Friday, June 10, 2011

poin to point, bukan ampang point atau city point.


Entry seteret to the point


*Pertama kali*
Kali dalam hidup saya sudah 36 tahun, inilah hari jumaat yang paling tidak saya tunggui.. ehehehe dan inilah pertama kali saya akan rasakan weekend esok dan lusa adalah satu weekend yang panjang dan cepatlah Isnin. Inilah kali pertama tiada istilah i hati monday. hahahah cer teka apesal?? hiks... yaaa betullll.. anak pak ajis tak der la jumaat sabtu dan ahad. Isnin baru dia ada balik.. huwaaaaaaaa... kanda jom tengok kl gangstar... walaupun tak suka anak usop selam tu, tapi pandai dia.. amek anak pak ajis tu berlakon. hehehe babahhhh jom tengok...

*Cuti sekolah*
Hari isnin ni sekolah bukak balik, no more 20-30 min sampai opis. Cuti sekolah keluar 6.45am masih sempat sampai opis 7.15am.. lps ni back to normal. 6.30 dah keluar rumah. tu pun ngam sampai opis 7.30am, sampai pun dah masuk waktu-waktu kecederaan dah. tak sabar tunggu cuti sekolah bulan 12 nanti..hiks.

*in real life*
Pakcik gebu yang was born with no romantic talent tu kata, in real life mana ada jantan cam seth tan tu.. macma setan banyak la.. hahahaha ya betoi.. tapi setidaknya 70% jantan cam seth tan tu ada. dan semalam saya dengar kat radio sinar FM, Datuk, Dr. Fadilah Kamsah kata, menurut kajian 90% wanita adalah 'penuntut' mereka menuntut kasih sayang dari suami sendiri. Kata Datuk FK, wanita adalah dilahirkan untuk mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka, hari lahir anak-anak, hari lahir suami, hari ulang tahun perkahwinan, dan wanitalah yang sering membahagiakan suami dan anak-anak, lelaki tidak begitu. dan atas faktor-faktor itu, wanita sebenarnya mahukan perhatian dari suami sendiri, mereka mahukan belaian suami sesekali bukan belain tu time ehem-ehem sajork.. kannnn... kannnn.. belaian yang mudah dan simple, time bini tengok 'hangit' dengan sudip dan kuali kat dapur tu, tak boleh ke, sambil lalu tu chupp sekali kat kening bini, kata tima kasih kerana masak, tak sabor nak makan.. walaupun bini masak tak sedap mana, bodek la.. ingat bini mahu hadiah-hadiah fizikal jek baru seronok, sesekali dimanjakan camtu, sejuk ati. hahah tapi itulah hakikatnya in real life, susah nak jumpa laki macam tu..ahahah. Dan in real life juga, susah jumpa perempuan sebaik Nur Amina dalam Nur Kasih, propa je lebey tu. hahaha Hakikatnya redha dan pasrah la dengan pasangan memasing ye dak.

*Terima kasih*
Atas ucapan-ucapan happy birthday Alesya. Alhamdulillah, kalau memandang dia, hati saya selalu bersyukur dan sentiasa ingat Kun Fa Ya Kun.. kalau Allah kata ya.. maka ya lah.. kadang-kadang bila dengar keletah dia bercakap pot pet.. pot pettt... menyanyi ntah apa butir lagunya, saya terhibur tetapi selalu teringat inilah anak yang kecil dan kuat semangat satu ketika dulu. Doktor yang pernah merawat dia dulu pun pernah jumpa dia semula pun terkejut melihat dia.

Terima kasih juga sebab baca entry tah hapa-hapa ni. tata.

4 Komen:

Unknown on 5:40 PM said...

hehe...kak pnut...umur akak 36 yer...saya 34 thn...beza 2 tahun jer yer kita...hehe..saya ni perasan muda...

dek penangan akak..saya pun dah terikut nak tgk nora elena tuh...best citer dia...

sblm terlewat nak wish hepy besday juga kat alesya...moga dia terus sihat dan ceria...

ieda on 6:18 PM said...

pnut..
husband saya suka gak mai dok kacau bila saya kat dapur..kalut nak peluk cium sampai saya naik rimas...hehehe

ttg anak dara...
happy birthday to adik pink...kecik sungguh dia masa lahir dulu ek...tapi aktif.tgk first video tu..kemain lagi menendang.

kdg2 (infact most of the time)saya sendiri terpegun melihat keajaiban Allah...baby yg saya sangka takkan survive membesar dgn elok...yg sihat2 tiba2 collapsed.

Hayati on 10:37 AM said...

macam mana la kalau kak yati jadi bini seth tan tu. tak tidur malam aku dok cemburu kat orang-orang yang dok gila kat laki aku kat luar sana tu ha.Nasib baik la laki kak yati bukan seth tan. hahahah...

Kak Lia on 4:17 PM said...

akak tk tgk pun citer seth tan tu..hahaha...tp rasanya laki akak lagi lomentik kut dr dia..hahaha...sbb cam hang cakap..kalo tgh kt dapur tu..chupp sikit ke..laki akak biasa buat..hahaha....

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino