Thursday, May 19, 2011

Abang Najmi yang demam...


Abang Najmi demam, dah 4 hari, dari hari Isnin maka mama pun terpaksa bercuti, tadi bawa pegi klinik kesihatan, buat blood test, takut denggi, saya memang cenggitu kalau demam lebih dari 4 hari, sure akan bawa pegi klinik kesihatan terus untuk buat blood test, kasi puas hati sendiri, saya trauma dengan kes seorang kawan opis sebaya Najmi la, yang anak dia meninggal kerana denggi, betul saya jadikan pengajaran buat saya, biar check agar kita puas hati. Hasil check tadi, denggi negatif, cuma kurang air dalam badan, ye la batuk, sakit tekak, kurang minum, ni kalau pegi pantai medical sah-sah dia tahan drip.. huhu biasalah spital swasta duit mariiiiii...

Tekak dia bengkak, merah dan ada infection. so doktor bagi antibiotik, geramnya sebab budak ni payah betul nak telah ubat pil.. hazab aku jadi mak tiri tadi nak suruh abehkan sebiji antibiotik pun. sebiji tu sampai potong 4.. pun tak tertelan juga, geramnya makcikkkkkkk.... ni saya pun bercuti, jadi mak tiri, paksa dia minum air byk2 sebab ujian darah tadi air memang kurang, kat skrim komputer doktor pun, kaler merah maknanya bawah paras normal. Saya beli 100plus, goncang buang gas, campur air masak, paksa dia minum, kalau dengan bibik, ngada-ngada tak nak, tapi ini mak tiri, ku paksa abehkan, ni pun baru 2 botol kecik tu abis, nak paksa abehkan botol ke3 pulak.

Ok sambung citer makan ubat tu, bagi PCM biji tu terpaksa hancurkan masuk dalam milo... geram sungguh, payah sangat nak suruh telan ubat biji.. dah beso panjang dah pon... dulu tak teruk sgt, boleh je telan ubat biji, sekarang je jadi camni.. cemana nak buat tah...

Kesian gak dia, dia ada masuk beberapa acara sukan sekolah, sempena hari sukan, tapi nampaknya terpaksa dia lupakan hasrat dia, tahun depan je la abang.. ini demam pun sebab hari isnin lepas, berpanas practice untuk acara sukan, kat sekolah, kat ke cuasa panas terik dan berbahang akbibat taufan apa tah kat Filiphina tu, cikgu dia tak baca surat khabar ke, tak digalakkan budak sekolah buat aktiviti luar? lagi dok bawa bebudak berjemur.. ayoooo... dah le cikgu dia ni kita call tak angkat, kot nak return call idak... maleh nak call berpuluh kali, cukup 3 kali aku call tak angkat, sudehhhh sms pun tak balas... kita ni nak la inform la anak tak pi sekolah, at least, balas la sms maklumkan dia terima.. mendeee la cikgu... boss saya tahap JUSA beb.. JUSA!!! saya sms minta cuti kecemasan, pun reply doakan anak cepat sembuh dan dipermudahkan urusan di klinik.. inikan cikgu pun tak sudi membalas sms saya...

OKlah nak pegi paksa dia minum air lagi...

ni keja dia nyakat adik dia kalau sihat, ni demam lembik je terbaring

8 Komen:

ymrk on 11:20 AM said...

kene banyak minum air.....musim panas nih...

KILA on 3:28 PM said...

Moga cepat sembuh ye Abang Najmi. Minum air bebanyak..

Angah on 4:50 PM said...

alahai sian nye demam ye...rajin-rajin makan ubat ye, semoga cepat sembuh

fa10 on 11:43 PM said...

hahaha..jgn mare cikgu..dia tak ckp duit beli kredit hp...gula dah naik...lari bajet...wakaaka..semoga cepat sembuh...

1na on 8:44 AM said...

kak pnut, nk hilang gas dlm 100+ tu, letak garam sikit jer, dalam hujung sudu teh jer. Hilang gas tu...

Rasanya dia sakit tekak sgt, itu yg dia susah nak telan ubat biji. Cer bagi minum air ECPI tu... kot segar badan.

Insya-Allah sihat balik dia. Amin

Anonymous said...

Pnut, kalo payah beno nak makan ubat. Potong kecik2 pisang. Sumbat ubat lam pisang. Terus suruh telan pisang tu dgn ubt2 sekali. Sy dulu pun liat bangat nak makan ubat..hehe.

MA on 7:13 PM said...

Pnut - anak I smpi sekolah menengah masih makan ubat air..agak2 dlm 14-15 tahun baru reti telan pil... janji diorg mkn ubat tak kira bentuk apa....

MA on 7:14 PM said...

Moga Abg Najmi cepat sembuh seperti sediakala...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino