Friday, July 29, 2011

Order mari order... dan buah jentik-jentik dari emak


Saper org shah alam... Mau order kerepek?? cookies dan samprit, boleh la berbuat demikian.. kerana saya akan menghantar pesanan semua benda alah kat atas tu pada minggu ke 3 puasa, date sebenar tak sure lagik.. so saper nak order, boleh email or sms me untuk tempahan, no delivery charge.. tapi kena same date one shot acik pegi antor le... so far dah ada 2-3 org shah alam dah.. makaaaanya.. sapa mau order tanpa dikenakan kos penghantaran sile berbuat demikian, begitu juga dengan org sekitar, Ampang, Gombak.. dan kawasan sewaktu dengannya.. saya akan deliver ke Ampang juga, nanti kumpul semua order, one shot gue celah pegi sana antor... no delivery charge..

So far, saya terkejut dan tak sangkooooo.. order yang diterima dari pembaca blog ni saja, sudah berpuluh balang kuih, dan berkilo-kilo kerepek.. Mak terharu nakkkk... Mak ucapkan ribuan terima kasih, ini belum lagi kutip order dari agen-agen dilantik.. wahhh ayat serupa bisnes jota-jota.. hiks dari dua tiga agen yang disurvey semalam, sebab nak budget nak pi beli barang bakeri, order yang ada, sudah hampir 100 balang, dan kadar tempahan balance, 40++ samprit dan 40++ cookies, maka saya prepare beli barang untuk anggaran tempahan sekitar 100-120 balang sahaja.

Huhuhu kalo sesapa hat last-last minute nak order, saya tak berani janji, sebab saya pun bukan larat sangat, nak hadap bakor biskut je.. macam tak der life lak nanti. Hahaha, jadi kalau kamu semua mahu mohonlah order awal, sebab saya akan prepare buat sekadara order yang diterima sahaja, dah masuk seminggu dua posa tu, tak hadap acik nak pegi bakeri shop, sesakkkk!!! dan barang macam custor sugar, chocolate tu tak kena gaya out of stock, jadi beli awai ikut anggaran tempahan. Dah pun saya beli.

Actually di luar jangkaan saya, saya andaikan dalam jual 20-30 balang jadilah.. saja seronok-seronok, sambil-sambil buat untuk sendiri, baut untuk jualan sikit-sikit. Tapi lepas saya up entry jual biskut tu, masuk email, sms, terus order, hari tu je, dah berapa balang order saya terima, kemudian ada sms minta jadi agen.. saya hantar sample, dan yang kat agen ni, belum lagi saya tanya semua mereka berapa jumlah order diaorang dapat, tapi agenku kat kem. tenaga-tenaga tu.. dia saja 20++ lebih.. dalam masa sehari dia amek order.. pitam makkkk.. Alhamdulillah rezeki.. dari Allah, dan Insya-Allah, saya akan kongsikan dengan anak-anak yatim yang dah saya tau mana nak salurkan derma. So kepada anda yang membeli, anda juga turut menyumbang, sebab dah niat, sebahagian dari keuntungan jualan ni bukan hak saya seorang, tapi hak anak-anak asnaf dan yatim yang lebih layak.

Dan sebenarnya duit yang nak sedekahkan pada anak yatim ni ada sebahagian lagi dari sumbangan pembaca blog ni juga, yang rajin bagi sumbangan. U know who u are. mereka dah siap ada no akaun saya masa saya letak dulu masa kita kutip untuk beli buku untuk anak yatim, ingat tak?? tetiba je mereka sms ada duit dimasukkan untuk anak-anak yatim. Insya-Allah amanah orang, saya asingkan dan simpan. Jumlah terkumpul rasanya ada dekat 400++, panjang umur, sampailah amanah korang ke rumah anak-anak yatim, di Sungai Petani Kedah pulak kali ni, balik dekat nak raya nanti saya nak singgah hantar.

Ni rezeki dari mak tok... uhuhu terima kasih mak tok, susah payah dia belikan buah jentik-jentik. Ingat tak beberapa bulan lepas saya cakap teringin nak makan buah ni, lama tak jumpa.. uhuhu pastu kak idah sepupu saya lak letak pic kat fb, kata murah kat merbok juai seikat seringgit, terus tanya maksu, nak suruh mak tok mai sini, bawa buah ni, tapi mak tok tak mau, bulan posa dia nak pi masjid dengan geng surau dia hehehe, jadi maktok poskan mai sini. (of kos mak su tukang pos) tapi terharu.. emak tetap emak.. tak kira la dia keja pegawai besor ke.. keja kerani ni, jual nasi lemak atau goreng pisang tepi jalan ke, atau tak keja macam emak saya ka.. jiwa mereka semua saya, tetap cuba penuhi impian anak-anak.. Moga emak panjang umur.. nak terus berbakti pada emak selagi hayat saya dan selagi hayat dia.

Ok.. that's it... jangan lupa kalau nak order, sile roger..

4 Komen:

Irfa on 3:57 PM said...

pestime dgr ada buah jentik2..

Angah on 9:01 AM said...

buah apa tu kak..nampak mcm buah rambai..rupa dalam camne? rasa?

Pnut on 9:07 AM said...

Irfa-ramai org first time dengar..ehehe

Angah-rasa seakan rambai...tp kecik je buah ni

❤n|c●❤ on 1:16 PM said...

im looking buah jentik jentik hv a long long time ago? how to order buah jentik-jentik with u?

can u email to me if got this buah.
singshau@hotmail.com

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino