Dah tengok citer ni??? Hahahaha.. Anak Pak Usop ni sebenor-benor, patut berterima kasih kat anak Pak Ajis tu, sebab drama Nora Elena yang buat emak-emak budak cam saya ni 'angau' kat Seth Tan tu, dan kemudian tengah-tengah drama ni hot, filem dia pulak ditayangkan, maka emak-emak budak yang tak keruan cam saya sanggup belanja dan muncung-muncung ngan laki ajak pi tengok filem ni. Penangan anak Pak Ajis.
Nak ulas pasai filem ni pun, maleh la.. bersepah-sepah wartawan puji melambung-lambung ini pilem, mentang la anak Pak Usop buat, gigih wartawan memuji secara berjemaah. Saya rasa biasa-biasa je filem, malah tah hapa-hapa la boleh dikatakan. Aksi-aksi lawan ganas tu tak dinafikan, ganas.. samseng abeh, tapi kamoonnnn la.. takat mana sangat samseng malaysia ni... terang-terang bergaduh berbunuhan kejar mengejar kat tengah-tengah petaling street tu?? apekah?? polis tak kejar pulak. Opsss nama pun filem dak, babak-babak tak rasional mesti kena ada, tambah pulak filem-filem ala pak Usop. Mesti ada babak yang kita kena terima hakikat bahawa itu hanya dalam filem. Macam saya kata minggu lepas la.. awek keja kilang dalam duduk rumah teres 2 tingkat. Tapi anak pak Usop realistik sikit la.. rumah-rumah org tak berapa kaya digambarkan seadanya.
OK balik pada ini pilem. Saya sekadar boleh kata, kekuatan filem ni ialah aksi sepenuhnya dan dibuat dengan real keadaannya. Jalan cerita banyak keliru, sebab ye la dalam masa tak sampai 2 jam takkan nak cerita semua ye dak. Watak, Anak pak Usop-Shark, Redzuan Hashim-King, Corie-Dragon, Malek bekas banduan, yang kena belot saya kira, watak-watak ni kira taiko la.. Jai-adik Malik, dendam dan benci abang sendiri? No komen, pun tak tau apesal...Shark anak tiri King, tak jugak tau pasai pa emak dia tak dak.. mati kah.. apekah?? Saya rasa KL evolusi drift lagi kemas dari segi jalan cerita dia.
Shark-gambaran samseng gila la.. ganas abeh. psiko pun ya.
Banyak benda samar-samar dan kelam, wa tak tau apa punca dendam Shark dan Malek, nak kata berebut 'kawasan' nak jadi taiko, dak.. dendam lama?? dendam apa pun tak tau.. tak jelas langsung, pastu patutnya Malek yang dendam, pasal Shark, Malek masuk penjara. Tak faham apa yang motif-motif depa pakat gaduhkan, hang pukui aku.. aku pukui hang, sat gi konco-konco pi balas dendam, ishkk tak bulih ka depa kasi spesifik reason sikit?? Malek pi keja kat Pasar Borong, konco Shark mai kacau, tak der motif sangat-sangat. ala-ala terlanggar bakul yang ditolak Malek, gadohhhh.. cikai sangat reason tu.
Kot-kot anak Pak Usop boleh relate depa ni taiko dadah ke.. taiko bapak ayam ka.. dan motif depa dok gaduh tu pasai Taiko ni caras taiko ni.. taiko ni potong jalan ke.. syok sikit kita layan depa gaduh, ni hal kecik-kecik lambat hantar air yang diorder kat kedai makan pun gaduh, samseng specis apa ni??? cari pasal tak kira tempat. (dalam filem Budak Kelantan, lagi 'real' samseng digambarkan, gaduh ada sebab)
Betul-betul filem ni bersandarkan kekuatan lakonan para pelakon dia (anak Pak Ajis of kossss) Sofi Jikan memang berbakat la. gua tabik bebeh. Dalam filem ni memang gue respek Malek, bukan takat boleh jadi hero kacak-kaya-romantik je, tapi dia boleh juga jadi bekas samseng yang menahan marah, menahan dari nak belasah orang. Pendam, cuma kalau orang provok dia baru dia akan membalas. Tapi watak Jai-Ady Putra, ape ke hae nya mamat ni asyik la kepit rokok kat bibir, tapi tak der pun sekali gua tengok dia hisap rokok. Ini nama dia Samseng menjaga kesihatan paru-paru.
Watak anak makcik Nah, (anak Aznah Hamid) si Sheera tu, bagi saya watak tempelan yang membuang masa, watak tu tak berkembang langsung malah terus 'mati' lepas keluar dari rumah. Tak ker membazir tu. Tak perlu hoccay. Kot-kot la ada babak dia kena cekup ke.. insaf ke.. nan hado.. jadi apa perlu ada watak tu, kalau takat nak habaq dia jadi liar pasai musuh-musuh abang dia tiap hari mai kacau dia dengan emak dia masa abang dia masuk penjara. Dah serupa ceti haram Along dan konco-konconya pulak nak kutip hutang dari keluarga.
Filem ni takat nak santai, feeling Hong Kong, feeling ganas-ganas boleh la.. tapi kalau nak angkat sebagai satu karya seni yang kita kena banggakan kureng la.. Tapi satu hakikat yang saya akui, Syamsul anak Pak Usop ni kreatif, berani, dan boleh menjadi pengarah yang bagus di masa datang, dia teliti, dan dia tau apa dia nak buat. Respect. berani itu penting, tanpa tema cintan cintun... tanpa aksi drama air mata, dia angkat filem ini membuatkan orang ingin tengok, walaupun gua yakin 90% awek-awek atau emak-emak cam saya ni pegi tengok filem ni semata-mata nak tengok anak Pak Ajis versi menatap muka dia di skrin besar lebih puas. ahahah
Confrim weiiii, ramai kawan-kawan saya, pi tengok filem ni samadad rombongan geng forumer, rombongan geng opis, geng FB.. tengok filem ni berjemaah pasai nak tengok anak Pak Ajis, jadi anak Pak Usop, jangan syiok sangat orang tengok filem ni pasai nak tengok jalan cerita filem ni, nehhiii bebeh.. gua tonton pasai nak tengok anak Pak Ajis. Hehehe sampai laki kata, haru dia ni.. udah-udah le... tapi laki mak tetap sporting dan layan sewel bini dia.
Tapiiii watak yang paling syiok ialah, emak Malek, Ku Faridah. best betul jadi makcik ni, pasai anak Pak Ajis peluk dia.. Ishkk masa ni saya bisik kat 'pakwe' sebelah saya yang sedap punya kunyah pop corn dan makan twisties tu.. "syokkknya jadi makcik ni," geleng kepala saja pakcik sebelah saya ni..ahaks...
Sungguh meninggalkan kesan 'Seth Tan' ni, elok abeh Nora Elena, ni, abeh minggu lepas, semalam dah start drama baru Stanza Cinta, weiii berapa org punya dok sms saya bagitau suruh tengok tv3 ada anak pak ajis. kalian memang prihatin. Acik hapal dah time tu..ahaks.. ada sms 'kak pnut, saya tgk stanza cinta ni ingat terus kak akak' wahh betapa kuatnya saya pulak diingatan korang ek.. eheh kat FB pun ada kabor, kak pnut saya tengok drama tu teringat akak terus.. hahaha bukan sorang weiii berbelas orang. ahahah komen seorang kawan FB, Anak Pak Ajis patut berterima kasih kat saya pasai promote dia.. ahaks.. so Anak Pak Ajis, bile kita nak lunch date? hiks
Ada orang komen, alaa Seth Tan tu dalam drama je, mana ada in real life orang romantik sabar gitu? hahah ya pasai dalam drama la kira melayan, feeling love-love... bertaburan. Pasai kita pun berangan, dan terbuai-buai.. kalau in real life ada jantan betul macam tu, gila hapa nak 'angau' kat laki orang, kat pakwe orang. Paling-paling pun takat cakap, eeeii bestnya makwe/isteri dia, romantik betul di polan-polan tu.. kalau in real life, ramai la pompuan menjanda dah. Hahaha tapi takat feeling angau dari kejauhan ni biasalah.. laki orang lain tak tau le.. tapi kalau acik sapinat, depan laki dia pun dia gedix. tepuk-tepuk tangan dan hentak-hentak kaki bila gedix tu biasa, dan pakcik ni pun tau bini dia gedix cemana, bukan sampai tahap tampal poster kat dinding bilik pun.
