Busy dengan hobi-hobi.. hobi baru dan hobi lama...ehheheh
kemahiran terbaru gua ada, gua sudah berenang!!! yeayyy!!! hahaha macam tak percaya.. tak pernah terfikir bahawa pada usia 36 tahun baru acik dapat berenang, tu pun tak tara mana... sejengkal cuma. hehehe sifu saya ialah jiran sebelah, dan kolam pun tumpang sebelah rumah punya. Terima kasihah jiranku. Tapi skill berenang tu skill namanya hentam saja... aku tibai ikut suka jek...eheheheh... kaki..tarikkkk tendang... tangan tolakkk kuakkkkk tp tak reti keluarkan muka amek nafas... asal keluarkan muka, nak tenggelam.. ahanahahaha maka berenanglah daku dengan menahan napas muka dalam air.. hahah lama mana lah sangat tahan pun kannnn..
Si Najmi usah kira le.. dah segala kuak dia bantai. Lagipun dia dah bertahun reti berenang, acik ni baru seminggu dua reti.. tu pun jenuh cikgu mengajor...
Antara lain kesibukan saya ialah, siapkan projek Go Green, buat mini garden belakang rumah.. Ini projek kami Pnut and Co. Saya , bibik, Najmi, dan pakcik gebu. Tapi pakcik gebu enterprem saat2 akhir je, iaitu angkut pasir, tambak, angkat rumput dan tanam rumput. eheheh tu pun banyak ngelat.. tapiiiii paling utama, beberapa ketoi bajet adalah di pow dari beliau. Bengkok le acik kalau nak keluar belanja semua. Ini pun dekat 1K abeh tau.. kira berbaloi la... Nak upah orang buat, koman-koman 2-3K abeh, ubah ratakan tanah, tambak pasir, tanam rumput.
Ini hasill kerja beberapa hari kami..
Ini kami buat sendiri, biorlah tak begitu perfect, tapi boleh la.. dari upah berkali ganda kosnya, walau penat cam nak putus segala urat..eheheh. Semua barangan adalah dibeli direct kat Sungai Buloh. Murah.. rumpur filiphine tu kalo beli kat nurseri area Bangi, sekeping RM3, kat Sungai Buloh RM1.50, kami beli 120 keping, angkut pakai Mr. Grey sajork. Beli pasir 3 scoop (satu lori kecik, RM200) Batu yang bentuk kayu tu, yang kami susun tempat pemijak tu satu RM15, kat Nurseri pokok sekitar Bangi RM22-23. Batu-Batu putih kecik-kecik satu beg RM16, berbanding kat sini RM20-22 satu beg. Pokok2 bunga sama, kat Sungai Buloh, pokok boleh dapat 3 pokok RM10, 4 pokok RM10.. pokok-pokok kecik-kecik seringgit satu.. murah.. memang berbaloi dari Putrajaya ke Sungai Buloh membeli pokok-pokok.
Ni baru abeh tanam rumput.. baru tanam sedikit pokok he.. hahaha bajet pun dah tak berapa nak ada, maka fasa kedua tunggu gaji la.. nak beli banyak pokok bunga nak gardenkan taman ni.. nak beli lampu taman, dll.. Tak sabor nak menunjuk dah.. ehehehe nanti dah siap sepenuhnya saya tunjukkkkk...
Memang penat sangat, dan senget benget taman kami, tapi puas hati sebab semua buat sendiri.. seronoknya lain.. sakit-sakit badan buat taman ni tau.. tapi berbaloi... eheheh tunggu episod seterusnya nanti..ehehehe. Orang buat taman tepi rumah, depan rumah, kami buat belakang rumah.. tp lagi best, privacy.. sebab belakang ni tak rumah org, dan takder orang lalu lalang.
Korek balik entry lama, jumpa balik pic halaman belakang ni suatu ketika dahulu, masa bibik lama rajin berkebun.
Bila la nak menang peraduan petronas ke, sheel ni, dapat 20-30 riban. .. nak buat kolam ikan koi... nak buat wakaf... ishkkkkk duit-duit... dimana kau duittt... Sijil Simpanan Premium pun ntah bila nak menang tah...
6 Komen:
angah pun nak buat sendiri kak..aritu dpt quotation..tanam rumput tu la..9k utk 2280 kaki persegi..baik angah buat kabinet dapur ke, tambah ruang umah ke huhu
Wow !!! Cantiknya !!! Sejuk mata mandang...Best best best !!!
akak, arakian amat terharulah saya melihat hijaunya bakang umah akak, seakan2 mencuit2 hati ini untuk meng'green'kan juga rumah saya. namun apakan daya jarak dan duit menjadi penghalang.
arakian menunjuk2 itu amatlah sama dengan diriku ini. tapi bukan menunjuk2 apa barang hatta harta mewah yang ku ada. arakian sekian adanya...
pas ni update lagi ye kak....
bestnya. cantik2. mesti puas ati kan. dulu ayah sy penah wat pondok kat blkg umah. walaupun simple tp puas ati, tp dh lama terbiar. ni wat sy semangat nk mencantikkan rumah. kwsn dah ada tp skill ngan kerajinan yang xde. hoho kene belaja lebih ni.
akak..cantiknya taman..jelesnya u ada laman banyak...anyway..nak habaq, rumput tu patutnya tanam jarak2 sket..dalam tiga ke empat inci...baru dia naek nanti cantek...kang rerapat no...bila dia biak...tak cun sangat...neh based on own experience laa...dah tanam dekat sebulan, baru jumpa cara tanam rumput yang betul...huhuhu
cantik kak nas... bukak tender la.. leh buat umah saya lak.. ngeee...
Post a Comment