Thursday, June 09, 2011

Hari ini satu keajaiban berlaku 3 tahun lepas


Udah-udah le citer pasai anak pak Ajis ek.. hari ni nak citer pasal anak pak Ikram ni pulak..

Hari ni, 3 tahun lepas, pagi begini saya sudah bersiap untuk ke hospital menyerah diri untuk diberanakkan. Ikutkan hati saya masih mahu menyimpan lagi kandungan dalam rahim saya masa tu, baru 30 minggu. Saya mahukan ianya bertahan at least sampai 32 minggu, tetapi mc saya berakhir doktor kata kalau tekanan darah naik, terus ke hospital, jangan tunggu-tunggu. So pada hari ini 3 tahun lepas, saya pun menyerahkan diri.

9.30 pagi, check in masuk terus ke dewan bersalin, confirmlah bp naik, terus kena tahan, gedebuk gedebak.. doktor semua kerumun, kes profile tinggi kan? Kan kat buku merah tu awal lagi dah stiker merah ke apa tah, yang menunjukkan 'high risk pregnancy' so terus doktor pakar semua turun, dan-dan tu dengar la depa booking ventilator baby, booking dewan bedah, call pakar bius bagai.. semua masih jelas diingatan. Betapa berisikonya saya mengandungkan budak-budak ni, asal saya sampai kat hospital kelam kabut nurse dan doktor mengadap saya, masa Najmi dulu lagi teruk, ada la 3-4 kali saya kena duduk dalam bilik separa ICU tu close monitoring 24hrs.

Jam 2.00ptg, selamat saya ditolak ke dewan bedah, so cooolll saya masa tu, tak macam masa Najmi, menggigil dan berdebar. This time, saya cool, rileks. Kali ini nampak semuanya berlaku, saat perut ditoreh, mmg terasa, tapi tak la rasa sakit, sebab bius kan. tapi tau saat pisau ditoreh tu, dan kemudian ditarik Alesya keluar semua nampak depan mata, tetiba dengar tangisan dia, kuat sangat, terkejut semua doktor dan nurse, "wah, tak padan kecik, kuatnya suara" first thing in my mind, anak saya ada suara!! Alhamdulillah. kemudian, dengan kadar pembersihan ala kadar, Alesya terus dilarikan ke NICU, maka berpisahlah kami disaat kalau orang lain, sebaik sahaja baby lahir, cuci, akan diserahkan pada ibu kan, tapi budak-budak terus kena masuk NICU. 90 hari si adik duduk NICU, dari berat lahir 1kg, then kritikal, sampai beratnya tinggal 850gram.

Inilah anak miracle itu.. sebak bila lihat semula video ni. Ini baru tak sampai sebulan baru dapat kami curi2 amek video ni.



Ajaibnya kuasa Allah kan.. "and he say yes... and he gives want u want" yes.. masa dia kritikal ni saya pasrah dan redha, takut dengan ketentuanNya..

Tidak berani saya berharap lebih di kala ini, cuma doa sahaja irigan saya dari rumah



Gambar yang kanan atas ni, ialah saat dia betul kritikal. Luruh jiwa saya apabila dikabarkan pernafasan dia tak menentu, kekadang ok, kekadang tenat.
Serius, kami hanya daftar kelahiran dia selepas doktor kata dah stabil sikit, baru saya confident, cari nama dan babahnya pegi daftarkan.


Ini saatnya di mana hari dan kali pertama dia berjalan.. soo excited.


Dan hari ini.. anak miracle yang dilahirkan 3 tahun lepas dah pandai baca ABC, dah pandai nak pilih baju Minnie Mosss, dah pandai nak pilih baju princess, dah pandai minta diikatkan rambut, dah pandai merajuk, dah pandai nak sepit rambut, sudah pandai memujuk bila kita merajuk..


Adik.. Happy Birthday, tiada apa yang mama dan babah mahukan, selain adik sentiasa sihat, ceria dan membesar menjadi anak yang solehah. Adik hadir melengkapkan hidup mama memberikan sepasang zuriat untuk kami berdua, tiada lagi yang mama mahukan dalam hidup ini kecuali terus hidup dan membesarkan kalian berdua beradik, cukup lengkap hidup mama, tiada berkurang di mana pun. Sempurna, dengan nikmat dan zat Allah beri pada kami.

Happy Birthday Adik.. Kami semua sayang adik. Adik yang fanatik Minnie Mosssss

20 Komen:

:|: TinTa Kibod :|: on 10:03 AM said...

*sebak*

selamat hari lahir adik..
besa nanti doa & jaga mama ngn babah elok2 yer..

~adeQ~ on 10:16 AM said...

Happy Birthday Baby Q, Semoga menjadi anak yang solehah....

AuntieYan on 10:19 AM said...

Salam P-Nut,

Amboi! orang Parlimen....harap semua baik.
Semat Hari Jadi Untuk Adik. menengokkan gambo-gambo dia dulu tuh...isyyyyy...sangat memilukan.Alhamdulillah, kuasa Allah sapakah kita nak tanya lebih-lebihkan?

P-Nut, ha! ha! Kak Yan pun tengok Nora Ellna tuh....ohhh...memang best sangatkan...tapi, Kak yan dok rumah sensorang, tak ada sapa yang nak berbincang pasai drama ni....pssttt...kalau nak diikutkan, Drama Nur Kasih lagi best le...banyak dia punya moral dalam ceritanya. Nora Elena ni pulak best dia macam lain...he!..he!...semalam Kak Yan dah mula tengok drama 'Suria Di Cardova 'tengok waktu siang punya kui 12.00 sampai 1.00...malam pun ada, dia ulang siangnya. Malam kasi Cik Din tengok bola.Psst...ada Fahrin Ahmad & Adi Putra tau. Semalam baru episode pertama...

ernie said...

Selamat Hari lahir Adik...Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kamu...

K pnut: sebak tgk gambar Adik, terasa cepatnya masa berlalu..macam baru jek berlalu..:)

Kak Lia on 10:48 AM said...

sungguh agung kuasa Allah swt....

heppi b'day adik...muah2

Unknown on 10:49 AM said...

dah besar dah dia..saya rasa mcm tgk dia membesar depan mata..yelah,masa tu faiz dalam perut..risau gak..aper2 pun moga alesya sihat yer...dah jadi gadis comei sekrang

oren said...

maka benarlah, kuasa Allah melebihi segala2nya, hatta yang kita manusia pikirkan mustahil..

bila tgk gambar2 adik, rasa mcm tak percaya tgk dia dlm gambar yg last..dari sekecik2 baby, sampai dh jadi comey lote..hanya pada Allah sajalah segala puji2an dipanjatkan...there are a lot of miracle cases..dan satunya kisah adik rayyan ariff, anak kecil yg tak langsung diberikan pengharapan utk hidup, dan hari ini, dia membesar, walau tak sesempurna anak org seusianya, tapi kisahnya cukup mengkagumkan..

last, but not least, hepi besday adik...

ainn said...

k pnut..berair mata sy tgk gambar adik.. sebijik cam imran..mcmtu la kurusnya dia.. masa dlm pantang dulu, sy mmg cari entry psl adik kt blog akk.. mmg nangis saya nih.. duk bdoa je imran akan selamat sbb doktor pn ckp suh sy bsedia je imran mungkin xsurvive..kalu alesya duk spital 90 ari, imran 93 ari..follow up kt IJN la psl jantung, follow up kt spital psl pdarahan dlm kepala.. alhamdullilah skg ni keadaan dia btambah baik..dah 3kg pun dia.. dh hampir 2 bulan blk umah.. semoga imran akan sihat n mbesar mcm alesya..

KILA on 11:58 AM said...

Sayu...

Happy Birthday adik.. Harap2 blog ni akan dibaca oleh adik suatu hari nanti.. Jaga mama dan abah baik2 tau..

Angah on 12:01 PM said...

Selamat ulangtahun kelahiran buat adik...semoga terus membesar bagai johan.

mama4A's on 1:15 PM said...

**Speachless**

*Mami Damia Aisyah* on 2:26 PM said...

tak sangka plak adik lahir dulu kecik je.. happy birthday adik.. moga yang baik2 untuk adikk.. huhuhu sama cam anak saya suka mimoushhh..(mickey mouse)

LiTtLe^m3 on 2:44 PM said...

Besarnya keajaiban Allah. sungguh kalau saya pun menangis di saat2 kritikal mcm tu.. Alhamdulilah now adik membesar dgn sihat dan bijak. Semoga menjadi anak yg solehah.. Amin...

1na on 3:43 PM said...

teringat alesya angkat stroller mickey mouse tu hehehehe

Happy 3rd Birthday Alesya.. =)

sitinaminah02 on 4:24 PM said...

kak,

sy baca smpai teriak2. sy tgh pregnant, 30w sama macam kak bersalin kat alesya. bila tgk gambar2 alesya, otomatik ayaq mata sy kluaq. semoga alesya jd anak yg solehah. amin.

insan kerdil on 5:53 PM said...

perjalanan kehidupan...tiap permata hati....adalah jua perjalanan kehidupan...tiap ibu bapa.....

biar pun tatkala yang 'tersedia'...ada ketika nya begitu payah untuk 'dihadamkan'....namun pabila Dia mempermudahkan jalan....seperti tiada lagi yang mengusarkan....pabila terus2an percaya dan yakin...pada Penentu...Pemilik....yang Maha Mengetahui...Maha Menyayangi....

Dia yang tidak akan sesekali memungkiri janji....dan Dia juga tidak akan sesekali menzalimi....

selamat hari lahir buat permata hati....Alesya (Adik)...semoga sentiasa di dalam perlindungan dan rahmat daripada Ilahi....semoga kasih sayang sentiasa memenuhi tiap ruang hidup kalian sekeluarga....dan dipermudahkan urusan dunia akhirat....oleh Dia yang Maha Esa...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Ida on 5:59 PM said...

Happy birthday, Alesya!!! Semoga menjadi anak yang solehah. :)

Anonymous said...

pls send my warmest Happy Birthday to dear Alesya...melihat gambar Alesya sungguh menyedarkan tentang anugerah Allah...cm pun terus rindu-rinduan kat baby lelaki sorang di rumah...bertuahla kita diberikan rezeki sebesar ini, Alhamdulillah.

cm

Orked on 12:04 PM said...

happy birthday alesya! alhamdulillah alesya sekarang ni dah sihat walafiat, comel kiut miut dan pandai. siapa sangka masa lahir dulu alesya kecikkkk sangat, kan?

selamat hari lahir. be a good girl yang akan membanggakan ayah dan ibu.

orked, seri dan mummy

CidaZam on 10:02 AM said...

nama mak 'pnut' wakak lawak sangat! bijak!

Sedih tengok gambar2 alisya... betul kak... kalau Allah mengkehendai dia hidup, dia akan izinkan walau macamana pun kita rasa.

Tak boleh nak tengok gambar2 Alisya...sedih sangat

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino