kemudian siri Mari Memasak-tajuk resepi
then siri Cerita anak beranak-tajuk cerita.. hahah senang tak payah nak pikir tajuk..hiks...
Ok bebelan hari ini adalah berkisahkan potensi diri. Hahah sempena baru abeh baca satu buku motivasi-by Tengku Asmadi.. (Next buku catatan perjalanan Angkasawan-Dr. SMS, eheheh berkurun sudah ada, tapi belum abeh baca)
Kenapa saya beli buku ini? satu sebab tak tebal pun, dan satu lagi keluaran PTS, PTS satu penerbitan buku motivasi dan bacaan umum yang simple, tak meleret-leret. cuma buku ni cover dia gambar Dr. ni sebesar alam tu, my sincere comment, patut letak pic anak-anak.. pic-pic kejayaan anak-anak.. baru kita semangat dan tertarik, ni gambor pakcik ni, apehal?? opss Pn. Ainon boss PTS.. sorrryyy...ehehehe terkomen pulak.
Ok dalam buku ini, saya tertarik pada satu tajuk, tak ingatlah bawah tajuk apa, tapi antara kandungan dalam tajuk itu ialah, kenali potensi diri anak anda. Dan kisah-kisah benar pengalaman seorang bapa yang kecewa tidak bercakap dengan anaknya kerana anak dia tidak dapat banyak A dalam PMR. Kasihan budak tu. Salah ek.. potensi anak tidak semestinya diukur dengan A. Saya tertarik katanya, setiap anak dilahirkan dengan potensi masing-masing, kelemahan dan kekuatan mereka. Ada kalanya anak yang tidak berjaya itu sememangnya Allah sudah takdirkan, kerana ada kalanya anak yang tidak cemerlang itulah yang akan pimpin tangan kita ke bilik air, mandikan kita, suapkan makanan kita. Yess betul.. tepat...
Eh belum menarik sangat itu biasa. saya tertarik dengan tulisan beliau, yang mana katanya ibu bapa MESTI mencari potensi dan kenal pasti potensi anak-anak sedari kecil, agar kita tidak sia-siakan potensi yang dia ada. Betul.. saya setuju. Kita tengok macam mana Datuk Nicole David, diberi sokongan keluarga dalam Squash, macam mana anak-anak Datuk Sidek berjaya dalam badminton, Shalin Zulkifli, mereka dari kecil ibu bapa mereka kenali potensi anak-anak mereka dan salurkan ke arah yang betul. Kalau dalam bidang hiburan, kita tengok macam mana Dato' Siti Nurhaliza di bawa arwah bapanya halakan bakat dia. Walau dia tidak cemerlang akademik, tetapi kita lihat aset dan kekayaan dia hasil dari nyanyian. Sebab apa?? potensi diri dia di gali arwah sejak dari sekolah rendah.
Anak-anak Zulkifli Zain dan Normala Omar, Zizie dan adik dia, mereka cemerlang dalam lakonan, cemerlang akademik dan berjaya kedua-dua bidang seiring. Lakonan dan kerjaya. Inilah yang saya petik kata-kata Confucius itu hari : "Choose a job you love, and you will never have to work a day in your life" Diaorang minat berlakon, dan kerjanya berlakon, belajar bidang lakonan dan kini kerja jadi lecturer diuniversiti pun mengajar bidang seni persembahan. Dulu saya suka melukis, lukis kartun, lukis tah hapa-hapa, tapi saya tak kemana pun, sebab tidak disalurkan ke arah yang betul, kecuali belajar melukis di sekolah, dan dilantik menjadi setiausaha Kelab Lukisan, tetapi bangga juga, banyak lukisan tergantung dalam frame disekolah, dan dinding-dinding sekolah dihiasi lukisan kami, melukis corak-corak abstrak batik dan cikgu lukisan framekan cantik-cantik gantung sepanjang dinding-dinding di merata ceruk sekolah. Tapi habis disitu. Saya sendiri pun tak tau kemana nak arahkan minat saya kerana tiada maklumat.
Budak-budak sekarang beruntung, emak bapak sekarang berpelajaran tinggi, anak-anak minat melukis, siap diberikan set kertas lukisan, warna, dihantar ke kelas-kelas master art, belajar teknik melukis dan mewarna. Cik Lela dulu, kalau sapinat nak lukis kartun siap kena marah, siap nak rebus kertas kartun-kartun suruh minum dan makan, ishkk kejam beno Cik Lela ni tau. Cuma yang cik lela dan pak din restu, hobi membaca buku..ahaks... tu pun kena marah pasai asyik baca novel.. tapi selalu saya petang-petang hilang memang duduk lepak kat library je. Kompem, cari je saya kat library mesti ada punya. Maka jangan lah hairan sangat kenapa aku keja librarian ek.. ahahahah
Anak-anak sekarang mana yang minat muzik,emak bapak hantar masuk kelas piano, gitar, dan lain-lain. Cuma bezanya budak sekarang mau tak mau je. haku dulu punyalah gedik gila nak belajar muzik, tapi takder peluang, tapi budak Najmi ni kita siap belikan gitar, minta 'cikgu' gitar sebelah rumah je..eehehhe ajarkan dia, tapi dia pulak malas practice. Ni auntie dia kena selalu tegur, barulah nak practice.
Ehhh tadi cerita pasal buku motivasi tu kan.. tah kemana dah pegi.. ahaks...
Ok berbalik kepada kenali potensi diri anak-anak.. Adalah tanggungjawab kita sebenarnya menggali dan korek potensi diri anak kita, dan salurkan ke arah yang betul. Saya dan pakcik gebu, dalam proses itu, masalah kami ialah, tak tau mamat Mior junior ni suka apa?? Sukan?? kejap suka tu, kejap suka ni.. tapi sekarang gila main bola, tiap petang main bola kat padang, (dah kurus sikit heroku itu, kami pun tak perasan, maksu dan maktok mai baru ni tego, good...good) so sebagai pembakar semangat dia main bola, saya belikan jersi Chelsea, jersi Malaysia cap pasar malam je kat dia. punya suka, tiap hari pakai. Cuma dia tidak terpilih masuk pasukan sekolah. It's ok.. awal lagi abang, next year cuba lagi. Tapi ada juga dia terpilih mewakili beberapa acara sukan sekolah yang lain, acara olah raga, oklah. Badminton minat, tapi cepat give up, bila asyik pukul tak kena, member malas main. ayoooo...
Tapi so far, saya cuba exposekan dia kepada banyak benda, muzik, seni lukis (yg ni totally out la) sukan extreme, macam rollerblade, skateboard, nampak macam berminat, tapi akan datang tatau.. benda-benda ni bermusim kot, baru ni tengok-tengok sukan extreme yang berlangsung kat china tu, dan-dan semangat nak main skateboard, mujurlah 'emak angkat' sebelah rumah dia ada semua.. teringat offer mereka kalau nak pinjam skateboard, ahahah tengkiu la auntie-auntie pinjam abang Najmi, berpeluh emak dan anak main skateboard.. apapa apa taknya emaknya kena tukang pegang tangan sebab member tak reti 'surf' lagi, selagi dia tak terrer, selagi tu aku tukang pegang tangan. taperlah exercise untuk mama juga.
Anak-anak anda macam mana??? apa minat mereka? Aahhaha baru saya tau, kalau kita mahu buat yang terbaik untuk anak-anak bukan mudah kan?? Walau kita kata, kita ikut flow mereka, kita sempoi.. tetapi itu pun tidak mudah, tetapi kita kena tidak boleh terlalu sempoi sebab masa depan diaorang ditangan kita kan?? Semoga kita semua berjaya... Kagum dengan ibu bapa yang anak-anak mereka semua berjaya.
7 Komen:
Salam Pnut
asyik baca blog pNut jer , tapi jarang benor tulis komen ...
Dua minggu lepas , antar anak dara ke program motivasi kelolaan Tg Asmadi nie.
Beratus jugak ler kena. Ingat kan dia sendiri yang jadi penceramah utama.
Tapi rupa rupanya , penolong2 dia jer. Tg gie umrah...
Rasa macam nak mintak refund jer
sblum nak motivasikan anak, diri sendiri kena motivasi dulu kalau tidak, haru jadinya.. :)
pnut, jaman kita school dulu hadap saja apa yang sekolah hidangkan, tak ada pilihan, kalo ada pon tak reti nak pilih..
...tapi bebudak la ni untung sebab ibu-bapa dah ada kesedaran terhadap potensi anak...
anak saya skang ni musim minat tengok katalog rumah. ala, kan salu cityexplorer, majalah2 gitu diorang salu antar kat umah kannn.
petanda baik tuhhh kan...
kami dulu cita-cita nak jadi wartawan, minat menulis bagai - agaknya tu pasal jadi blogger.. ha ha ha.. tp blog pun dah lama tak updet..
owh satu kami nak kongsi ngan hangpa, mari kita sama-sama berubah untuk menggunakan perkataan yang lebih positif. Daripada menggunakan perkataan MASALAH, kita tukar kepada perkataan CABARAN, sekaligus ia akan jadi pembakar semangat bukan rasa terbeban..
ada tgk psl bro zhariff (yg cacat tgn, tapi semua benda dia buat)? ada kuar dlm MHI ari isnin pagi..
paling terkesan, bila abby tnya, camana dia terima pandangan org2 sekeliling ngan kecacatan dia tuh? selamba badak jek dia jawab "saya rasa org2 sekeliling yg kena amik masa, adapt ngan keadaan saya" dan lagi, bila ditnya perasaan dia bila ada org pandang rendah pd dia yg cacat, dia kata "itu masalah depa, bukan masalah saya"
mmg kagum ngan sikap positif dia :)
ps: saya pon ada buku motivasi nih, tapi besalah, tak dan nak baca..hahahaha...
buy tramadol buy tramadol hydrochloride online - can you buy tramadol online
Post a Comment