yang demam la ni mak pak dia.. demam poket pokai...
Orang demam dah dapat benda alah ni.. Mahei beno.. bagi sayalah.. mungkin bagi orang banyak duit apa lah sangat.... tapi bak kata babah depa a.k.a pakcik gebu, melihat kegembiraan dan keseronokan anak-anak itu priceless... Duit boleh cari lagi, tapi melihat kegembiraan anak itu tiada gantinya. Bertuah la budak la ni, emak depa dulu nak masuk pengakap pun tak tercapai, pasai mak tok depa kata, tak payah, masuk pengakap, duit banyak, uniform mahai, peralatan lagi. maka meleleh la ayaq lioq tengok kawan-kawan segak pakai baju pengakap.
Hellooo i am skaters now... lets roll.. rolll... rolllllll er bladeee... ni pic-pic dari kamere Wana, saya cilok dari FB, halai noooo.. ni kejadian hari Sabtu petang masa kelas dengan trainer.
Hasil kesabaran Cikgu Ed mengajar 5 orang budak ni, sorang ada hal tak datang kelas Sabtu lepas. dah meluncur laju bebudak ni. Zar, paling laju anak mengkormer.. zaaaaasss dia luncur...
Kaki kena bukak macam ni, tolak, tarik.. tolak tarik... gamaknya tu le cikgu dia ajor... minggu ni depa belajar break.
Family yang datang beri sokongan... termasuk new family group.. eheheh group baru ni dari blog reader ni juga, first time bertemu Sabtu lepas. Diaorang tengok ke-excited-an Najmi skate, kat blog, diaorang pun nak anak diaorang belajar juga, so Petang Ahad semalam diaorang dah mula kelas sessi 1. Kelakornya anak-anak memasing tak sesabor... Siap merengek nak join ptg tu.. ehehehe, bersiap sedialah poket kalian ye... kompem mereka akan merengek nak sendiri punya kasut.
Ni petang semalam punya pic, practice makes perfect. Lagi satu sessi selesai tahap 1, then ujian untuk dapat sijil tahap satu, bulan depan start tahap 2, advance sikit, belajar skate secara mengundur, lompat, pusing bagai.. Sokongan moral babah tu.. penguat semangat
Najmi dah jumpa geng skaters kelas dia, terus nak join diaorang, maka mama dan babah, dah penat main badminton, nak berjalan naik bukit menyeksa dada, jantung, dan kaki. gila tinggi tonggek bukit ni pakci gebu ajak makcik ni daki... berpeluh macam mandi, best..best, byk kalori bakor tu.. i loiiikeee.... kami daki dari bawah tu... yang nampak sayupppp bumbung tu.. tempat bebudak ni dok skate. erkkk ni baru separuh bukit, yang nampak ada pondok kat puncak tu, hah, itulah puncak tertinggi...
Bila dah exercise selalu, badan rasa segar, sihat, no more sakit lutut bagai..eheheh lutut dah longgar.. Berjalan kaki takat 3-4km no hal bagi acik sekarang.. Harap berterusan la.. riadah untuk kesihatan. Pakcik gebu ni lagi la..dulu sebelum kami giat exercise, jalan sikit semput, saya lak steady masa tu, la ni steady dia panjat bukit, acik pulak semput-semput cam nak putus nyawa.. ehehehe, tu posing orang dah turun 7kg...
11 Komen:
kak Pnut... lawa kasut najmi, anak saya pun minat nak main rollerblade, nak info la kak pasal kelas, dan berapa harga kasut tu? kena beli kasut ke, atau disediakan??
Munirah.
euwww.. pandainya abg najmi.. lepaih ni boleh ajaq kak GC plak..
kak, dulu zaman kita mana la nak boleh mintak menda2 yang mahai macam ni kan.. untung bdk2 la ni...
Akak,
Muiz dan Faiz pun confirm join Tahap 2.. Bapaknya udah cakap teruskan... tgh ada momentum belajaq, sambung lagiii....
Erk... Mak bapak depa pun macam nak belajaq jugak nie... Tgh dok kira nak carik duit kat mana nak beli kasut ler,.... hik hik..
Next time panjat bukit tu, nak ikut. bior la bapaknya memantau anak2 plak hehehehehe
bessnya dpt beriadah camnih...
kami setakat ni sbb ada anak kecik..
beriadah dengan cara mengejo anak yang dah dapat kaki..hehehe..
*TQ kak...dah buh iklan blogshop saya...^_^
*entri baru Mangsa Tragedi 1 Syarikat
Munirah-email akak, nanti akak kabor semua maklumat lanjut..
GC-boleh.. mia turun putrajaya.. abang Najmi ajorkan..
Wana-Insya-Allah depa teruskan la.. nak panjat bukit tu mmg hazab, penat giler...hahah tu le akak pon terasa nak join juga belajar, macam best jek... kita buat kelas malam la.. khas utk emak-emak..segan ptg, ramai org..ahahaha
Muahahahaha.
Buat malam kalau jatuh bedebab tu org tak nampak... betui dak hahahahahaha
Pnut, mana entri jubli emas? 10 tahun dah blog mu ni
wana-ahahah betoi tu...
Kak yati-haah la... saya pun tak perasan.. eehehheh esok la buat... hiksss
pinut, dah bei kasut tu, mmg akan teruskan sampai graduate.. heheh rugi tak dapat tgk ika glide sabtu lepas.. huhuuhu
Kak Pnut, Najmi nampak smart dan bergaya dengan aktiviti sukan lasak ni.. eheheh esok mesti ramai awek tergoda...
Kak Nora
dah selamat satu kelas...excitednya bukan main, dah tanya minggu ni ada kelas tak. Ingat cikgu Ed keje nak ngadap muka dia je tetiap minggu....hehehehe...seronok....
Post a Comment