hahaha tapi tak update ekkkk.. Busy la... kat umah memang tak dan nak bertenet, sebok dengan beskut dan kerepek. Kat opis, sebok
Minggu lepas dah kabor tutup tempahan kerepek dan beskut kan?? heppppp biasa ni korang tauuuu dah tutup pun gigih sms dan email nak order gak.. minta mahap le... kalau kerepek tu mmg sold out abeh, tak langsung stok, kat pembekal pun mmg sold out. Biskut tu boleh gak la selit-selit selagi stok bahan buat beskut ada, tapi tu pun dah stop juga, sebab stok bahan dalam rumah dah abeh, maleh nak pegi beli lagik. Jadi setakat itu la.. tempahanku terima. Terima kasih semua ye..
Alesya
Inilah jurucakap rumah kami. Ayoyo.. banyak bunyik oooooo... tapi kalau depan orang tak kenal, malu-malu gituk.. eheheh orang yang datang amek biskut dan kerepek kat umah tegor dia, malu-malu ouls.. tapiii cer dalam rumah, aduhai.. tak henti mulut bercakap.. kejap cakap telefon, kejap telefon maksu, kejap telefon mak tok.. kejap menyanyi.. membebelkan abang.. bebelkan bibik la.. betul penghibur jiwa lara.
Lasaknya pun boleh tahan, panjat sana sini.. kat rumah kami, kalau tinggal bibik dengan dia je siang, kerusi meja makan (bangku bulat ala kopitiam) memang semua di masukkan kan ke bilik dan kunci bilik tu, kalau tak panajng lepa, amek kerusi, panjat ain air kat sinki, jenguk kuali kat dapur, (bahaya) panjat amek tin biskut la.. tak boleh leka langsung, ada je dia akan panjat sana sini. Banding dengan abang Najmi dulu, memang beza sangat, lasak dan becok sangat mulut dia.
Kalau ada sepupu-sepupu dia yang beso-beso datang, dia punya la excited, dan segala neka benda dia nak cerita dan cakap, sampai bebudak tu tanya "bila dia nak diam ni wenco?" ahahah kamu tunggu dia tido je baru dia diam. Sungguh, kalau diam masa dia tido je, masa tu rumah kami sunyi dan sepi. Kalau tak, ada je dia bebelkan.. dia cakapkan.. dia tanyakan. contohnya dia suka sangat tanya mama wat ape tu.. kadang-kadang saya suka menyakat, kadang-kadang saya sibuk buat biskut, dia tanya, mama wat apa tu?? nanti saya sajer sakat, mama cuci pinggan.. marah dia nanti, mama wat biskut la.. bukan cuci pinggan. tak baik-tak baik... pastu saya cakap, "dah tu naper tanya?" nanti dia jawab, tau tak per... (yg ni mungkin dia selalu dengar kami cakap, tau tak per)
Masuk kereta pun sama, aduhai, boleh la kita panggil dia NSTP (Non Stop Talking Person) hiks.
Ni sebok kacau bibik siram rumput belakang rumah, sebok 'memantau' bibik, kalau bibik pijak rumput nanti dia marah "bibik jangan pijak rumput, mama marah, pijak batu ni...niii " siap-siap dia pi tunjuk-tunjuk batu-batu tempat pijak kaki tu. Pastu bibik pun saja suka menyakat, lagi saja je pijak-pijak rumput, pastu si kecik ni akan jerit "mama, tengok bibik ni mama.. cepat ma... bibik pijak rumput mama... marah bibik mama," hahahaha kuat mengadu juga tau. Pastu saya pun pura-pura marahkan bibik "bibik ni kan.. nak kena babab kaki ni.." pastu dia nanti jawab "hah kan adik cakap angan... angan la.. tak dengar cakap.. tu le mama marah dah.. " (of kos pelat-pelat sikit bunyiknya) hahaha best ooo sakat dia. *(dulu masa mula tanam memang saya tak bagi semua org pijak rumput, sekarang dah cantik naik oklah dah boleh pijak)
Dia la penghibur lara hati kami.
Drama : Mimi Mencari Cinta.
Kelakar la drama bersiri ni, i likeee kelakar, skrip bersahaja, jalan cerita simple, tapi best, lakonan bersahaja, dan suka gelagat scha dalam drama tu, Zizan Nin pun ok, makcik Liza Abdulllah dan Makcik Yati tu lagik syiok, ada je babak depa, sure best.. mesti gelak punya.. hahahah saya layan online je... tp best la.. i liiikeee... ok.ok.. selamat menghitung hari nak raya ye... acik sapinat tak sabooorrr...
3 Komen:
Salam Kak Pnut.
Agak2 tahun ni ada can tak kita berjumpa di musim raya ? hehehe
Mai na beraya di rumah. Teringin sangat nak jumpa Alesya (",)
- Cik Zaza
Zaza-Insya-Allah jemput zaza mai SP raya ke 3, kami buat kenduri sikit.. nanti akak sms zaza
kak pnut... ibu cakap ari tu...
'anak kak pnut tu yang perempuan macam patung...comei'
hahaha lepas ni cida pinjam patung kak pnut boleh... comei sangat2 budak ni
Post a Comment