Monday, August 01, 2011

Pelamin anganku musnah


1. Putus sudah kasih sayang.
Lagu ini ditujukan khas buat KFCM dan BEKAS tunangnya...


dengan ucapan, BERTABAHlah menghadapi dugaan hidop. Sabar ye adik-adik.. dugaan. Tak dapat berbuke poser sesama, dan beraya dengan baju sedongdong.. Sabaaarr...

Tak dapat la baca kat blog, kisah cinta-cinta dan kisah Mat Kuntum kat blog lagik..

ok sudahhhh posaaa jangan gossip lebih-lebih.

cuma moral of the story.. kalau couple, biasa-biasa je, jangan overdose..

2. Ramadhan..
Alhamdulillah, syukur masih ada nafas untuk menyambung kehidupan lagi, dan bertemu Ramadhan lagi. Alhamdulillah. Dah ada family, ada anak bujang berpuasa, kedatangan ramadhan tu seronok, sebab bila kita masak, ada tukang makan, dan bibik saya suka makan, jadi menyiapkan makan minum mereka menyeronokkan. Cuma tahun ni saya keja berulang jauh, KL-Putrajaya. Kalau keluar rumah pukul.4.30 tepat, sampai umah paling cepat 5.15pm, kalau tak jam, mandi, solat, mau dekat pukul 6 baru setel. memang tak sempat nak prepare apa sangat, so semalam saya spend masa prepare frozen karipap. dan maybe nak buat frozen donut pulak lepas ni, dan cucur badak frozen. Senang, nanti minta bibik gorengkan je.

Untuk lauk pauk, tetap akan masak juga, so akan prepare tumisan kari utk ayam/daging, ikan, sambal tumis. Biasa saya akan tumis siap-siap masa weekend, dan akan asingkan dalam bekas kecik-kecik, so nanti nak masak cuma masukkan asam jawa, santan atau tambah air je.. mudah. Semalam tak sempat prepare, gila sebok bila amek tempahan cookies dan samprit. Ingatkan nak bake bila dah masuk 2 minggu puasa, tapi nampaknya kena buat awal, sebab ramai pulak minta awal, sebab nak balik kampung awal, baik anak menantu emak bapak diaorang ni. Kalau ini tahun raya kampung isteri, awal puasa diaorg balik kampung belah suami dulu, dan isteri baik ni, siap beli cookies dan samprit untuk mertua atau emak sendiri, sebagai buah tangan tak dapat beraya bersama. Respect la.. tabikkkk... so makanya saya dah mula membakar untuk mereka yang mau ambil awal biskut-biskut ni.

Dannnn rasanya saya cuma ambil tempahan sampai hujung minggu ni je kot, lepas ni mau tutup sudahhhh.. takut tak mampu badan nak membuatnya... saya pun bukan gagah perkasa sangat, sakit tumitttt gegila punya kalau penat sangat. Jadi sebelum pitam dalam dapor bakeri acik, bior sedar diri, amek order setakat mampu je la.

Tapiii order kerepek tetap dibuka.. sampai 15hb baru kitaorang tutup order. Sebab 17hb last kitaorg amek stok, dan hari sabtu, ahad 20/21hb hari last kitaorang deliver. So kepada yang order dari Shah Alam, Insya-Allah saya akan deliver kerepek/samprit/cookies pada 20/8 be alert ok... Tak jangka saya ada yang minta saya poskan kerepek kepada mereka, tak terfikir jual kerepek sampai kena pos-pos.. aduhai.. nak tolak pun serba salah, sebab hajat orang, saya cuba tunaikan semampunya. Malah ada pembaca blog yang dok kat US, pun minta pos sampai ke sana, aduh.. kot sampai dah hancur, kesian Cath... nanti akak usahakan cemana kalu boleh dikirim ye.. 10 tahun katanya tak merasa makan kerepek, biskut raya.. Cath kata makan dengan sudu pun tak per. sendu betul ayat si Cath ni, tapi tadi dah call pos malaysia, mereka tak mau terima pos kalau barang makanan, sebab nanti sampai kat negara sana, kastam mereka akan rampas, dan return balik.. aduhai.. cemana ek.. saper ada pengalaman??

3. Piknik..
Plan asal kami nak pegi makan kat Pesta Jom Makan Buah, tapi fikir balik, tak berbaloi, sebab kami semua termasuk bibik dan anak sedara, Lukman, dengan Najmi semua sekali kena bayor RM80++ so cakap nagn husband, baik kita beli buah balik makan kat umah, kalo makan kat sana, banyak mana sangat pon nak makan. Pakcik gebu setuju aje... so kami beli cempedak, mata kuning, manggis, rambutan, durian balik makan kat umah.. piknik kat taman astakona.. ehehehe syiok.. lepak-lepak kat rumput, dan bawa keluar buah-buah makan kat luar, beli juga sate, so bawa semua makanan, lepak-lepak kat luar. seronott...


Makan sampai puas, buah-buah ni pun masih ada lagi, kang lepas berbuka boleh mamam lagi.. kalo makan kat sana?? hari ni tak boleh makan dah.. eheheheh..

Harap bulan depan lepas raya PPj buat lagi.. Kalo ada nak beli dan makan lagi..

3 Komen:

mama4A's on 3:19 PM said...

alahai... taman astakona dh cantik... naper la tk sms org dekat nie.. leh join sekali makan buah.. huhu..

Unknown on 9:56 PM said...

Pelamin Anganku Musnah...err..aci tak nak nangis...huwaaaaaaaaaa!!!!!!!.... sedeylah..makan dalam ni kak Pnut

Siti Syawal on 12:27 PM said...

lagu karoke den nie.. =)

http://semanisbertudung.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino