Friday, June 17, 2011

Nora Elena episod akhir


Ok, ini virus sudah berakhir..  Anak Pak Ajis, good bye as Seth Tan, we gonna miss you bebeh. Rindu pulak menonton Seth Tan, sambil berSMS dengan rakan sebaya yang over. Ada je babak best, pakat lawan sms.. sampai laki cakap "dah tengok, sms lagi.. haru emak-emak budak ni" hahaha.


Oh anak pak Ajis, ganteng sekalik kamuk ya...

Romantik maaa..

Dalam semua episod.  Ini babak dan episod paling berkesan dan menyentuh hati, cari part yang masa Seth penuh sesalan, dan dapat tahu Nora pregnant tu, tu kat youtube takdak pulak.. woohooooo ini babak paling berjaya pada semua babak dalam drama ni.



Kat facebook saya ada letak babak ni, dan ada orang tanya, "Kak Pnut, agak-agak pakcik gebu buat lagu ni dak kalau akak merajuk" saya jawab "kalau laki awak, akak tak sure, tapi kalau laki hakak ribut taufan la" hahaha pastu kata orang tu, kalau pakcik gebu buat jangan lupa amek video, nak tengok, dia bilang "kalau itu berlaku, tak sempat amek video, akak dah pitam terkejut" ahahahaha, tu le realiti.. dalam drama angau le kat seth tan tu.. hiks..

Cian anak pak ajis sedih...

Ok here the point, ulasan Nora Elena episod akhir, hiks, tak pernah buat ulasan tetiba episod akhir buat. Kenapa??

Sebab episod akhir ni sangat AMPEHHHHHHHHHHHH.

Ok fine, happy ending, tipikal drama.. tak kesah la drama melayu ka, omputih korea ka... standard la happy ending.

Cuma saya geram sangat, editing drama ni kaput sangat-sangat. Banyak babak meleret dan tak perlu di awal-awal drama, then meleret-leret tu sehingga menjadikan 3 episod akhir kelam kabut, kacau dan macam nak cepat abeh. Apekah???? paling kemuncak spoilt kepada kesedapan drama ini episod akhir, kelam kabut gila. to much things happened in one episode?? hasilnya celaru. Emosi tak sampai kepada penonton. Baru nak feeling geram, tetiba masuk part sedih, baru nak sedih,  tetiba masuk babak suspen, baru nak suspen, timbul babak anti klimaks. Ape ni?? tak sempat feel orang kampung saya kata.

Patut episod akhir minggu ni, start dari Isnin tu pengarah ni kena bijak aturkan sebaiknya babak, babak pada minggu pertama dan kedua banyak meleret dan buang masa. Pertengahan ok la cantek, tapi minggu akhir sangat ampeh. Sayang betul.

Ok tu je, sekarang anak-anak kita masuk point-point yang tak best dalam ini drama, yang best tak payah, yang tak best perlu supaya production team boleh baiki kelemahan. (macam la depa baca, ahaks)

1. Emak Elena
Apekah Kuna sesuai?? jawapan tanpa keraguan TIDAKKKKKKKKKKKKKKK tak dak ka pompuan lebih berumur hagak-hagak sesuai jadi emak Elena?? dah baya abang Long Elena kayaknya. Kemudian kelembutan yang dibuat-buat itu tak payah la.. lembik nampak, plastik sangat.

2. Ruma sewa Elena dan Adilla, Eid dan Malek
Ni ada unsur Usop Selam sikit, keja kilang duduk rumas teres fully furnish. Ni adik beradik la.. Adila tu kalau ikut drama keja kedai buku, keja biasa-biasa. Kalau ikut novel, sama belajar dengan Elena, keja mesti best la kan.. tapi berapa sangat gaji Adila dan Elena sehingga mampu sewa rumah teres yang koman-koman tu 7-8 ratus sewa sebulan. Rumah complete pulak tu, banyak duit depa beli perabot ek, bilik Elena terutamanya, complete bebeh.

Rumah Malek dan Eid pulak?? ermmm boleh la terima akal sedikit. eheheh

3. Watak Jybone Yvonne.
Terlebih serbuk perisa kadang-kadang. Babak dia marah Seth depan rumah masa Seth marah dia tak beli bunga untuk Elena, to much. Pompuan cantik bergaya begitu takkan terjerit-jerit depan rumah macam orang gila, eh dia memang gila.. opss lupa. Tapi babak itu dibuat over acting.

4. Lin-pengganti Azira, dan Nilawati
Kayu, plastik, getah semua la.. tak dak orang lain boleh berlakon lebih bagus?

5. Jybone pakai baju nurse kat spital?
Nurse mana punya baju? pandai dia noooo sempat lagi pi tempah... ke dia belasah nurse dan cilok baju nurse tu?

6. Ending kat hospital, patut Adila ada sekali. BFF katakan.. Adila watak tambahan yang penting, bagi saya Adila perlu berada di sana. (sama dengan Amir.. eheeh) oppssss lupa Adila keje kedai buku...

7. Erkkk dah lupa...

esok ada interbiu la.. ishkk suspen dan takut lak... harap semuanya ok..



7 Komen:

DeLinn on 12:36 PM said...

saya stuju! ending sangat hampeh! tak menyengat, takda feel, tak deep.

Sekian.

:-)

Angah on 2:44 PM said...

wahh...gigih mengulas..
- part rumah sewa adila tu memang tak leh terima akai...
- amir sentiasa ada ukt waktu-waktu kesukaran elena...! kelas elena

* tiba-tiba aye suka dekat "amir" :D

MRS. K ^ibuhadifhessa^ on 3:02 PM said...

setuju bab ending hampeh sikit.. kelam kabut.. apa salahnya slow-slow.. tamat minggu depan apa salahnya. kite sanggup tunggu ape..

ZuNas77 on 3:27 PM said...

betul kak...terkejar2 semua nak humban dalam last episode. jadi org tak rasa sgt kehebatan ending dia. kalau cite indon nih, ending je makan 3-4 episode. bab culik anak pun leh makan 3-4 hari tau..hahaha...

Zu rasa paling berkesan dlm drama ni mmg watak Seth Tan itu ajer. and job well done to Aaron Aziz yg boleh bawak watak tu dgn besh. Dia romantik tp tak rasa geli geleman mcm Rosyam Noor jadi suami romantik. hahaha..ok lepas ni sila tgk KL Gangster utk tgk anak Pak Ajis..ramai org ckp dlm tu dia pun agak "yummy". hahaha

Pnut on 3:38 PM said...

Delinn-tak sempat kita nak feel kan??

Angah-Amir bagu botox.. very the sesuatu..ehehehe

MRS.K-entah kan... bagilah minggu depan abeh... tengok Nora bahagia, Amir kawen dengan Adila ke... pastu Nora pregnant lagi ke ahahha over..

Zue-yup agree dengan awak, Seth romantik biasa saje, tak nampak dibuat-buat, natural.. tak geli

oren on 3:49 PM said...

dah habis siri nih, lega...kalo tak, asik semput siapkan anak2..kul 7 jgn kaco ibu, ibu nk layan drama..hahaha...

Hafidz Gafa on 8:58 AM said...

hahaha... saya gigih balik kerja secepat boleh sbb nak tengok ending dia, alih2 hampeh je... rasa frust lak...

kalau semua orang suka Seth Tan, saya suka Eid... sbb Eid tu nampak realistik la.. typical melayu... sayang tapi x pandai nak tunjuk, kuat cemburu... ego tinggi.. tu memang standard lelaki melayu kot hahaha (mb bukan semua, tp saya rasa most of the quality tu ada banyak pada lelaki melayu macam saya... hahaha)

Apa pun, saya suka cerita ni. Cerita kedua yang saya mmg follow lepas Salina (lakonan fahrin ahmad dulu)! Hahaha

Review: Nora Elena vs Kasih Yang Suci

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino