Thursday, August 25, 2011

Raya, puasa dulu dengan sekarang?


Ini yang saya rasakan..
Kenapa raya dan puasa dulu lebih seronok?

Suspen.
Bila nak tunggu pengumuman puasa tu penuh debaran. Tercongok tunggu pengumuman. Itu satu nostalgia. Sekarang dah ada ahli falak hitung, dan kita dah tau tarikh puasa, cuma nak kompemkan jek.

PARAM
dulu tak der PARAM bagai, emak-emak pun ramai tak keja, jadi ada masa buat juadah berbuka, kemudian orang ni mai hantar juadah ke rumah kita, kita pulak pegi hantar juadah ke rumah situ, sini, dah kumpul-kumpul juadah yang dihantar jiran, penuh juga semeja. Sekarang??? ada lagi??? nan hadooooo ko makan rumah ko.. aku makan rumah aku, saya rindu suasana itu. kalau sekarang saya hulur ngan jiran sebelah rumah yang kamceng jek.. tak gitu jiranku?? ehehe

Dapat lesen
Bila bulan puasa, kita akan dapat lesen menebeng luar rumah, masa kecik dapat lesen main polis sentri malam-malam.. main aci ligan (tanya kawan hang pa orang kedah, aci ligan tu apa) main keliling rumah tanpa CIk Lela marah, kalau marah "hang tengok adik sama, jangan dok ralit main saja" pesanan untuk anak sulung beradik 3 org. eheheh itu keciklah, bila dah besaq sikit, dah boleh pi terawih sendiri, terawih la sangat, padahal nak gedik ja lebih. Insaaaaffff sekarang. Pastu boleh lepak-lepak duduk-duduk kat depan tembok usha hero-hero kampung nak ensem-ensem lalu lalang. Perghhh gatainya anak pak din ni.

Drama tv
Wajib ada dulu, rumah kedai, tiap kali posa mesti ternantikan nak tengok drama siri ni, tibi tiga suku ni tak mau buat comeback terhadap drama ni kah?? kartina ajis masih ada.. best tu kalau dpt buat balik. nostalgia. Masa tu masa ada As-teruk bagai, jadi kita pi teruja tengok tv drama-drama walau tah hapa-hapa. petang je lepak tengok drama anak beranak, budak la main psp, main laptop..

Kejut Mangkit Soq (Kejut bersahur)
Dulu ingat lagi, mak akan selak tingkap, tengok rumah depan cerah dak.. rumah sana cerah dak.. kalau tak cerah, maknanya depa tak bangun lagi. Jadi mak sat gi pi ketuk dinding bilik makcik tu kejut bangun sahur. Itu satu nostalgia sangat. sebab seronok pagi subuh gelap-gelap pegi ketuk dinding rumah orang, terasa jadi hero/heroin di subuh hari. Esoknya kerek ngan kawan tu, "semalam mujoq aku pi gerak (kejutkan) hang pa kan?? kalau dak, tak soq (sahur) hangpa" pastu kawan tu pun kerek, "sebenaqnya aku dah jaga dah, tapi awai lagi, tu aku tidoq balik, emak aku tak sedaq"  tu dia tak nak kalah tuuu..

Raya pulak.
Bila cerita keindahan raya dulu tak lain tak bukan kita akan ingatkan..

Kad Raya
Ni adalah gila, kerana ukuran kepada populariti. awek tembun cam saya  dah tentu tak der secret admirer nak hantor kad raya, kalau ada yang hantar as secret admirer itu adalah samaada, kawan-kawan sendiri pedajal, atau orang yang admirer tu hilang urat berfikir kat kepala otak dia. Mungkin urat saraf dia ada sikit rosak. Belum ada budak-budak sekolah hingusan nak berawek kan budak gemuk. Masa tu pandang kecantikan je.. stok-stok awek macam saya kem salam nak ada admirer. tapi tak per, itu tidak menjadi persoalan besar, kerana saya sekolah pompuan, jadi takat ada adik angkat, kak angkat je la.. ini pun sindrom, tahap-tahap jeles kalau kak angkat ada adik angkat lain, atau adik angkat ada kakak angkat lain, punya dengki gila. Busuk betul perangai. Masa sekolah rendah, trend ada adik-adik angkat lelaki yang comei-comei, hahaha maklumlah pengawas.. hiks.. merasa dapat kad raya ala-ala pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas, atau pecah kaca pecah sampan, sudah baca harap simpan.

Dan kad raya dikumpul, sehingga malam raya akan digantung di dindind rumah, malah lebih kreatif akan mencari ranting kayu, biasanya yang menjadi mangsa ialah ranting pokok rambutan cik lela. ahhaah salah haku tarah ranting tu, dengan ranting tu kena libas pulak. hiks. Kalau ada bajet, akan beli cat spray untuk spray kaler hitam atau putih, untuk kesan lebih dramatik bila kad raya di gantung. Pastu lagi hebak, kat ranting-ranting tu gantung sekali lampu lip lap murah beli kedai Ah Kok. perghhh kedesaan you. Sekarang nan hadooo jahhh ko sms atau hantar kat facebook bebeh.

Baju kasut baru
Ni setahun sekali dapat, budak-budak la tak raya pun emak pak soping beli baju tak kira musim. Nak-nak teknologi boleh beli depan komputer. ni kalau tok-tok saya masih hidup kagum depa. ok bila dah beli kasut baju baru, walau murah beli kat kedai Othman Store (eh orang sp kedai Othman Store masih adakah??) masa tu kat SP supermarket paling gempak ialah Sri Kota, dah pupus pun sekarang. kemudian sikit baru wujud The Store, kalau dak sebelum tu pi turun Bagan (Butterworth) beli baju ataih jeti (Parkson kat jeti Sultan Abdul Halim) tp zaman sekolah rendah, baju semua cap Othman Store je. Atau kedai Ogy, kedai apa tah lagi, yang jual baju made in china ahahah tapi masa tu excited dia lain macam, tiap malam asyiklah menerai. Cik Lela agak kejam sampai satu tahap, dia sorokkan, tah celah mana dia letak, mungkin tak tahan kejakunan kami adik beradik bergaya depan cermin tiap malam. Bila dah raya tu.. punyalah tak sabaq nak pakai. Budak lelaki tak koman mesti nak beli baju six million dollar man, koboi la. ahhah lawak la..yang pompuan biasalah, mesti gaun ada kain jarang-jarang net dan renda-rendah. Pastu ikat rambut yang jenis bulu-bulu.. kaler pink, merah.. hahahah

Biskut raya
Ini adalah wajib, itulah keindahan nak beraya, emak akan buat biskut, walaupun tah hapa-hapa jadinya, kembang lah, keras la.. belasah je, janji buat sendiri.. dan sudah tentu, oven paling popelerr... tadaaaa


dah uppp sikit beli hat letrik jenih camni... ishkkk memori


Masa ni buat biskut semua yang berbajet rendah.. yang jenis boh almond jangan harap akan buat, sebab mahai.. tunggu pegi raya rumah orang yang ada jek makan, biskut letak peanut butter pun tak buat walau suka sangat, sebab mak kata peanut butter tu mahal.. ishkk sedihnya. Tapi dah masuk sekolah menengah ok sikit, masa ni emak berniaga nasi lemak, jadi ada la duit kumpul sikit-sikit, tu la buat modal beli bahan buat kuih raya. Itu sebab kaliannnn.. walau sesibuk mana pun, cuba dan belajar la buat biskut raya, sejenis dua pun jadilah, tiada istilah tak tau, atau tak reti, emak-emak kita dulu lagi la.. orang kampung ja.. tapi dia usaha buatkan untuk anak-anak. Zaman la canggih, kat internet ada tunjuk step by step lagik. oven pun murah2 beli dan buat aktiviti dengan anak-anak, tak payahlah main tunjuk saja, ciptakan memori kat anak-anak kenangan buat biskut raya di bulan puasa, indah memori tu satu hari nanti. Nanti-nanti depa dah besar duduk asrama, akan ada rasa rindu nak balik rumah masak dengan emak, buat biskut dengan emak. bukan takat rindu nak sama-sama pegi shopping dan pegi beli juadah kat PARAM je.

Kita ni generasi yang akan bentuk corak pemikiran dan kehidupan anak-anak kita masa depan. Kalau kita hilangkan keindahan masak sama-sama, buat biskut sama-sama maka hilanglah.. walaupun tak terrer mana pun kita nak buat biskut, tapi percayalah memori bersama-sama tu kuat melekat. itu lah yang saya rasai. Eh melalut lak.. balik to topik.

Jalan kutip duit raya
Dulu lepas tu solat sunat raya, berbondong budak-budak akan datang rumah ke rumah 'beraya' istilahnya, tapi istilah sebenarnya kutip duit raya, tak banyak, 2 kupang satu rumah jek. Keliling perumahan/kampung berjalan dari pagi sampai malam. sampai ke taman sebelah, kampung sebelah pun pegi, hahah budak la mana ada macam tu.. Saya antaranya, kalau anak tak dak depan mata, mula mencari mana pegi.. make sure pegi beraya rumah mana kita kenal je.. Lagipun hampir semua rumah ada As-teruk, balik masjid semua pakat tengok tv, citer best-best. Meriah raya kat tv dari rumah sendiri.

Ketupat, lemang home made
Mana ada istilah beli lemang, ketupat bagai, nasi impit semua tu.. ingat lagi nasi impit cik lela buat dulu betoi punya himpit... nasi yang dah tanak lembik dan panas, akan diikat masuk dalam kain nipis (kain putih) diikat kemas, kemudian akan dihimpit dengan lesung batu, atau benda-benda berat. Very the tradisional. Ketupat buat sendiri. Dan hasilnya anak dia yang tembun ni pun pandai buat ketupat sendiri.. ko haderrr?? haha riak ni.. acik pandai buat ketupat. Again.. belajar la dari orang tua kita, cemana buat lemang, ketupat.. agar anak-anak kita nanti tidak melupakan keindahan menikmati juadah hari raya kita buatan sendiri. Tiada istilah tak reti atau tak tau, semua boleh belajar, dulu bibik saya masa mula datang istilah dia bibik tak reti, bibik tak tau.. tapi saya cakap kat dia, saya tak suka dia cakap macam tu, tak reti kena belajar, kalau mulut asyik cakap tak tau, tak tau le jadinya. Hasilnya bibik dah pandai masak asam pedas, masak sambal tumis.. malah pandai tekan biskut, gentel biskut...

ok sekian sampai sini, lenguh tangan menaip.. ahahha

akhir kata.. terimalah ucapan selamat hari raya dari kami semua.. Insya-Allah malam ni kami balik kampung, dah balik kampung, tatau le bila nak onlinenya, busy manjang.. Maafkan salah silap saya sepanjang berblog, kalau ada tutur kata yang menyinggung anda.. ampun dan maaf dipinta.

13 Komen:

syeka sweetheart on 11:42 AM said...

dulu masa bln posa..kami suka tgk cerita wardah jugak..yg connie berlakon tu..kak pnut tgk dak?

farae al-farafisya on 12:24 PM said...

seronok baca cerita kak pnut ni...
betul la kak, mak2 skrg kna ciptakan memori buat biskut utk anak2...
smpai skrg sy masih ingat arwah mak ajak kami adik-beradik buat coklat cip dgn kuih gunting...
pastu mula la gatal kata lapar la hape...
kes nak makan biskut fresh dari oven...hehehe...
nostalgia gitu...

Aini Razali on 1:05 PM said...

dulu memang best kak... hai kalo lah boleh diundur masa itu. seposen pun bernilai masa tu. dpt rm10 sebulan dah kaya hahah..
satu benda yg smpai skarang saya tetap buat walaupun dah jadik emak budak ialah, pasang pelita tujuh likur. ingat dulu masa skolah rendah tak sabar tunggu ayah pasang sndiri pelita pacak pkai batang ubi kayu yg bengkang bengkok tu. ape lagi kena marah ngan ayah jawabnya....

Saliza on 1:30 PM said...

Pnut,
selain drama rumah kedai tu kat tv1 kan ada drama yg connie berlakon tu (siti zulaika,wardah dan...x ingat satu lg)

part bg juadah berbuka tu mmg best dan nostalgia betul.

kejut jiran sahur pun sama gak.. sampai mak sy pernah digelar "jam besar" kat area rumah kami tp sekarang x de lagi dah....

tinggal kenangan

Pnut on 2:32 PM said...

Syeka-wardah.. ya akak ingat...

Farae-mak akak kepakaran dia ialah baut kuih bakor.. atau kuih bangkit, mgm mendapat tempahan..

Aini-bab pasang pelita, ya sungguh aiiihh lupa nak tulis yang tu

Saliza-kita skrang bangun tengok rumah jiran sentiasa cerah, tak tau dia bangun ke tak?? (kes menerangkan rumah takut penyangak)

Anonymous said...

Pasang pelita buluh. Tolong nenek masak kuih baulu..Hazab nak pukul pakai pemukul spring yg beso tuuuuu...pakai tempayan lg...huhuuh..pastu masak pakai sabut dan kayu/arang. Perghh, nostalgia..

Kauthar on 3:06 PM said...

oohh kak pnut, saya sungguh suke en3 ni..memang mengimbau kenangan lama..cerita 'wardah' tu memang popular kan, masa tu kami kecik lagi..huuhh

Irfa on 3:40 PM said...

salam Ramadhan kak Pinut ..
YaAllah sukanya saya baca en3 ni..
akak ni mmg seswai jadi menulis.saya nak komen pun malas nak menaip inikan pulak nak menulis panjang lebar siap detai satu persatu..

sangat kagum la :-)nostalgia sungguh baca en3 ni..gantung kad kat ranting pokok tak tahan tu tapi bab kueh rasa 'terkena' nanti saya nak beli oven dan cuba buat kueh..tahun depan la kot :-)

Zarea106 on 12:10 AM said...

tergelak saya tengok revolusi oven tu kak pnut...mmg betul pun umah mak saya dulu cam tu lah dari oven butterfly ke oven bulat....bila oven yg bulat tu, nak tuning suhu ikut dlm buku resipi tak tau jengah jer lah kat cermin tu dah masak ke belum

Noina on 4:40 AM said...

hehe..suka entri ni.. :)

Selamat Hari Raya dari kami buat akak juga.. :)

Nurul on 7:34 AM said...

huwaaa..rindu gak raya dolu2..errr..kak pnut, saya masih guna oven yg sedikit moden dr oven dapur gas tuh..ehehe..mak mertua bagi :p

selamat hari raya, maaf zahir batin yer

LiTtLe^m3 on 11:23 AM said...

setuju ngan akak.. kalau saya ada anak nanti insyaallah saya akan rajinkan diri buat kuih raya. tahun lepas wat gak.. tahun ni x larat sgt rasanya (batuk dari awal puasa sampai skrg). thn lepas wat kuih raya husband yg beriya sgt sbb bau2 raya gitu kan bila kita bakar kuih :D

Aton on 7:31 PM said...

alaak... memori kita hampiir sama la. nostlgia betul.
selamat hari raya, maaf zahir batin.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino