Wednesday, July 06, 2011

Rumah Semi D untuk di jual!!!


Hari ini saya cuti... so pagi tadi pegi briskwalk jalan-jalan sekitar taman... Singgah kedai, tapaukan breakfast, untuk bibik-bibik dan mak mertua saya dan untuk pakcik gebus. Dia pun cuti, kitaorang ada urusan sikit.

So masa saya tunggu brader kedai buat roti canai pesanan saya, saya tengok ada iklan ini kat dinding kedai tu. Saya rasa ada 3-4 orang bertanya kat saya, ada tak area rumah saya ni orang jual, diaorang tengah survey nak beli rumah, saya tak tau la masih available ke info ni untuk diaorang.

Korang sms atau call sendiri le tanya owner ni kot boleh nego. Kalau serius, cepatlah, sebab rumah area sini memang hot selling. Sebab kawasan perumahan kami ini satu-satunya yang palinnnggg hampir dengan Putrajaya. Kemudahan semua ada la, kedai runcit, klinik, sekolah rendah pun dalam pembinaan, paling best, sini semua bumiputra owner, so takder la time raya cina atau deepavali dengar mercun meriah sampai tak leh tido. Persatuan penduduk pun ok, banyak aktiviti, ada FB bagai..

Tapi paling saya suka ialah environment ala kampung kat sini, tak der kedai video games, tak der pusat-pusat laraaa kat sini, bagi saya memang sesuai untuk membesarkan anak-anak kat sini. Dan tarikan terBEST sekali ialah di dekat kawasan kampung, Kampung Limau Manis, cuma 1km je, ni memang kampung betul, masuk kampung ni rasa macam balik kampung.. dah tu jalan nak ke Nilai 3 pegi soping pun melalui kawasan jenderam, salak tinggi, kawasan kampung, yang bila musim buah boleh nampak ada orang jual rambutan, durian, manggis tepi jalan depan-depan rumah. Nak ke Bangi, lalui jalan kampung, kita tempuh Kg. Sg. Merab dalam, Sungai Merab Luar, memang macam di kampung sangat-sangat.. Saya suka, damai.. tak sesak otak.

Eh panjang pulak intro. ok on the way balik ke rumah, saya sms owner ni tanya alamat, rupanya memang dekat beno ngan rumah saya, so saya amek gambar rumah ni untuk tatapan kalau ada yang berminat. Rega RM350K bagi saya berbaloi, rumah memang kecik sikit, tp tanah dia luas beb..





Tengok depan ni luas, berapa biji keretak boleh parking, rumah saya yang dah renovate tepi, depan masih ada ruang lagi untuk parking kereta 2-3 biji lagi.



NI lagikkkk... saper nak call sendiri ek... cepat sebab kekadang, 2-3 hari je dah terjual.. ni pun tak tau berapa lama dah iklan tu dilekatkan..ehehehe
Ok tu je...

p/s update sikit, owner ni baru sat td call saya, bagitau, dah ada 2-3 serius buyer, dan dia belum confirm lagi, ada yang nak beli melalui agen, tapi kalau agen katanya dia kena berapa percent tah.. so kalau boleh dia nak jual direct, so boleh diskaun ke atas nilai dia letak.. may be boleh dapat dalam RM340-330K ke... try la saper mahu.

3 Komen:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ on 9:39 AM said...

kampung hubby kat limau manis tu

kakrose on 7:20 AM said...

suka kawasan rmh pnut..tenang aje..

Anonymous said...

Hai akak, dalam MC pun boleh jalan-jalan ke??

BCA

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino