheh dah berkahwin ni, dah tentu seronok beraya tak kisah di mana, asalkan bersama keluarga kecik kami.. Meriah raya kat kedah ni sebab dentuman bunga api, mercun sungguh la meriahnya, sesuatu yang tak dirasai kat Putrajaya, bunga api pun tader org juai... ahahaha nak order pun beli ngan kawan guna katalog.. ahaks.

Kat Kedah, jiran kami ada kojer kastam, polis.. kat sempadan siam.. jadi mari kita main bunga api dan mercun dengan meriahnyaaaaa...

 
meriah kan?? malam malam tahun baru je... ni bunga selepas maghrib.. yang pukul 12tghmlm tak sempat amek.
 
ketupat, mama dan maktok buat.. rendang by mama..



Keluarga kecil kami..

sebelum keluar beraya..

teman dan anak dara teman.. sedondon katanya..


beraya di Laguna Merbok, rumah cousin,

main mercun.. di kampung ini pakcik gebusss..


eh ada gambar berulang.. hahah gasak je la.. mercun di supply oleh husband cousin saya.. meriah beb. bukan Najmi je main pak dan cousins dia yang lain pun tukang main.
  
buah hati pengarang jantung sorang..


Alhamdulillah, selesai kita menghabiskan Ramadhan kali ini, dan berkesempatan lagi kita bertemu Syawal sekali lagi. Semua dari kita tak pasti samaada, akan bertemu lagi atau tidak tahun hadapan. Kalau panjang umur Insya-Allah kita akan dapat lagi meraikan Ramadhan dan Syawal lagi sekali. Mudah-mudahan.

Dapat juga saya pegi masjid solat sunat hari raya, dan ke kubur arwah abah.

Eh ada lagi gambor raye..

ready nak pegi beraya ke rumah jiran

raya kat penaga, kampung emak...


Raya ke 4, kami bertolak balik Kuale, singgah Taiping.. masuk Kuala Sepetang pekena mee udang.. tapi kecewa sungguh mee nya tak seperti dibayangkan.. lain kali try kedai lain pulak, kebetulan masa kami singgah solat kat masjid kampung tu, ada satu pakcik ni bagitau lain kali try mee Pin, yang tu sedap, kedai Mak Teh, Mak Jah, ni pasai masuk tv3, tu ramai org.. oo mana kami tauuu.. tapi sebab saya dah biasa makan mee udang sungai dua, mee udang pulau sayak, yang memang sedap-sedap. kecewa, mee ni tak sedap.. tapi bihun goreng udang dia sedap.. tak tau le kot musim raya, orang ramai.. jadi tukang masak dia, masak kelam kabut, mee udang jadi tak sedap.. terima kasih pada Zar, bagi direction tunjuk arah.

Kuala Sepetang, tunggu next trip kami pi try kedai lain, dah tau tempat sonang..

Jadi udah-udah le cerita raya.. sekian untuk makluman.

6 Komen:

1na on 4:31 PM said...

cer citer kat mana mee udang Pin tu? kami dok pi mee udang mak jah ja...

Ehem... bunga api yang disupply oleh budak hensem najmi, dah selamat dah petang raya... tak dan nak tunggu malam... itu pun jenuh dok simpan jgn main lagi bunga api...

terima kasih naaa

rendrazaleigh. on 4:45 PM said...

salam aunty pnut,

hehe, ramai betul pakai baju colour purple tahun ni

Aini Razali on 7:42 PM said...

ewah! tang pakaikan butang tu romantis abis.. sporting je cik somi... kak, sama lah kita tema purple tahun nie....

ieda on 10:43 PM said...

salam pnut..
putrajaya tak dak mercun????
sedihnya....sini bukan takat mercun...meriam pun ada.samapi tersentot2 si nabila terkejut dgn bunyi kuat macam bom tu.

dah try mi udang banjir dekat traffic lite GIANT? husband sy & geng2 dia kata best..saya tak penah pi lg.

Pnut on 11:49 PM said...

Wana-kami pun tak tau kat mana mee udang pin tu, kena tanya-tanya org kampung situ la...

Rendra-kali ni mmg plan nak purple..ehehehe

Aini-haahahah lakonan semata-mata tu... kena paksa encik somi tu, posing gitu..

Ieda-adik saya pun kata depan giant tu sedap mee udang dia.. tp tak try lagik..

Anonymous said...

Seronok tgok anak dara tu gelak..cumil gitu...mai lah mkn mee udang kat sungai dua penang...alahai, nak cari mee udang, nak cr mee udang

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino