OK, kes semalam setel, pengarah Osman Ali sudah secara peribadi menerangkan dan memohon maaf kes semalam. Saya pun malas panjang cerita, dan anggap itulah risiko bila saya letak pic kat blog potensi ia dicilok amat tinggi. Walaupun masih ada keraguan juga, tapi sudahlah bukan perkara besar pun, gambar itu digunakan tak sampai 10 saat pun dalam filem tu. Ehehehe.. cool la..
Apa pun orang putih kata 'things happen for a reason' atau kita kata, Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Secara tak langsung saya berhubung dengan pengarah yang memang saya minat karya beliau dari dulu, paling saya suka karya beliau Surat Untuk Bulan, saya pernah ulas pasal telemovie ni kat blog lama dulu. Dan dari perkenalan yang tidak sengaja ini, secara tak langsung membuka ruang persahabatan. Insya-Allah, saya mendapat inspirasi dari beliau. Thanks saudara Osman Ali. Saya doakan beliau akan berjaya dalam bidang beliau. Dan emosi saya over semalam sudah cool dengan sifat rendah diri dan dorongan yang beliau berikan.
Ok tamat cerita.
Hari ni layan Nora Elena episod akhir.. oh akan merindu seth selepas ini...
Thursday, June 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Komen:
mesti osman ali pembaca blog akak kan
aLHAMDULILLAH..DAH SETEL KAN..KENA LBIH HATI2 KAN
pasni cik pinat leh jadi pengkritik filem plak :D
xpe kak..abis kul 8 mlm..akak leh bukak tonton selepas 8.01 tgk seth byk2 kali hahaa...
btul tu.. ade hikmahnya..
Kak Pnut mmg cook...heheheh
Post a Comment