Thursday, May 12, 2011

Showdown 2011


Tetiba makcik pnut terlayan Showdown 2011 pulak.. ahahah tapi jgn bimbang masih waras lagik,.. gua layan Imam Muda jugek. Untuk program showdown 2011 ni, makcik layan HMC Phlow.. perghhh nama kumpulan tak boleh blah.. cool bebeh.. chilllllll... Opsss depa tak panggil kumpulan, tapi panggil crew. Okeh, coll bebeh. Ni last week punya video.. terbaeeekkk. Apesal tak banyak video pasal Showdown ni? tak macam AF dan Maharaja Lawak ini jam show, sikit jam lagi sudah boleh tengok kat youtube? Apa pun bila dah tua, layan tengok bebudak muda menari, tetiba rasa ehhh kagumnya stamina depa.. hiks... kalau makcik suruh nari gitu, alamat, check in masuk hospital la.
best ek..  Apa pun, good luck HMC Phlow.. kalo tengok crew2 yang bertanging semuanya hebak mung.. hebakkkk...

Ok tamat citer ni. Kita citer bab lain pulak.

Hari Ibu.
Tak payah tunggu hari ibu kot nak tunjuk kasih sayang, kat emak, dan nak hargai isteri yang jadi ibu kepada anak-anak anda, takkan time Hari ibu dan besday je nak kasi hadiah kan?? Ok ini percubaa menyedap dan memujuk diri sendiri. Pada yang sekian berkurun baca blog ni, tau le kan, pakcik gebu tu mana reti romentik hadiah-hadiah bagai. Mau aku kenduri tujuh hari tujuh malam kalau tetiba surrprrrissseee hari besday bawa pegi candle light dinner dan tetiba kasi hadiah kunci kereta dengan kereta seketoi la kannnn.. Tu tahap bukan saja kenduri 7 hari 7 malam, kena minta ampun dan maaf bagai, kot-kot buang tebiat ke apa.

Pakcik ni mana reti hadiah-hadiah bagai?? ingat tak dulu ada tag-tag blogger2 dok buat jawab soalan-soalan alaa korang pun besa buat kan.. so adalah satu orang tag saya, dan saya kena jawab beberapa soalan, dan salah satu soalan ialah? "Kejutan yang pernah si dia buat?" jawapan saya ialahhhhhh adaaaaaa... Masa birthday saya, first time couple ni.. masa ni teruja la kan.. ada boipreeennnn masa tu lak kita student, kapel lak ngan mamat keja bank, bukan keja supervisor kilang Lim Tat kilang makanan segera ok... bajet pakwe konon nak kasi la hadiah lomantik.. so keluarlah deting.. suspen niiii.. apa la surprise pakcik ni..

Lima minit selepas berjumpa berlalu.. 10 minit berlalu.. 20 minit berlalu.. sejam berlalu... makan kenyang dah ni... ishkk nan adooo.. pastu keluar kedai makan, jenjalan.. tunggu lagik.. dah masuk jam ke dua, atau nak nampak lama sikit, kira kira mengikut saat, setelah beribu-ribu saat berlalu.. nan ado surprise.. Dengan gaya seorang gadis yang gelojoh, terus bertanya "eh hari ni besday saya le, awak tak kasi hadiah pon.. tak aci tauuu" hambek ko.. gadis metropolitan, urban dan materialistik. dan-dan pakcik tu kata apa tau?? "eh kena bagi hadiah ke? wish je tak leh? saya mana reti bagi hadiah" wahhhh cube hayati bebetul.. tahap mana anak gadis urban itu berada ketika itu?? yaaa pandai... kecewa bebeh.

Kemudian adegan merajuk... bila dah merajuk, maklumlah baru couple. sure cuak punya. pujuklah si awek.. Ajak masuk kedai hadiah dan kad.. Palinggggg kemuncak, pakcik ni selama cakap, "eh awak pilih la kad cemana awak nak, nanti sy sign, saya tak reti pilih, hadiah pun sama, pilih je apa nak" hambek koooo itulah perkara paling surprise dia pernah buat dalam hidup makcik anak-anak.. surprise sebab tak sangka gila  boipren aku cenggini. Hahahah itu dulu la... eh la ni pon sama.

Jadi jangan le feeling-feeling akan ada sambutan besday mama, atau hari ibu ke anniversary ke.. haghammmmm... tapiiiiii itu tidak bermakna kita tidak berhak untuk mendapat hadiah kan?? pepandai le ko pow dia... hahahaha itu lebih bermakna kan..kan... dan ganjaran hasil dari pow-pow ni biasalah lebih lumayan dari dapat henbeg, perfume, kek apalah sangat (ayat dengki pada kengkawan yang kemain tayang hadiah dari hubby, bikin i jelesss) Maka setiap suami itu ada kelebihan dan kekurang dia occay, Ingat dulu saya kata, cari kebaikan dia bagi menutup kelemahan dia, kan..kan... So kelemahan dia ialah takder masa nak merancang percutian bagai, maka gua akan merancang percutian, siapkan bajet, maka jommmm jalan... yeay... tu duit sapa tuuuuu?? hahah duit diaaaaa jugak. Kira hadiah le tu... hadiah kenangan manis terpahat di ingatan. kan.kan... so hujung tahun ni sudah ada destinasi nak bercuti.. jadi kanda.. mulalah menabung dari sekarang.. Penuhkan tabung cap ayam tu. nanti nak kena pow juta-juta rupiah hahahahah

2 Komen:

Zareda Norman on 8:02 PM said...

pinut.. heehehe.. laki che kiah pun sama.. first time sambut besday che kiah masa kapel, dia bagi kad gambar sampan.. terkejut che kiah, terus gelak mengilai ngilai kat situ... tapi sekarang hadiah besday che kiah gempak gempak ko... harus muflis dia, che kiah kerjakan..

peej on 4:00 AM said...

try tengok kat tonton.com.my. rasanya ada kot.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino