Tuesday, April 19, 2011

Pengorbanan seorang remaja menjaga ibunya yang sakit?? mampukah kita?


Mampu ke kita jadi macam ni?
Besar pahala adik ni.... Nabi kata pandang wajah ibu kita pun dapat pahala, inikan dia yang buat lebih dari sekadar memandang. Bertuah si ibu.. Saya memang emosi, mudah tersentuh hati dalam bab-bab begini, bertuah ibu ni anak-anak tak abaikan dia, yang kecil ni jaga dia, anak-anak lain cari rezeki, dan hulur bantuan kewangan.

Dan mampukah kita didik jiwa anak-anak kita sehingga mampu jadi seperti adik Ahliridzuan ni? besar pengorbanan dia.


Menjaga orang stroke bukan mudah ye, arwah abah saya terlantar 6 tahun sakit kena stroke ni. Bukan calang orang boleh sabar, kerana macam arwah abah, dai totally berubah, dari seorang pendiam, pemalu, bertukar jadi tanpa emosi, kadang-kadang dia ketawa mengekek bila dia berak merata-rata, dan emak menitis air mata dan marah-marah sebab berak merata-rata, dia ketawa terkekek, mengundang marah emak.

Kadang-kadang dia menjerit tanpa sebab. jadi saya amat kagum kemampuan orang jaga orang kena stroke ni, tambah pulak, budak lelaki ni, masih remaja. life dia hanya untuk ibu dia. Insya-Allah ketaatan dia akan terbalas. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan dia nak belajar kemahiran, berdekatan rumah, dan mana tau, rezeki dia nanti kalau minat bertukang, boleh buat kerja dari rumah je.

Sama-sama kita doakan Allah permudahkan laluan hidup adik ni ek... kalau-kalau ada saki baki sikit-sikit duit dalam bank korang tu, boleh la transfer ke dalam akaun adik ni, dapatlah dia buat belanja, dan anggaplah duit sumbangan dari kita tu memang dah tertulis untuk mereka, dan itu adalah bahagian mereka, wartawan ni sebagai perantara dari Allah untuk kita bantu mereka.

3 Komen:

Siti Noor Aminah on 10:32 AM said...

besar pengorbanan budak ni. lelaki pulak tu. kagum.

estee_8980 on 10:34 AM said...

meleleh ayaq mata nih...baiknya ko dik...semoga Allah permudahkan segala urusan ko dik...x semua org mampu buat ni...

Unknown on 11:51 AM said...

alhamdulillah...rezeki ibu mendapat anak baik sepertinya....semoga ibunya cepat sembuh....

www.mummysayf.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino