Wednesday, August 24, 2011

REZEKI DARI ALLAH


Bumi Allah ni luas, dan bertebaran rezeki ada di mana-mana untuk kita usahakan, kenalah rajin dan berusaha. Bulan puasa dan Syawal yang akan tiba, selain membuka ruang dan peluang kita tambah amal ibadat, rezeki pun bertebar luas untuk kita rebut. Pandai-pandai la kita, kalau kita cukup belanja tak perlu kita ada pendapatan tambahan, boleh la rileks-rileks.. tapi bagi orang macam saya, yang hutang sana sini.. ehehehe mencari pendapatan tambahan, amat perlu. Maka kami jual-jual kerepek dan biskut raya, bukan tak cukup belanja dari gaji dua laki bini. Alhamdulillah cukup, tapi kami berusaha tambah supaya tak la hanya bergantung pada gaji semata-mata. Ada lebihan simpan.. Hujung tahun mahu pergi jalan-jalan.

Ada orang keja dia merungut, gaji tak cukup, hutang banyak.. bla..bla.. tapi takder effort nak tambah pendapatan, malah belanja mewah macam duit dia berkepuk-kepuk. Heran saya manusia begini. Beli kereta mesti besar-besar dan kereta import, supaya nampak kelas.. duduk KL you, nanti balik kampung, orang kampung nampak, wahhh hebat si polan tu, keter import mahai. Baju mesti branded-branded, shopping mesti Pavilion, baru kelas. kemudian merungut gaji tak cukup, bila hujung bulan, mula gelabah. cannot la.. orang tua-tua kata, ukur baju di badan sendiri. Kalau gaji tak berapa sendu, pakai keter malaysia udah le.. atau pun kalau nak kereta bukan Malaysia, tahap Mr. Grey pun jadi la, kasta kerete Toyolta paling rendah. Yang penting boleh berangkut anak bini ke mana-mana. Masa nak beli Mr. Grey pun kami congak banyak kali, monthly payment tu berapa ketoi nak kena bayor, congak punya congak, lebih kurang bayaran Mr. Wira dulu. Malah lagi murah sebab pakcik gebu guna bank tempat kojer dia punya loan, so staff rate murah sikit.

Dalam berniaga ni pun kita jangan berkira sangat. Lebih kurang la dengan orang yang membeli dengan kita, saya berniaga macam tu, menjual kek dan cupcakes saya senang je, selagi harga masih ok, saya tak rugi, saya ikut je permintaan pelanggan, walau margin untung saya tak seperti sepatutnya, asalkan masih lagi ada untung, saya lebih kurang je. Pernah saya check orang lain berniaga, harga cupcakes ada starting price you, kiranya kalau plain kosong, dengan deko swirl-swirl harga begini, tp bila minta lukis kartun harga cupcakes tambah seringgit sebiji, minta mix flavour, lain lak harga, minta letak edible 2-3 keping pun lain dah harganya, saya takat 4-5 gambar tu biasa jarang saya charge, masih ada untung kalau saya letak 4-5 keping pic edible atas cupcakes, ada orang charge seringgit sekeping. saya cuma charge kalau lebih 5 keping, itupun min saya amek, 50 sen jek.

Ada orang kata saya spoilt market buat macam tu, sebab orang lain semua kira charge, charge.. saya biorkan la.. orang lain nak charge terpulang la. dia akan untung lebih, sedangkan saya tak charge pun dah untung, inikan dia charge itu ini. Bila kita tak berkira, saya notice kadang-kadang rezeki kita lebih berganda. Sejak berjinak-jinak berniaga kek, biskut dan kerepek ni, dah bertahun, saya rasa ada hikmahnya, iaitu saya lebih bersyukur dan kagum dengan kekuasaan Allah. Antaranya semasa berurusniaga, kadang-kadang ada yang membeli, tak ambil baki, terus cakap, bagi duit raya pada budak-budak. Ada lah beberapa orang yang membeli dari kami buat macam tu, sehinggakan belum raya lagik, budak-budak ni dah berpuluh ringgit duit raya diaorang dapat dari acik-acik yang beli kerepek dan biskut, Alhamdulillah, makcik-pakcik yang bagi duit raya pada budak-budak. Itu juga yang saya buat, bila saya beli kuih, muruku dari staff-staff kat opis ni yang kakitangan sokongan cari pendapatan tambahan ni, kalau ada baki-baki tu saya kata bagi la kat budak-budak.. rupanya yang saya bagi-bagi Allah gantikan balik dengan cara orang lain pulak membeli dari saya dan kata baki bagi duit raya bebudak. Masya-Allah..

Dan konsep saya selalu pegang, "Kalau kita ada rezeki yang lebih, yang lebih itu bukan hak kita, pulangkan pada yang berhak, rezeki Allah ni bukan untuk kita nikmati seorang" ini sebenarnya kata-kata dari seorang ibu kepada kawan saya masa kat U dulu, my roomate, Emelda, ni agak orang kaya, bapanya duta, dia asal dari Indonesia, tiap kali emak bapa dia datang KL, emak dia akan check in satu bilik kat Hotel Istana, dan suruh Emelda bawa saya dan beberapa orang rakan. Emak dia tau saya dan sorang kawan lagi anak orang tak berapa senang.. dan dia akan belanja kami makan minum kat hotel, (jakun gila masa tu weii) pastu pegi shopping kat Ampang Park. Belikan makanan, kasut dan baju. Walau berkali-kali kami tolak, tapi ayat di atas itulah yang berulang kali emak dia pesan, dan saya masih ingat sampai hari ini, lembut dan menusuk kalbu. Kata emaknya "Yang Auntie belanjakan ini, bukan rezeki Auntie, sudah tertulis oleh Allah, rezeki ini untuk kalian, bahagiannya kalian, Auntie cuma orangnya yang dipilih Allah untuk serahkan pada kalian, terimalah anak-anak, memang ini hak kalian," bergenang air mata saya masa tu.

Sejak hari tu memang kuat tertanam dalam jiwa saya kata-kata itu, dan itu sebabnya, bila ada rezeki lebih, saya biasanya asingkan sedikit dan kumpul untuk saya titipkan pada rumah anak yatim. Sebab saya malu nak ambil rezeki yang lebih itu, sebab bukan hak saya, saya kena bagi pada mereka yang lebih berhak dan perlu. Percayalah, kita tak pernah kesempitan. Saya cerita bukan nak tunjuk baik, tapi pengalaman saya Insya-Allah, rezeki kita tak sempit. Terbuka luas je. Kadang-kadang saya terfikir, jual kerepek dan biskut kat blog pun ramai yang order dan beli, padahal orang yang order tu boleh je beli kerepek dan biskut kat tempat atau orang sekeliling mereka, susah payah je diaorang order, pastu mai ambik kat rumah, atau kalau pun saya hantarkan tetap janji jumpa kat memana untuk pick up.

Tetapi again, saya fikir, saya adalah orang yang Allah pilih untuk dapat rezeki dari mereka, dan dari keuntungan itu, sudah termaktub untuk saya sedekahkan kembali ke rumah anak-anak yatim. So kalian yang membeli, niatkan lah, pahala yang kita dapat, sedekahkan juga untuk arwah ibu bapa atau sedara kita yang sudah meninggal. Mudah-mudahan bila sampai kat anak-anak yatim nanti, mereka guna beli Quran, sejadah, atau apa saja, amal ibadat mereka buat, tempias sikit sampai ke kita dan arwah-arwah yang kita niatkan. Insya-Allah murah rezeki kalian.

11 Komen:

:|: TinTa Kibod :|: on 11:05 AM said...

Alhamdulillah..
betul kak..rezeki ni bleh dpt mcm2 cara..dan bkn hak kita sorang..
sbb tu ada org nmpk lekeh, gji klu ikot logik cukup2 mkn je, tp x penah pnjam org lain, tp org yg gji mencanak tu la ujung bln meminjam..renungkanlah...

Julia Johari on 12:13 PM said...

Syukur.....dgn rezeki yg ada..moga lebih berkat ibadah kita...amin

Rauf said...

Kak, setuju... bg sy, biar sy dicop "kampung" etc tp yg ptg sy tau level sy. stgh member dok tayang "hebat" itu ini dlm FB, tp hutang beribu baik bank [puluh ribu cc], baik dgn member. Time senang kutuk2 kg etc, time susah kol 3 4 pagi dok tpon merayu..."biar papa, asalkan org nampak hebat". tang rezeki mmg kalo kita murah hati, insyaAllah Allah lapangkan rezeki:)

Unknown on 1:43 PM said...

saya stuju dengan akak...rezeki ada di mana2..bukan nak zast org pon...

Angah on 4:43 PM said...

Setujuuuuu..takdek button like pulek..

angah pun cenggitu kak..amik untung margin kecik takpe tapi pesanan tak putus. tetap ada rezeki..

betul la kak..bila kita banyak memberi kata akan dapat lagi banyak..ada je jalan Allah tolong kita..takde rasa sempit pun. InsyaAllah..

Ada entry angah buat pasal sedekah ni kat blog

Zareda Norman on 9:13 PM said...

selamat hari raya pinut..

memang ukur baju di badan sendiri kan.. rezeki ada di mana mana.. nak dengan tak nak aje..

insan kerdil on 7:18 AM said...

pabila berbicara tentang hak...pasti akan ada hak yang lain....

biar 'sejauh' mana pun langkahan kaki.....membawa bersama 'setinggi' mana pun ilmu....yang semakin 'terserlah' adalah tuntutan dalam 'melaksanakan'....tiap satu yang dinamakan 'tanggungjawab'....

meski pun 'dataran' ujian berbeza.....'memperlihatkan' kurang lebihnya 'bekalan'.....namun tiap sesuatu itu tidak akan kekal begitu....dan tidak akan kekal begini....hingga ada ketikanya...yang dahulu pernah 'menerima'....kini bisa untuk 'memberi'....atas nama kasih sayang sesama insan....

perjalanan kehidupan....biar pun ada ketikanya 'dihujani' pelbagai ujian...yang menyaksikan tiap pilihan yang dibuat....atas 'pertimbangan' dan 'perkiraan' pada ketika itu...namun yang tetap menyamakan....pabila tiap makhluk bernama manusia....percaya dan yakin pada-Nya yang Maha Esa....Pemilik....Penentu...Pemutus....

Dia yang sama sekali tidak akan memungkiri janji....dan sama sekali tidak akan menzalimi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

LiTtLe^m3 on 9:59 AM said...

setuju ngan pendapat akak 100%

noor on 10:13 AM said...

suka entry ni. Terima kasih... selamat hari raya pnut...

farae al-farafisya on 12:29 PM said...

setuju dgn akak!
sampai skrg pun masih ingt satu ceramah saya dgr dalam radio..
ustaz tu kata; "Allah turunkan rezeki pada kita bukan sebab kita. Tapi sebab orang-orang yang kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan dari kita.Oleh sebab itulah rezeki yg kita dapat perlu dikongsi."

terima kasih atas peringatan...:)

Saliza on 1:32 PM said...

Pnut,

mak mertua saya pernah cakap "takkan papa orang yang bersedekah"

tu sy ingat sangat...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino