Tuesday, May 24, 2011

Happy Birthday Pnut Online (kini 10 tahun sudah)


Yeay... time kasih pada kak yati hat remind me pasai my blog birthday... lupa dah makcik, kak yati, boleh la anda dilantik Presiden Peminat Kipas Mati Pnut..ahahah over kan... i lebiu kak Yati...

21-5-2001 saya mula tulis blog. masa tu kitaorg tak main le panggil blog, orang panggil jurnal. Perkataan blog-blog ni populer selepas kewujudan blogspot. Sebelum-sebelum tu orang buat blog guna diaryland, livejournal, pastu cjb.net. hahaha masa tu tak ramai pun penulis jurnal, boleh kira pi balik-pi balik aku komen kat guestbook ko, ko mai balik komen guestbook aku.. ahahah masa tu blog-blog atau jurnal-jurnal ni masa ada komen box, kena la register guestbook, atau guna haloscan. Blog saya adalah dicipta oleh MAT JAN, kerana masa tu blog dia paling mula-mula sekali saya baca, kemudian beremail-email, sebab kebetulan sama satu u, masa tu saya pulak baru-baru grad. Jadi masih semangat UITM masih membara. So minta dia buatkan satu jurnal. Blog Mat Jan memang best, hahah tak caya korang pegi baca, tapi dah lama tak update la, dia main FB je sekarang. Mat Jan kalau masih tulis blog sekarang sure ribu riban income nuffnang, sebab tulisan dia kritis, sinis. Oh ya kalau malas nak gali entry dia, boleh beli buku dia, dia ada publish buku sendiri, tajuknya JONGKANG JONGKET. Kat rumah saya ada satu, dan letak kat rak buku kat rumah, anak-anak sedara sepupu sepapat saya yang stay atau bermalam kat rumah, semua mesti baca buku dan kemudian terkekek ketawa sendiri.

Ok maleh citer panjang.. kita baca entry pertama saya duluuuuu.. kelakar.. ye la.. umor baru 25 tahun bebeh bahasa orang muda la... hiks...
***********************************************8
2001-05-21
Seronoknyerrrrrrr.......
yahoooo.....Me Kasih Tuan yang budiman saudara, Dato' Mat Jan..dia bagi hadiah besday in advance...sonoknyer.....gumbira tak terkata..beshhh..beshhhh Idup Mat Jan...



Gumbiranya...gumbira.....
Hai orang-orang kampung kini P-nut ader jernal dia sendiri dan dia boleh berlagak dengan ketua kampung dia (nama ketua kampung Pak Cik Hassan)yang belum ader jernal dia sendiri....kepada yang membaca...selamat datang..jangan malu-malu...tapi iyerlah kan...jangan buat macam rumah sendirilak...buatler macam tetamu yek....

yahooooo!!!!!!!!!!!

SUP MAKARONI BAKAR

Semalam buat sup makaroni bakar....uuuwaaaa tak beshler......tak dapat makan......

he..he...korang pernah dengar sup makaroni bakar????

cam ni..semalam darling aku demam sebagai isteri mithali, (lagi comel) aku pun buatlah sup makaroni untuk dia petang tu, dah siap, dia pun makanler semangkuk...aku maleh nak makan sebab tengah siap-siap nak kuar (dah pakai lipstik mana leh makan kang habih lipstik tu) dia suapkan aku jer dua tiga sudu, pas tu kami kuar gi the mines, malam tu, selepas isya' kami gi ke rumah Cik Yam, (baby sitter for Najmi) sebelum tu aku panaskan sup tu...sampai sana, tengah sedap-sedap borak aku teringat Ya Allah !! api sup tu tak tutup dah > sejam mamfussss...aku bagitau dalring, dia pun kelam kabut balik...dan bila dia datang balik dia bagitau asap dah penuh, periuk hitam legam.....uuwaaaa tak dapatlah aku nak makan sup makaroni yang sedap tu....sedihhhhhhhhh....menciiiii

oiii P-nut pe sal ko cuai.....kalau meletup cam ner...ok...ok...aku akui...silap aku......maaffff...

dan pada malam tu...jiran-jiran aku tertanya-tanya dari mana datangnya asap busuk tu...dan sepanjang malam tu aku kena leter....sedihhhhh....
********************************************

Hahahaha itulah entry pertama saya... kenangan betul dengan blog ni.. bukan sikit kawan saya temui dari blog, beratus-ratus.. malah 80% daripada friends kat FB saya adalah yang dikenali dari blog. Terima kasih semuaaaa.... terharuu... ucapan bajet artis ni.. Dari blog juga saya dan Mat Jan pernah KE UDARA DI RADIO suatu ketika dahulu..kelakor kalau ingat balik. Majalah dan suratkabor pun merasa muka acik terpampang hahahaha kantoi pulak.

Dari blog yang suka-suka, dapat kawan.. seronok-seronok.. happy2.. tak sangka boleh juga menjana income sikit-sikit, dari seringgit dua ringgit, sampai dapat riban juga. Saya tak pernah jangka la masa mula buat blog tahun 2001, bahawa ada dapat sikit saguhati dari blog. Mungkin la tak sebanyak blogger yang hits tinggi, dan popular, tapi sikit-sikit yang ada, disimpan, dapatlah rezeki sikit. Terima kasih semua kerana sudi menjadi sahabat saya..

4 Komen:

Tia on 12:04 PM said...

CONGRATS! CONGRATS!

sitinaminah02 on 12:47 PM said...

hepi besday utk pnut online. sy ni baru setahun jagung kalo nak banding dgn blog kak pnut.

Angah on 2:47 PM said...

tahniah pnut kerana berjaya memanjangkan umur blog nko ni..semoga bertambah-tambah idea utk menulis blog

amsy said...

akak..1st blog yg sy bc adalah...blog akak laa...citernya nk cari resepi biskut kacang/mazola...taun 2003..last2 terus melekat bc blog akak smp skg...dh jd rutin..b4 blk kj bukak n bc blog akak dulu...teruskn memblog kak eh...blog akak mmg besh n kelako gler..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino