Tuesday, August 16, 2011

Lelaki gentleman cemana ek?


Orang kampung saya kata ni:-


Sungguh la betoi... Drive kat tengah-tengah KL tiap hari bulan posa ni memang la pahala posa tu luak sesaja. Celah mana sabar tu nak turun pun tak tau, kalau ada je driver yang sengal sana sini, lane kecemasan depa bantai lalu, pastu nak masuk balik, ikut suka depa je. Dah tu kalut pula cilok sana sini, macam depa sorang je la posa, depa sorang je la ada anak bini nak balik bukak posa dengan anak bini depa. i don liiiikeeee.. Kadang-kadang ada juga lelaki yang tak hero langsung, dengan pompuan pun nak kerek dan tunjuk terer, blah la lu mamat, tak gentleman langsung, tampor kang..

Sebut bab gentleman, saya ada penilaian saya sendiri terhadap lelaki gentleman ni. Bagi saya lelaki yang gentleman ni banyak boleh kita tengok dari banyak segi.. yang simple pun, tetapi kadang-kadang kita rasa baguih mamat ni..eheheh contohnya :

1. Bila kat lif, ada dua kategori, satu dia akan masuk dulu, dan tahan pintu lif bagi perempuan masuk kemudian, dan dahulukan emak-emak beranak kecik macam kita-kita ni masuk dulu, dan tolong tekan lif bagi pihak kita, kalau nampak kita tangan pegang anak, pegang plastik bagai.

2. Keluar dari bangunan ke memana, ada pintu, dan kebetulan kita nak masuk atau keluar juga, dia akan bagi kita keluar, masuk dulu, bukan dia pulak berebut nak juga celah masuk/keluar sesama. Bagi saya kalau tengok lelaki macam ni, gentleman. ehehehe

3. Kalau drive pun selalu mengalah, saya pernah naik keter dengan driver opis.. driver yang bawa saya hari tu gila coooollll.. beralah memanjang di jalan raya, tak macam sesetengah driver yang gila berkuasa, terutama kalau bawa keter opis, tp mamat bawa saya ni, cool je. saya siap tegor, awak ni baik betul, cool je, beralah ngan pompuan. Dia kata saya ada bini, ada kakak, ada dik pompuan... gitulah kalau diaorang bawak keter, bila ada driver pompuan gelabah, atau nak celah, saya bagi je la.. ingat kat bini, kakak dan adik saya kalau drive gitu gak le. Huh.. cool ek, gentleman abeh.

4. Kalau kat kedai, nak pilih makanan pun dia biasa akan cool, dan rileks... bagi pompuan dulu, tak la dia pun kalut nak bergasak dan tolak-tolak pompuan. Huh tak cool bebeh.

5.  kalau bi ni nak tengok drama kasi la chance, jangan le asik tengok sokan je.. ape barang brader.... opsss ni laki makkk... hahaha tak gentleman kan?? asek dia je pegang remote kontrol tu... tak aci..tak aci.. tak aciiii...

ahhahah tu je motif nak kabor.. hahahaha

nak raya la.. tadak mood update blog.. dah mujur update gak walau tah hapa jek...

Tak saborrr nak balik raya.. rindu nak rasa macam dok kat medan perang nanti..eheheh kat kedah stok mercun dan bunga api syok sikit.. siam mariiiii.... meriah sesangat. Memang jauh beza susana nak raya kat
sini dengan kat kedah sinun. Beshhh..

Ni dulu pak penakan saya lps berbuka je amek kabat main meriam buluh. .. gedebooommmm... sat lagi dengaq orang kampung sebelah pun bommmm... nostalgia la...

5 Komen:

MushroomCute@Mariea on 12:44 PM said...

Saya tak payah balik KG dah mcm duk kat Medan Perang. Tak pernah sunyi dgn letupan. Bunga api bebesor tu toksah kiralah..tiap minggu ada jer 2-3 kali. Bila bunyi boom boom tu, bunyi apa yg meletup pun tak tahu. Mercun ker, pistol ker, bom ker...sumer BOOM!

OgysiJemariSeni on 3:41 PM said...

Standard la Pnut... Jln raya kat Msia memang susah nak jumpa driver yg ada tolak ansur... depa tolak kete kita ketepi supaya dia bole beransur masuk ada la.

Kan Pnut kan kita kat forum dah tamat kisah Apek vs Helia dan Hering wartawan baru sibuk nak klua paper... bluweekkk sangat.

Selamat berpuasa... keep cool bila drive aik.

Aini Razali@ Ainor on 8:27 PM said...

terhibur membaca celoteh kak pnut... sonok je berlawan2 meriam... hai raya skarang tak mcm dolu2....

sahromnasrudin on 10:24 AM said...

org malaysia nie kalau pegang stereng, leh ajdi hantu dibuatnya..hantu jalan heheheeee

Kauthar on 1:21 PM said...

ok akak, point yang no 5 tu yang sebenarnya nak ditekankan kan ?hihiih..(edisi tak puas hati la ni ek?)

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino