Lagu yang masyuk sekali di telinga kami.. Dengar juta kali pun tetap sedap dan sukaaa sangat... Lagu inilah yang akan diulang-ulang pakcik gebu dalam kereta beb. Jiwang juga laki meks. Dari mula dengar dulu, terus cari dan download, dengar la anytime tetap sukaaaa..
Dengarlah saper yang belum pernah dengar.. ehehe tapi dah lama lagu ni.. kitaorang tetaaappp suka.
Apesal lagu-lagu dari seberang sedap-sedap? terutama lagu-lagu dari band-band ni? Kat Malaysia, ada, tapi kurang. Kalau ada pun, seketoi dua lagu best, pastu lagu lain dalam album tu ampeh. Ini sesuatu yang komposer Malaysia kena perbaiki, erkkk tp lagu-lagu dalam drama Nora Elena best-best kan?? hiks.. nak jugakkk
2. FILEM SEKALI LAGI
Siapa dah pernah tengok filem ni? best ke tak? Saya kalau filem-filem dari penerbit David Teo ni kurang nafsu sikit, tapi baca review dari surat khabar macam bagus. Tapi track rekod pengarah filem ni Hashim Rejab ok juga, drama-drama dia ok, cam Adamaya tu. wa suka. Lagi pun, Hashim ni kawan kepada kawan saya.. kawan ni le promote suruh pegi tengok. Ahhaha own sabaq nanti aku pi.
3. CINTA ITU-kekadang menyakitkan
Saya terbaca satu luahan hati dalam paper baru-baru ni, interesting sangat, ada sorang awek ni cintakan sangat first love dia, sehinggakan susah untuk dia bukakan hati dia untuk nak cintakan lelaki lain, walaupun bekas boifren dia tu dah kawen dan beranak pinak. Cinta terhalang sebab keluarga perempuan ni tak boleh terima lelaki ni suatu masa dahulu, emosi dia kacau, perit dia lalui hari-hari dia merindui lelaki tu, mengenangkan saat-saat manis bersama bekas boifren dia. Bekas boifren dia entah-entah kan dah lupakan bahagia dengan kehidupan sendiri. (agaknya le dia tak tulis pulak)
Kesian kan, Cinta tak semestinya membuat kita bahagia, ada kalanya cinta membuatkan seseorang merana. Tidak semua orang mendapat hak untuk bahagia dengan orang yang dicintai. Dan apabila dillukai, memang sakit dan kesannya berpanjangan kalau kita tak pandai handle kan. Kat kampung emak saya ada orang gila kerana putus tunang dan tak boleh terima hakikat itu. Sadis. Banyak kisah cinta sekeliling kita, yang sedih dan pilu. Bila kita lihat dan tengok betapa orang lain merana dengan cinta, kita bersyukurlah kita hidup dengan cinta. Cinta kita kepada pasangan kita, kepada keluarga, anak-anak.. dan paling penting CINTA kita kepada ALLAH, kerana kecintaan hakiki itu kita berada dimana kita ada sekarang.
Diatas semua faktor disebutkan diatas. (ayat bahasa formal) kita patut hargai semua yang disekeliling kita, suami/isteri/anak-anak/emak/bapak.adik beradik, kawan-kawan dan semua yang ada sekeliling kita. Tak rugi kita hargai dan baik dengan semua orang, kecualilah kita dah buat baik pun tetiba tanpa kita sendiri tau apa sebabnya tetiba orang yang baik dengan kita tetiba jadi pelik. Ya pelik, dan sangat pelik, sedangkan dulu kemain kita baik, kamceng dengan dia. Saya laluinya.. dan saya sakit, pedih. Pedih sebab kita tak suka perkara itu berlaku, tetapi mungkin ada salah faham tanpa sedar, ia tetap berlaku. Sakit la, benci betul.
4. PERTANYAAN
Siapa ada contact number tempat-tempat menjual pokok yang murah, cantik, dan harga murah ahahah nak cantik, menarik dan murah, dasar kedekut. Don't tell me Sungai Buloh beb.. jauh.. gua nak area-area Bangi, Dengkil ka.. Kitaorg nak projek buat garden-garden sikit la. kat depan rumah dan belakang rumah,
4 Komen:
errr...minggu depan pesta flora putrajaya. leh dpt yg murah2 kot..ngeeeee :D
kat SP murah2 pnut...hehehe
Adeh..kena batang hidung gue..kemek aaa hidung ai yg cumil ni Kak Pnut..
salam.. nk terima kasih ribu2 kali sbb upload lagu best nie!! 1st time dgr kt suria fm mmg feeling habis dibuatnya(saya dgr radio dlm kereta jer). tak sangka dpt dgr lagi sekali kt sini.. dpt pakej lengkap lagi!!
sbb lagu best nie terus nk komen kt sini.. sbb mmg nk ucap terima kasih sangat2.
Post a Comment