Monday, September 19, 2011

BSN Ampeh


Memang ampeh, sori la kalau ada org BSN atau sedara mara orang keja BSN kat sini. Service BSN ni, kaput gile la..

Dulu tahun 2007, masa kami nak renovate rumah, ada la buat personal loan dengan BSN, so baru-baru saya , nak buat full settlement. Sebelum nak settle, dah call ke cawangan yang saya buat loan dulu, kat bangi, untuk dapatkan statement yang balance loan dulu, samaada saya kena ke sana atau tak. Dia kata boleh dapatkan dari mana-mana branch, so tanya yang mana paling dekat dengan opis.. so dia cakap kat Jalan Bonus, tapi saya maleh ke sana, susah parking, so saya pegi ke BSN HQ, kat Jalan Ampang, sampai sana, pegi Bahagian Loan, diaorang kata tak boleh print, sbb loan saya buat kat Selangor, depa boleh print utk kl area je. )*(*&*&%&^&%& (*&*^&^%$#$% kemudian di suruh naik ke tingkat berapa tah..

Makaaa naiklah saya ke sana, kat situ, katanya kena call (ada telefon utk panggilan dalaman kat situ) so call la ada number dia kasi kat situ, saya kata saya ada kat luar, nak tanya pasal baki pinjaman, mangkuk ayun tu kata, ok, kejap ye.. gua punya tunggu kejap dekat 10 minit, tercongok macam orang bodoh beb, manusia pulak lalu lalang wat derk.. so sekali tu dah geram, saya ketuk pintu dan bagitau saya ada 10 minit tunggu pegawai berkenaan jumpa, (kena jumpa kat luar tu ok, ada disediakan meja dan kosi) so lepas tu baru keluar sorang perempuan, so citer la apa tujuan saya, then dia kata, dia tak boleh print, kalau nak pun dia kena request dari Shah Alam. WHATTT!!!! dan untuk tujuan sekeping statement tu saya kena tunggu dalam masa 5 hari bekerja??? siot giler.. susahnya??? Pastu awek tu kata, dia boleh rekues, samaada, diaorang akan postkan, faks kan, atau saya boleh amek sendiri kat HQ Jalan Ampang. Adoi, taperlah saya request, dan isi kat ruangan tu minta faks ke opis.. Setelah 5 hari, saya pun call ke nombor diberi, tanya, rupanya belum faks, dah call baru nak faks.. KEJIIIIII

Dah dapat statement, call lagi, tanya boleh ke buat kat mana-mana branch bayaran.. dia kata ok, sekali lagi pegi BSN Jalan Bonus, budak lembab depan kaunter, kata tak boleh bayar, bla..bla.. pastu saya cakap saya dah ada statement, dan ada check dengan amoun yang nak dibayar, apa masalahnya?? baru la dia ooooo.. ingatkan akak belum tau amoun, tak der statement... wahh haruskah aku tersenyum manja???

Dannnnn setelah settle semua hutang, kini masa untuk menuntut lebihan bayaran, sebab loan semua setel bulan 7 itu hari, so gaji bulan tu masih dipotong, ok, dari sebelum raya dah call, dia kata lepas raya akan refund balik ke akaun GIRO. Ni orang pun dah pi haji.. saya dah call follow up masuk kali ke 4, belum juga dapat refund. Harus kah saya beriang ria di hari raya dengan service mereka?? dah call byk kali asyik service bertukar tangan jek. pass sana, pass sini. pastu kalau di Fazil tu tak datang, org lain tak leh check.. tadi call pompuan lain lak jawab, dia siap amek no phone, kononnya nak check status dan call balik, tapi haghammmmm so saper kata org gomen ke birokrasi?? BSN pun sama ampeh.

Beza dengan Bank Rakyat, dengan sekali call, dia kata bagi masa kejap dia check, nanti akan call balik, tak sampai 10 minit dia call, dan masalah setel. Huwaaaa ada jin-jin jahat semua keluar ni kang... Jadi kalau boleh lepas ni tak mau dah kena mengena dengan BSN yang ampeh ni lagi.. cukuplah... letih berurusan ngan diaorang, mamat tu kata lepas raya akan refund balik.. gua syak, tak lepas raya haji.. tak pun raya deepavali?? krismas?? tahun baru cina??? tak pun selagi tak raya tahun depan, maka konsep selepas raya adalah diguna pakai gamaknya. Hangen acik.. nak call lagi pun tak der nafsu dah... balik-balik call mesin jawab, masuk no sambungan.. bagi no ic.. check kat komputer, sambil ko boleh dengar orang sebelah tukang check tu bergossip, gelak ketawa... gua tekanan tau tak??

oklah tukar cerita, maleh dah citer ni.

citer raya anak-anak bujang

Minggu lepas, anak-anak bujang, kawan-kawan abang najmi mai beraya.. tak plan apa... jadi acik jamu kuih raya je la... kalau bagitau awal, boleh la masak apa-apa.. tetiba kena serbu lak...


Gambar caca marba... ni dah nak balik.. eheheh sempat posing dulu, sebab abang Najmi nak bergambar ngan kengkawan..

sambil makan kuih raya, tengok tv.

Layan citer apa tah?? ala-ala otromen tu..

lagi 3-4 tahun jadi remaja dah bebudak ni....

seronok juga melayan bebudak ni datang, kelakor lak tengok diaorang borak... macam-macam kata-kata jujur depa keluarkan.. eheheheh

Dan hari Sabtu, seperti distorykan, kami bercuti ke Janda Baik.. gambar akan menyusul kemudian.. belum abeh edit pic..

10 Komen:

Mamasofea on 2:13 PM said...

Kak peanut, sye da lama jd silent reader tp hr ni terpanggil nk comment sbb sye pernah komplen ttg mende yg hampir sama... Dan mak sye bg 1 komen yg membuatkan sye x komplen dah...

"berapa service charge kt BSN? Berapa service charge kat HSBC? (masa tu sye compare ngn hsbc), agak2 berapa pulak gaji diorg bg kat hsbc? Brape gaji kat BSN? So, agak2... Competent worker pg keje kt mana, danyg x berapa nak competent pg mana?... The bank gets what it pays for (in terms of staff) and you get what yoy pays for (in terms of service)"

Pnut on 3:05 PM said...

Me-eheheehee org gomen leh guna alasan ni...

Anonymous said...

Adehhh..tensen baca pengalaman akak...Masuk lg 1 list dlm bank disenarai hitamkan....1st bank saya adalah Bank Islam...

pyanz on 3:46 PM said...

Bukan ke BSN ni bank kerajaan... jadinya birokrasi tu sentiasa melekat

:|: TinTa Kibod :|: on 4:04 PM said...

lama dah putus harap dgn BSN...T_T

Anonymous said...

BSN hari tu nk refund balik duit saya yg hilang sebab masalah ATM, smpai kesdah x refund. Saya pun, lantak ah, ada 10 hinggit je. He


Memang pangkah BSN ni. Hari tu duit member 500 hilang cenggitu je.

puan non on 3:01 PM said...

Sama..sy py mohon statement settlement katanya 14hr bekerja ..gila nk mampos lama agaknya nnt sy dpt statement tu tebal kamus kot..bengang sgt dgn bsn ni..

Unknown on 7:20 AM said...

Kami diberi Pinjaman Peminjam swasta yang bersertifikat di negeri bersatu, kami menawarkan pinjaman bercagar dan tidak bercagar kepada individu, firma dan badan korporat pada kadar faedah 2%. Jumlah wang antara jumlah $ 1,000.00 hingga $ 5.000.000,00.Kami juga menawarkan semua jenis Pinjaman.
Untuk lebih lanjut
butir-butir untuk mendapatkan pinjaman hubungi kami, Sila balas
segera ke e-mel ini di: westlakefinance@usa.com atau anda boleh hubungi +1 (518) 841-1788. +1 (415) 562-0740 dan tambahkan pada WhatsApp +19495231457
Terima kasih

Adriana on 2:52 PM said...

mari buat pinjaman melalui kami, pinjaman dari bank & koperasi. samada anda Blacklisted,ctos ,ccris, akpk mahupun bankrupt, staf tetap dan kontrak kerajaan, badan berkanun & glc dialu alukan. whatsapp 0145938888 untuk makluman lanjut

Cikgu vios on 10:47 PM said...

Masa buat full settlement dulu pun xmasuk2 dia punye baki... Hare bsn.... 4bulan ke 5bulan

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino