Tuesday, July 19, 2011

Mereka yang Istemewa


Kat blog saya ni kan ada link-link ke blog-blog ibu-ibu yang ada anak istemewa kan? Mereka tidak diberi pilihan untuk memilih lahrikan anak istemewa, tetapi mereka adalah yang terpilih. Dan pilihan itu ialah Allah Maha Berkuasa yang memutlakkan, siapa kita pulak hendak menidakkan. Andai diberi pilihan pun, saya pasti mereka mahu memilih dikurniakan anak yang sihat, sempurna akal fikiran dan fizikal. Tetapi kuasa tuhan tiada siapa mampu menolaknya. Sedangkan Jiey Mama Rayyan yang diberi pilihan hendak teruskan atau tidak kehamilan beliau bila mana doktor katakan 'sesuatu' yang tidak sempurna pada janin yang dikandungnya suatu ketika dahulu, tetap memilih untuk melahirkan. Nah lahirnya Rayyan Arif yang comel dan makin bijak itu sekarang. Bijak disini ialah bijak dalam 'kelas' mereka tersendiri. Hanya ibu bapa, guru dan orang terdekat mereka sahaja tau kebijaksanaan anak-anak mereka yang istemewa ini.

Pandangan mata kasar kita, mungkin mencemuh, bijak mana sangatlah budak istemewa ni. Buang fikiran begitu jauh-jauh. Tolong letak fikiran busuk dalam tong sampah, itu selayaknya fikiran jumud kalian kalau fikir anak istemewa ini tidak bijak. Bila saya membaca luahan hati ibu-ibu anak istemewa ni, betapa sebenarnya saya lebih menghargai anak-anak saya. Bila mana saya melihat perkembangan Alesya, sehari ke sehari, dari meniarap, merangkak, berjalan, sampai kini petah dan becok mulut berkata-kata. Saya sering terdetik dan teringatkan anak-anak yang sering saya ikut perkembangan mereka, seperti Idris, Rayyan, Nabila, Alesha (anak Ita), Iman, Mawaddah dan beberapa nama lagi. Sering saya teringat, kalau anak-anak itu sempurna, mesti mereka juga macam Alesya, banyak bertanya, apa tu ma.. apa tu bik, naper tu ma, naper tu bik, babah pegi mana mama?? abang mana mama?? adik nak ikut babah pegi keja... adik nak ikut mama pegi keja... Sumpah, ingatan saya ada pada mereka, tatak tipu punya.

Bila melihat Alesya makan tumpah berterabur makanan, bila melihat dia punggah pinggan mangkuk plastik, sudu, senduk dalam laci... susun, dan 'masak' hilang rasa nak marah bila saya kenangkan, ada rakan-rakan dia cuma mampu terbaring, dan berharap orang lain membantu menggerakkan mereka untuk meneroka, saya insaf dan bersyukur dan jangan merungut. Sungguh kehadiran anak-anak istemewa ini yang diikuti melalui tulisan ibu-ibu mereka amat bermakna, bagi saya, kerana dari mereka saya belajar menghargai permata-permata yang saya ada. Dari mereka saya belajar erti kesabaran. Dari mereka saya belajar erti kasih sayang sebenar, dari mereka saya belajar erti ketabahan, dari mereka saya belajar memahami jiwa dan perasaan orang lain sehalusnya, sesungguhnya kerana mereka juga manusia dan kanak-kanak yang mempunyai hak.

Ikutkan deklarasi Konvensyen hak kanak-kanak menurut PBB :-
"Konvensyen itu menekankan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun mempunyai hak seperti:

1.Untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan pemeliharaan yang sempurna serta belaian kasih sayang dalam suasana kekeluargaan.
2.Untuk mendapat identiti sebagai individu dan warganegara.
3.Untuk mendapat perlindungan dari kesukaran atau rintangan dalam hidup semasa dalam kecemasan, peperangan, dalam pelarian, dalam keadaan tidak berupaya dan dari exploitasi atau jenayah.

Konvensyen itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan orang dewasa dengan mengambil kira keperluan seperti:

1.Kerjasama antarabangsa dalam usaha memberi perlindungan kepada kanak-kanak.
2.Peranan dan tanggungjawab keluarga dan negara dalam memberi perlindungan dan menjaga kepentingan kanak-kanak.
3.Memberi tekanan kepada hak kanak-kanak membesar mengikut budaya, kepercayaan atau agama, keluarganya.
4.Memberi perlindungan kepada kanak-kanak sebatang kara yang memerlukan keluarga ganti / pelihara.
5.Memberi hak taraf kewarganegaraan kepada semua kanak-kanak.

So siapa anda nak nafikan hak mereka?
 
Saya membaca tulisan mama Idris pagi tadi, mengenai pandangan sinis, dan 'kepelikan' bila dia membawa anak istimewa keluar, dan kata beliau, kenapa mesti ada diskriminasi? dan kena perlu malu atau hendak sorok kalau ada anak istemewa? Betul saya setuju. Biarlah mereka juga punya hak untuk bermain.. mereka juga punya hak untuk beriadah. Mereka ada hak untuk menggunakan kemudahan yang kerajaan sediakan kepada semua rakyat.

12 Komen:

Anonymous said...

Tersentuh hati saya akak..
terbaek pesanan akak ni, menusuk ke jiwa.

Juhaida

Anonymous said...

yup..sgt tersentuh..n.. wpun dulu masa studi kita xrapat tp skrg hang mcm idola aku la plak pnut woii..byk org2 yg ada aura +ve mcm hang aku cr..(erkkk sila jgn riak eh!)kakaka...aku penah tumpgkan kwn yg lahirkan anak istimewa kat rmh aku sbb laki dia tinggalkan dia ms anak tu lahir..dlm 2 bln gak la dia dlm rmh aku n meninggal pun kat spital tp still ms tu dlm jagaan aku..ms dia kat rmh aku, aku rasa mcm sgt hepi n hidup aku sgt baik..n indah..aku nak citer kat hang ms kita p pesta buku sama2 hr tu..tp hang sibuk sembang ngan pompuan R&D (india tu dlm bas..ceh!)..huhuhu..wpun dia dah xdak tp aku masih terasa kehadiran malaikat kecil tu dlm rmh aku..aku xsangka aku bole bjaga mlm ngan mak dia..saba time dia nanges xrenti2..xgabra time dia sakit..n ms dia msk spital..misi2 ingat aku doktor! (over dak aku??) huhuhu mcm bkn aku plak masa tu...erkk klu la ada tetiba anak pak ajis ka anak pak mad ka ajak kawen laa..aku redy dah nie hahaha...but tahniah la pd mak2 yg dpt malaikat2 kecil nie...anugerah dr Allah!..k

hehehe hang tau nyer sapa aku kan

Noina on 1:23 PM said...

kak..bergenang air mata ina baca entry ni. Terharu bila akak faham dengan keadaaan kami yang ada anak istimewa ini. Moga ada lagi insan2 yang menerima anak-anak ini seadanya..

Aini Razali on 2:42 PM said...

sebak baca.... anak saya si nazmi adalah autisme. alhamdulillah saya boleh terima sebab dah jangka awal2.. syabas kepada ibu2 yg ada anak istimewa nie....

:|: TinTa Kibod :|: on 2:50 PM said...

bergenang airmata..{kaver takut meleleh dh org depan desk terpinga]

sbb tu sy suka bca entry akak...
bg motivasi diri sy...
jd manusia tahu apa nikmat syukur..tahu apa nikmat berkat..
moga semua pun begitu..Ameenn...

syabas ibu2 bapa2 anak istimewa..Allah maha mengetahui..^_^

Maisya on 3:02 PM said...

Anak saya autisme & hyperactive....secara fizikal memang nampak normal cuma tak reti cakap lagi dan payah nak suruh dok diam so kalau kat luar sure org ingat budak nakal or mak pak tak reti ngajar....hu...hu..tapi kami dah tak kisah pandangan org cuma kalau nak bawak keluar tu memang kena pilih tempat jugak la , bukan sebab segan ke apa tapi bergantung pada larat tak mak pak dia nak ligan sebab dia suka berlari, laju plak tu...he...he..

Anonymous said...

terima kasih atas entry ni pnut.
bila baca apa pnut tulis, saya rasa sebak, dan tersedar, betapa bersyukurnya saya mendapat anak-anak yang sempurna, walaupun mereka bukan cemerlang, tetapi mereka tidak membebankan dari segi wang ringgit, atau fizikal..

Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah kurnianya......

Lyn.

DrPsycheupp said...

Tiap-tiap hari aku berurusan secara langsung dan xlangsung dengan anak2 istimewa ini. S tiada edikitpun tiada sesal dihati ini meninggalkan bidang kepakaranku kerana hatiku dicuri oleh anak-ini..Saban kali melawat mereka di sekolah hatiku tersentuh. Baik yang ADHD, autisme,S.D,Cerebral Palsy bermasalah penglihatan atau pendengaran dll, mereka adalah anak-anak syurga yang suci jauh lebih suci drp sesetengah manusia normal...termasuk diriku..Insyallah..aku akan bersama mereka..berusaha membantu mereka dgn caraku sendiri.

Anonymous said...

salam..

saya sebak dengan entry ini..bergenang air mata walaupun belum punya cahaya mata. semoga anak-anak ini tidak dipinggirkan di dalam dunia yang hanya bersifat sementara ini...

insan kerdil on 11:52 AM said...

pada tiap yang 'tersurat'...biarpun yang 'tertulis' itu tampak 'nyata'...untuk 'dinilai' dan 'diukur'.....namun yang 'ditulis' itu tetap.....'terkandung' rahsia.....yang 'terlindung' atas prinsip percaya dan yakin...pada Dia...yang Maha Esa....

perjalanan kehidupan.....biar pun ada di antaranya.....yang saling membezakan.....dalam membuat pilihan....adalah pada kekangan....matlamat....kaedah....namun ada jua ketika nya....yang ada cuma....pilihan dalam menerima......

biar pun begitu....atas prinsip untuk terus percaya dan yakin...pada-Nya yang Maha Mengetahui.....Pemilik...Penentu...Pemutus....di sebalik tiap ujian yang 'menjengah'.....yang ada di antaranya...seperti sudah 'tertutup' semua 'jalan'...sehingga seperti tiada lagi kelihatan 'ruang' untuk 'bernafas'....Dia akan 'memandu' ke arah yang Dia kehendaki....yang hanya Dia tahu kemana...dan hanya Dia tahu kenapa.....

kerana Dia sama sekali tidak akan menzalimi....dan Dia juga sama sekali tidak akan memungkiri janji....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah.....

wallahu'alam...

Anonymous said...

Apalah dosa anak kecil tu kan. "Keistimewaan" tu bukan boleh berjangkit. Manusia kadang2 lupa semua tu dr Allah. Allah boleh twist kejadian ciptaan-Nya bila-bila masa jer.

KLMari on 4:19 PM said...

Thanks for this entry, Kak Pnut...Suatu masa dulu, saya pun sgt tak selesa bila orang lain memandang anak saya (more kepada merenung mcm nak telan) atau pun yg ckp "Kesian.."....tapi la ni dah tak kisah dah...kita tak leh nak tutup mata orang kan, takleh nak tutup mulut orang..cuma harapkan sedikit pengertian...thanks again..:)

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino