BERSIH 2.0
Dah abeh.. Masa depa sebok dok 'bersih' kat KL, kami sebok bersihkan laman belakang rumah buat mini garden. Ehehehe. lagi syioookkk.
Dah tengok video-video kat youtube? huh tengok la.. pastu rasa nak gelak bila Utusan tulih hanya ada 6000 orang je mai ke perhimpunan tu, saya tengok kat youtube dari segenanp penjuru KL ni depa mai.. huishhhh gila betoi. Tapi paling sedih tengok video pakcik yang kena serangan jantung, sampai dekat setengah jam, bantuan tak sampai. Sedih betul, takkan tak der ambulans standby? Yang polis pulak macam tak der persediaan nak hadapi sitausi cemas tu. Ye la mungkin dah ajal dia, tetapi bantuan kemanusiaan seharusnya tiba dengan segera. Dan pakcik ni pun sepatutnya dia berada di rumah dengan anak-anak dan isteri, tetapi kententuan ajalnya tiba begitu dan cara begitu, sebagai orang Islam, Qada' dan Qadar tu kententuan Allah kan.. Mati itu pasti. tidak lambat walau sesaat. Mungkin sekiranya berada di rumah pun kalau ajalnya dah tiba, beliau pergi jua, tetapi pemergiannya mungkin disisi keluarga.
Saya harap cukuplah perhimpunan-perhimpunan begini diadakan, sebagai librarian yang ada akses baca berita-berita yang kami langgan dari beberapa pangkalan data suratkhabar antarabangsa, imej Malaysia memang terjejas teruk. Bila baca review pakar ekonomi, mereka advice not a good time to invest in Malaysia. Huhh.. Beb.. negara kita udahlah tenat ekonominya, jangan lah tenatkan. Analisis politik dari pakar seluruh dunia dalam beberapa database pun menghentam pimpinan sekarang. Which is akan effect kepada ekonomi juga.
Cukuplah biarlah ini yang terakhir. Apa yang berlaku cukup untuk menampakkan betapa pimpinan kita sekarang perlu kerja keras untuk baik pulih imej mereka, dan kena fikir mekanisme macam mana nak pancing hati pengundi muda yang meluap-luap marah ni. Mereka ni emosional. Dan kemarahan itu nanti akan dilepaskan for the next PRU, kalau 5 tahun lepas, kita masih ada pakcik-pakcik, makcik-makcik yang berumur 60-80 tahun yang masih hidup dan akan mengundi BN atas dasar UMNO yang kuat suatu ketika dahulu, tapi kini mungkin mereka sudah tiada, dan dalam masa 5 tahun ini juga, kita jangan lupa, anak muda yang berusia 18tahun yang tidak layak mengundi dahulu kini sudah layak mengundi. Statistik pertambahan pengundi baru ni jangan dilupakan profil mereka. Diaorang ni yang meluap-luap ni.
Al-Fatihah.
Seoarang mak sedara saya baru meninggal dunia 2 hari lepas, Innalillah.. saya tak berkesempatan nak balik menziarah, tetapi semasa arwah belum meninggal, saya sempat kirimkan duit pada maksu untuk disedekahkan pada arwah, kerana mereka orang susah. Namun tak sempat rasanya arwah menerima kiriman wang itu, beliau telah pergi, mungkin emak serahkan kepada pak lang saya untuk kegunaan mereka kelak. Hanya doa dari saya agar mereka semua tabah. Arwah mengidap kanser paru-paru. Sebelum ni nampak sihat, bulan 12 lepas baru buat kenduri kawen sepupu saya iaitu anak dia bulan 12 tahun lepas. lepas kenduri ni arwah sering sakit-sakit, sehinggalah bila check disahkan kanser, tahap 4 dan doktor pun tak boleh nak buat kimo pun sebab dah parah sangat, tisu dan organ dalaman arwah banyak rosak. Al-fatihah buat arwah.
Insya-Allah raya nanti balik akan ziarah pak lang saya, dan kasihan anak bongsu mereka yang memang rapat dengan arwah, baru umur 12 tahun. Sedihnya kan... Moga mereka semua tabah dan kuat.
4 Komen:
With Julia ucap takziah ye...tabahkan hati anda...yee about bersih tuh yg plg afdal bersih je kawasan umah lagi bgus..ehehhe dari wt perkara2 yg x berfaedah...good action! :)
nilaian kemerdekaan....seringkali diletakkan 'pandangan' pada 'terbangunnya' suatu negara....yang berdaulat...yang punya 'acuan'nya sendiri......hinggakan 'terlupa' pada perit getir suatu yang dinamakan perjuangan....pengorbanan....penjajahan.....
mengisi ruang2 kemerdekaan 'ternyata' lebih 'dicabar'....oleh tiap yang 'menikmati'...namun 'menafikan' tiap satu daripadanya...hanya kerana 'ledakan' emosi yang tidak tahu 'mulanya'.....dan tidak juga akan tahu dimana 'akhirnya'....selagi sesuatu yang jelas...'dikaburkan'....yang 'putih'...dihitamkan.....yang 'terang'....'digelapkan'....
prinsip perjuangan takkan pernah berubah.....kerana asasnya jelas....berpegang pada hakikat yang sama.....mempertahankan kedaulatan yang bukan nya 'jatuh' daripada 'langit'....dan 'dibiarkan' menjadi 'debu'...untuk dibawa 'pergi' oleh tiupan 'angin'.....
al-fatihah buat arwah mak saudara....
semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman....aminnn
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam...
Apa apa pun semua manusia yg diam dlm Malaysia ni kene jujur...
apa apa pun semua makhluk Tuhan kat bumi Tuhan ni kene tahu bersyukur....
Post a Comment