Ahahahah, malah dia pulak rajin menyakat, eeeiii nak muntah... uweeeekk geliiii, nyampah.. poyo.. ahaks.. tak der usik-usik manja gituk..
Ok terlanjur citer pakcik gebus ni.. nak kabor, acik sekarang berbahagia sangat-sangat, pasai pakcik ni dah tukar ke Astro Beyond. Jadi tv depan ni, dengan tv kat dining hall, tidak lagi sehati sejiwa. Iaitu berkongsi dekoder yang sama, kalau dulu kami connect tv belakang ke dekoder astro kan, so kalau tv depan tengok 104, tv belakang pun sama... oh no, dah tukar Astro Beyond, tak der dah connection tu... makaaaaaaa...
Lentok la dia sensorang tengok cenel sukan, Movie-movie dia tu sampai lebam. Tak nak kawan dia.
Acik sapinat gigih sangat, beli indoor antena.. nampak acik buat anak panah tu.. Pastu suruh pakcik gebu cari cenel-cenel tv percuma ni, maka taadaaaa kami dapat menikmati RTM, TV3, NTV7, 8TV, dan TV Al-Hijrah, yeayyyy tak payah lagi acik muncung muka nak tengok drama tak dapat,
Jadi mulai semalam, acik sapinat kini bukan seperti acik sapinat dulu.. acik kini boleh menonton cerekarama.. boleh menonton drama bersiri tanpa perlu merajuk-rajuk dan muncung muka seperti kelazimannya. Maka bahagia sangat menonton Stanza Cinta semalam tanpa halangan, sampai time iklan pun tak tukar cenel pun tau.. Jadi, korang cakap drama apa yang best... name it.. name it.. acik akan dapat menonton... ahaks.. Kalau dulu orang citer Nur Kasih la... Adam Maya la.. apa ke.. sorry la acik tak tengok pun.. pakcik ni je pemegang Remote Kontrol secara mutlak.
10 Komen:
muahahaahahah
'samseng menjaga kesihatan paru-paru'
muahahaahaha
gelak guling2 nie....
adoii.. ahahahah
br gak tgk last week..
bak kata adik ipa..
tolak sayur pun hensem...
bangun pagi meroyan masing2 ajak g pasar borong selengor.. heehehehe
kak bukan aaron ni bapak dia nama mustapa ke? ajis tu nama dia jugak kan? eh ke salah hehehe..
Wana-eheheh sungguh pun, tak nampak pun hisap rokok bebetul, asek kepit rokok tanpa asap..
Diera-kannnnn tolak sayur pun encem, boleh kita bayangkan kalau dia jadi nelayan pi tangkap ikan??
Syida-nama dia Aaron Mustapha azis.... anak pak ajis la..
Merujuk kepada Kamus Dewan Online..(cewah)...gangster = gengster iaitu filem-filem gengster..adeh..apakah..
gangster sama dengan hoodlum/samseng/hooligan/budak jahat..
Gengstar pula adalah Kumpulan Bintang merujuk kepada kamus MushroomCute..wakakakaka...
wakakakak gelak guling-guling saya ni kak oi....
samseng menjaga kesihatan paru-paruuu terbaekkkk la akak punya kata-kata... ahaks...
~Ija~
ho yeah! ho yeah!
lepas ni sama2lah kita tunggu episod stanza cinta setiap minggu tanpa miss :)
Pnut, kamu punya sebarkan virus seth tan, ni abis bebudak opis akak pun gila tengok, akak baca blog kamu, dan ada lagi sorang dua baca blog kamu juga......jadi bak kata kamu, kami baca berjemaah,
kamu memang pandai promosi, abis semua terpengaruh.
Kak Liza
from kuching with love
tak tenguk pun kisah ni sebab tak minat tgk cerita ganazz
akak pun camtu gak..klu ada cik abg kat umah..dialah pegang control beyond tu..akak msk bilik tgk ceta melayu
Hang punya pasai pnut, aku dah pi tengok citer ni semalam, paksa ajak anak sedara pegi, nak tgk anak pak ajis kita tuuuuu opss kita pulak ehehehe...
Azilah
Post a Comment