Menu puasa.
Alhamdulillah sudah 3 hari kita berpuasa.
Belum lagi jejak kaki ke Pasar Ramadhan, rasanya sejak tahun 2008 memang tak pi PARAM pun, kalau ada pun hari minggu sesekali.
Konsep selagi daya masak je la, sempoi2 pun.. Semalam buat mee kuah, dari opis dah suruh bibik rebuskan tulang, siapkan bawang, sayur dll. so balik tinggal menumis dan siapkan kuahnya. Pastu buat kuih cara berlauk sikit, beli tembikai dan sedikit kuih tepung bungkus. Tu je menu, untuk lauk, saya masak kari ikan, sambal belacan (dah buat semalam, jadi masih ada), pucuk paku goreng belacan, dan beli ayam goreng berempah 2 ketoi untuk Najmi kat kedai makan sebelah tempat dia tuisyen semalam. Sebab budak ni ikan lain kurang makan, ikan keli je kesukaan dia.
Hari ni dalam perancangan nak masak bubur kacang + jagung, (dah suruh bibik rebus kacang lebih sikit, nanti boleh buat cucur kacang (kuih kasturi) sekali,, then frozen kan. pastu buat popia goreng sikit, udah le.. lauk semalam masih ada, recyle je... dan nak masak sotong masak kicap je la.
Terawih
Alhamdulillah, pegi juga terawih walau penat actually drive dekat sejam setiap hari (plus jammed lite-lite.) tapi gagah-gagahkan diri juga, sebab tau nanti dah hujung-hujung mesti sebok nak bakor biskut dah, masa tu mesti ngelat nye nanti. Bestnya tiap hari pegi masjid/surau lain-lain. Saja tukar-tukar angin.
Satu je saya notis, ada ibu-ibu yang bawa anak-anak kecil, dan menangis dengan kuat, sehingga bagi saya agak terganggu ibadat orang lain. Kalau ikut situasi, ibu-ibu tak wajib jemaah pun, malah tidak disarankan pun, menjaga kebajikan anak dirumah pun mendapat pahala. Tetapi saya faham, mungkin si ibu ingin merasai keseronokan beribadat dengan jemaah lain di surau. Hak dia la. Tetapi kasihan baby tu menangis, yang menjaganya si kakak umur 5 ke 6 tahun gitu.
Bila sesekali beramai-ramai dimasjid, tengok keletah dan telatah anak-anak yang bising dan bermain-main dimasjid, saya terfikir, masa saya kecik dulu gitu le juga, lepas berbuka, dapat lesen boleh main malam. Boleh pi masjid, bukan terawih takat mana pun, lebih kepada seronok nak keluar malam dengan kawan-kawan.. eheheh.. ni dah ada anak teruna, memang saya tak bagi keluar pun malam.
Kat masjid juga tengok anak-anak baya-baya abang Najmi yang solatnya masih bergelak-gelak, sepak kaki kawan, tolak-tolak siku.. teleng sana, teleng sini.. kiranya belum solat betul-betul. Tetiba rasa selama ini babah dia tegas dan garang time solat tu, inilah gunanya, dia tak minat nak bergurau senda time solat, serius time solat, walau tidak duduk sebelah babahnya time solat kat masjid, malah dia merungut, nanti nak duduk sebelah babahnya sebab kat luar budak-budak lain bising, dia baca Al-Fatihah pun kena ulang sebab silap. Babah dia, soal lain boleh kompromi, atau kawtim maaa.. tapi soal solat dan mengaji, sorry.. setereeeettttt acik pun sereemmm. Itu sebab walau dah pegi sekolah agama, kami tetap upah ustazah mai ajar mengaji kat rumah, sebab pak dia bukan bulih nak mengajaq anak dia.. cengeiii orang Kedah kata, sat gi mau budak tu mengaji sambil sendu sendan.
Gossip
Hiks bulan posa baca gossip. kisah jimmy shanley dan kfcm (khairul fahmi che mat) kemelut depa dua couple ni menarik perhatian la.. tapi kisah KFCM lebih menarik sebab kakak bekas tunang dia overdose. Syiok layan, kalau bekas tunang dia kata ada orang ketiga dalam hubungan diaorang, saya mengatakan orang ketiga itu ialah kakaknya yang terlalu sangat masuk campur dan mulut hazab lancang tak bertempat.
opsss posa, tak leh gossip lebey-lebey..
Wednesday, August 03, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Komen:
wahhh ada tepung bungkus tu. Saya dah kecewa dah bila tanya mesti lepat bukannya tepung bungkus. Tak pun mesti kuih koci huhuhu.. Baguslah najmi tu wenco sbb dalam umur dia sekarang dah tak minat nak main2 kalau pergi surau/masjid. Ada gaya boleh jadi imam muda untuk beberapa tahun lagi ni. Selamat berpuasa untuk wenco sekeluarga =)
Pnut, nak mencelah. Kalau ina salah, ina mtk maaf. Mengenai mak2 bawa anak kecik tu. Ina join tazkirah/ kuliah subuh/maghrib, ustaz2 bgtau, didik anak dr kecik bawa ke masjid. Biar diorg menangis pun. Ust bgtau, rasulullah, cucu dia siap duk atas kepala masa sujud, sahabat2 nabi tanya, kenapa sujud lama, rasulullah jwb, bg peluang cucu dia nak main. Ina pernah dihalau oleh sorg makcik kat masjid sbb bawa anak. Tp ina tetap bawa & solat di masjid lain. & alhamdulillah anak ina dah biasa & x nangis2 @ buat bising. Ust yg bg tazkirah bgtau, Lama2 anak kita akan diasuh cintakan masjid. x ada lah bila dah tua, baru nak kenal masjid ni. Kalau pnut insyaAllah diberi rezki ke mekah/madinah, fenomena bawa baby sekecil 2 bln adalah biasa.
Lupa nak tulis nama kat atas: ina paka
Ina x reti nak setting tulis pjg2 guna iphone ni. Ina nak sambung sikit lg. Ina mtk maaf kalau pendpt ina tu x betul. Ina bukan org yg alim, hehe. Just my 2 cents.
it's ok Ina. terima kasih kerana berkongsi...
Post a Comment