Sabtu lepas si abang Najmi dah belajar rollerblade sessi ke 2, ada lagi dua sessi sebelum ujian untuk layak dapat sijil tahap 1. Dah boleh meluncur, maka bermulalah adegan mahukan rollerblade sendiri. Member dah kemaruk, tahap nak main sungguh nak wakil Malaysia.. tu dia... mentang trainer depa Ed tu memang dalam inline skate mewakili Malaysia, merata ceruk dah, terbaru di KIA Xgames, kat Shanghai. Jadi roh semangat tu diseru ke anak murid dia kot.. ahahah tak leh nak perlekeh kata-kata anak sendiri, walau baru reti heret kaki nak skate, positif emak..positif, walau dalam hati nak gelak.
Tetapi mulut tetap cakap, Boleh, mama percaya abang boleh buat, kalau betul usaha sungguh... tak caya tanya abang ed tu, dia dulu pernah terfikir tak, meluncur main rollerblade je boleh sampai merata bawa nama Malaysia masuk bertanding, kalah atau memang soal ke2 yang penting usaha itu ada.. wahh makin semangat member, sampai tido malam pun tak lena.
Semalam kami dah pun ke kedai skate kat TTDI, jauh tu... mencari rollerblade budak ni. Member dan siap try skate dalam kedai 5-6 round, dah syiok, tup-tup size nan adooooo frust giler... Yang ada size reganya pulak mama nak pitam. eheheh. Budak kedai tu pulak cakap cuba tengok kat One Utama, ada juga kedai jual rollerblade, pegi la ke sana, sukaaa mama sebab kat situ murah sikit rollerbladenya, suka mama ni, senyum lebar dah.. sep bajet... rega baru RM299-369 je, yang kat kedai skate tadi mahal lagik dari tu.. tapikkkk malangnya kat One Utama ni pon tader size... uhuk.. hero ni kena amek size dewasa, tapi yang kecik, kalau size budak punya tak muat dah.. kaki size 7 beb. Mama pun boleh cuba nanti... yeay.. ada hati makcik gemuk ni
Maka balik la kami ke rumah dengan perasaan sentap dan kecewa mamat kecik ni. siap adegan drama leleh-leleh... aduh syahdu.. Mama call trainer tu tanya kot diaorang ada stok.. Dia kata ada, rega pun oklah mmg dalam bajet mama. Kopak kobana la... taper la... dah dia minat, kita dorong aje...
ni pic hari sabtu lepas..
Dengan trainer Ed, cool je mamat ni... rileks je.. cube kalo mak singa cam haku ngajor..
Kaki bukak, jalan macam biasa, pandang depan.. langkah ke dapan, bukan ke belakang.. kata Ed. |
Finally... dapat meluncur... maka bermula episod merengek mahu sendiri punya...
Drama hari ini, Cik Ika jatuh, sakit sikit, dengan adanya babahnya terus meraung, hiks, cam anak dara teman le.. manja beno ngan babah, dan fragile cemana tah..
Manja anak babah dan ibu ni. Anak dara teman gitu le, kalau bangun tido babah dia tak tego.. tak cium, belai-belai sentap, merajuk tah hapa... poyo je, bila babah dia amek bukung, terus senyum, siap babai kat kitaorg lagik.. overrr dua beranak tu,, poyo
Menambah duka lara dihati si abang, semua geng group dia dah ada kasut sendiri, dia pulak takder, sentap la member, sebab nak buat cemana size nan adooooo saboorrr je haku.. harap dapatlah si Ed ni stoknya untuk size dia.
Oh ya, saya nak tanya kalau ada sesiapa berminat nak hantar anak ke kelas ini? sebab ada 2-3 reader blog ni berminat, tapi group abang Najmi ni dah penuh 5 org masa tu, then minggu lepas story pasal kelas ni, ada lagi bertanya, so kalau cukup 5 org, leh la korang buat satu group. Murah tau belajar kat sini, kalau satu group RM250, kira sorang 50 ringgit, 4 sessi, satu sessi sejam (tp lebih dia ajar) 4 sessi ni kiranya tahap 1, nanti ada ujian, dan dapat sijil, then boleh teruskan tahap 2. Kat sini murah sebab diaorang bukan bisnes, tempat ni under perbadanan putrajaya, dan mereka ni dari Persatuan Inline Skate Malaysia. Kalau yang kat TTDI tu jauh lagi mahal dari ni ratus-ratus. Bagus juga riadah ni, anak-anak berpeluh, aktif dan bersosial.
10 Komen:
Bestnya kak.. kalau ada kat Kelantan camni kan best... syok la bebudak putrajaya..
Dilla
pnut, hang kan dah kuruih...boleh le join abg najmi
bolehkah agaknya saya nak mendaftar....hahahahha....
macam best jer...hani pun cam teringin ....camana kalau nak joint ni? nak contact sapa? ker terjah jer kat sana...nak kumpulkan 5 orang se group memang takde sapa yg saya boleh tanya...geng semua xde anak der...
Go pnut Go....hehehehe
Pnut, sabtu ni teruskan kelasnya..nanti saya usha ngan Ed kot2 leh cover next2 weeknya 2 jam untuk najwa.
Ada kelas utk persendirian kan? Ni ha bapaknya najwa teringin pulak nak belajor...baik dia kejo anak, kang mesti haku jugak yg kena kejor anak kenit dia merata2...
Kak Hanisumayyah, kita ada 2 orang, akak berapa? kalau cukup leh kita start.....
Adeq-email ni your kj email.. ada yang join ni, awak, hanisumayyah tu, dan 2 org lagi dah email, dan ada lagi sorang, cukup dah kot satu group
salam..sy minat nak join..nk contact sape?nie e-mel sy izzato_mechan1192@y.c
sya minat na join , na cntact sape ye ? nie emel sy nurliyana485@gmail.com .
ada no tel coach dia x.?klau ada.kasi no.. neh email sy.. aeliff_90@yahoo.com
Post a Comment