Wednesday, May 18, 2011

Bahasa Kedah itu ummpphh


Dua orang budak ini, memang sempoi.. anak sapaaaa la niii...
Bravo Kedahan.. Hidup Kedah!!! haha fanatik..
Kebetulan pulak dua-dua kedah, dua-dua belajar kat obersiiii.. hebak mung.. hebak...
beribu-riban peminat depa..

Cara dak Anwar ni sempoi, selitkan nasihat berunsur keagamaan, english pon sempoi.. kagum makcik sorang ni nengok..




Budak lutfi pon sempoi, tp english dia lagi saya sukaaaa english versi bunyi kedahan.. Cayalah..


Video baru Lutfi sempena hari Ibu.. uhuks touching.. part dia buat call tanya cemana nak buat cekodok tu, terharu jek rasanya..atau org kedah sebut cucoq kodok


Bahasa Kedah memang indah.. ahahahah jangan mare... betoi.. kalau nak marah anak, guan Bahasa kedah memang syiokk.. emosi dia lain.. lebih ummpphh dan lebih penekanan emosi...

Saya ingat saya sorang ja, kawan-kawan saya hat mai Kedah pon, walau belas tahun dah kami merantau dok lembah kelang ni, tapi bila mai roh marah, semua setuju marah dalam bahasa kedah lebih memberi impak maksima...

hahaah contoh kalau saya marah Najmi
"abang, awat hang lepaih mandi dok sepok tola merata? tak reti nak sidai ka? nak kena habaq berapa kali?? umoq dah 10 taon, hat kita dok ajaq hat ni, tak jugak dia paham, mama geram sat gi tampaq tangan, biaq sampai sakit terketaq,, dok tekelepiaq baru tau" tu diaaaaa nahu idqham semua cukup...

tapi kalau diterjemah ke bahasa dia anak keeeyy eelll katakan..
"Abang, apesal kamu tak sidai tuala? bersepah merata, dah 10 tahun pun yang mama ajar tak faham, mama geram, tampar tangan biar sakit tergedik baru tau" huh tak sedappp tak sedappp...

Contoh pulak kalau marah bapak dia yang suka buang angin tu, "abang ni loklaq la, punkoq apa ni, kentut bau teloq hanyiaq" ahahahah nahu dia lain beb.. heheh sama la orang kelantan kot... marah dalam bahasa depa lagi syiok..hiks..

Kalau saya terrer, saya pun baut video beletiaq versi utara... hahahaa

2 Komen:

Siti Noor Aminah on 9:08 AM said...

yeayyy..idup kedahan..sy baru dok kat perak ni kak, tak syok la takleh cakap kedah.. mai kawan2 tepon ka apa, seronok la dapat lepas gian cakap kedah..


*lutfi besttt,, muka ensem.. haha

KILA on 11:43 AM said...

Vote for lutfi.. memang taching masa tengok klip tepon mak tanya nak buat coqkodok..

Memang kak.. kalau berletiaq guna bahasa kedah..sedap rasa. Puah hati. Rasa tahap penyampaian tu lebih tepat nak banding ngan bahasa key ell.. ops..sorry org key ell.. bukan nak down kan orang key ell. Dah kami orang utara..

Hidup Kedahan..Chewah..cheq asai Perlih na.. duk Kedah la ni..hiks!

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino