Thursday, April 28, 2011

Cemerlang vs Tidak


Baru balik dari Book Fair...

Ini tahun takder mood nak shopping buku untuk diri sendiri, ramai giler budak sekolah. Rimas betul la.. kita ni pi official, buat keja pilih buku utk library, tapi umat yang ramai sangat menjadikan kita sesak napas dok situ, sudahnya kutip brosur balik opis baru nak pilih, dan minta supplier hantarkan brosur lagi, dan nak pegi MPH je pilih buku, lagi aman.

Patut organizer, sebelum open to public, sebelum launching bukak dulu untuk big-big customer nak beli dengan aman macam puak-puak kami ni, bukan seratus dua ratus beli buku, bukan seriban dua riban.. berbelas, puluh riban.. Dan bagi library akademik, ada yang sampai juta-juta punya bajet. Ini terpaksa library yang bawa lecturer, dan kami yang bawa pegawai peyelidik, dan pegawai-pegawai lain bersesak nak pilih buku dengan budak-budak sekolah yang datang berbas-bas.. adoiii

Ni belum weekend ni lagik... so kepada plan nak pegi pada hari Ahad ni, mungkin banyak booth dah tutup, sebab hari buruh kan??? serbulah korang hari sabtu ni berasak-asak..

Tapi buku lelong memang murah la, saya beli buku-buku Alesya, dengan harga 3-4 ringgit, colorfull dan simple-simple.. tp goog quality, buku-buku latihan si abang, seringgit satu. Berbaloi la kalau orang anak ramai dan anak-anak yang rajin, yang tekun, sebulan satu buku latihan. Si Najmi beli buku laithan awal tahun hari tu, ni dah bulan 4, tak juga abeh buat latihannya. Kena 'ketuk' baru jalan.. kalau kita busy dan terlupa, dia pun lagiii sakan lupa. Ermmm maleh nak jadi mak tiri sangat, sebab ramai orang kata budak lelaki memang macam tu, even hari tu pegi jumpa cikgu kelas dia, masa amek report card pun cikgu dia kata biasalah budak lelaki memang macam tu. Sabooorr je la.. Selagi periksa tu banyak A dari B dan C, kami cool je la.. Kalau tetiba exam, banyak B, C tu heeeeppp bukan jadi mak pak tiri dah time tu, terus jadi cam drakula rasanya.

Susah nak jangkaa peel bebudak lelaki ek... pada satu tahap kita rasa macam eh boleh ke budak ni nak periksa ni, buku jarang belek, balik je sekolah agama, terus pegi padang bola main bola. Tiap hari occay.. tak juga selim..eheheheh balik je dari padang, rileks, makan, pastu maghrib, pegi mengaji kat rumah jiran, balik mengaji dah hadap tv, kalau tanya keja sekolah manjang takder, check beg sekolah pun mana kita tau, ada ke tak keja sekolahnya. kecuali dia yang cakap. pastu bila suruh baca buku atau buat latihan, dia bantainya lena, dah lena kesian pulak nak kejutkan, tapiiii kalau tengok tv, sampai pukul 12 pun tahan lagi. Geram kan???

Kalau time dia nak periksa, saya pulak cuak tengok blog emak sana sini anak kena belajar sekian-sekian  masa, anak haku?? jadual buat juga.. tapi haghhhaaammm pantang kita lepa, dalam dok depan buku latihan dia boleh bantai pasang lego adik dia.. dalam pada tangan pegang pensil dan hadap buku latihan, kita ralit je sikit, tengok dia tengah lukih robot, lukih gambar motor.. lepa je sikit, tengok dia tengok main susun askar perang atas meja tulih. tak ke emaknya boleh bertukar menjadi naga?? Entahlah saya pun maleh main paksa-paksa ni, belajar je la takat mana dia mau buat, sebab belajar paksa-paksa ni tak uummmppphh..hahah tapi entah bila haku nak tengok si abang ni tekun dan sukarela belajar dengan gigih. heheheh Tapi, apa pun bila dapat result tak le nak jadi naga sangat, sebab dengan effort dia lite-lite tu, dia boleh juga dapat serdak-serdak A lebih dari B dan C kira ok le tu.. takkan nak expect dia dapat semua A kot? kan..kan..

Nak anak dapat berderet A tu memangla idaman semua emak bapak, tapi cool la.. tak semestinya dapat berderet A jaminan kejayaan dalam hidup dia, cuma mungkin A tu ukuran kejayaan dia pada masa ini, akan datang belum ada jaminan. Tengok keliling kita, berapa ramai orang tak pass SPM pun berjaya jana income ribu riban sebulan, termasuk masuk skim MLM, pastu posing kipas-kipas duit.. posing depan keter mewah, Ciiitttt.. kan... Moga anak-anak kita sentiasa berikan kita kebahagian dengan cara mereka.

Ada kawan saya cerita dalam adik beradik dia, ada sorang adik dia yang tak begitu cemerlang, last-last keja kilang je, berbanding adik beradik lain semua hebat-hebat. Tapi la ni ayah dan tak der, tinggal emak yang uzur kat kampung, adik yang keja kilang ni la jaga emak, sebab adik beradik lain keja besooo dok Keyyy Ellll, dok Penang, Ipoh.. Pagi sebelum pi keja kilang dia siap masak utk sarapan dan lunch emak dia, siapkan hidang atas meja, nanti emak dia berjalanlah bertongkat pelan-pelan pi makan. Kalau tak sempat masak, tengahari 'lari' balik hantar nasi bungkus kat emak. Kalau emaknya demam, tak sihat, tak larat berjalan, tengahari balik mandikan emak dulu. Itulah hikmahnya Allah bagi, dia bagi adik beradik lain cemerlang, keja beso, agar dapat bagi bantuan kewangan kepada emak dan adik depa. Tapi Allah hadiahkan anak yang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran tu untuk menjadi 'teman' ibu dia.

7 Komen:

Anonymous said...

saya pun macam tu jugak..buat biasa2 jer..taknak tekan dorang..kat sekolah dahlah stress dgn cikgu & subjek yg macam2, bila balik umah, taknak tanya lebih2..cuma pantau jer dorang buat kerja sekolah..

kalau telepon tanya biasa2..takdelah asik2 tanya kerja sekolah..kerja sekolah ..kerja sekolah..saya sendiri pun naik stress bertanya..haha!

Hayati on 8:29 PM said...

Kak yati mak yang tak kisah. janji lepas untuk diri depa dan keluarga depa nanti. jangan ikut kak yati. mak yang tak dak wawasan untuk anak-anak.

aNiS tHe BumbleBee on 10:00 PM said...

betui la kak..xley gak nk paksa2.kita lorong ja la kan..doa2 semoga jadi insan berguna.keja besaq2 pun,tp kalau mak ayah depa tak ingat,xguna gak.nazubillah...

Mummy Rizq on 8:27 AM said...

Adusss Pnut.. aku ngan anak aku yang baru Std 1 ni pun slalu dah jd naga. Cakap sekali tak dengar.. cakap dua kali tak dengar jugak.. nak masuk tiga kali, aku tarik telinga dia besar2 sket, baru ler paham! Sakit dah tekak ni asek nak menjerit kat dia...

sitinaminah02 on 9:51 AM said...

adik sy hat jantan bongsu tu, buaihh lagi la kak. dok kampung, besa la. mana la nk baca2 buku nih. tanya keja sekolah, tak besa ada. tengok buat keja sekolah pn tak besa. mai UPSR, tetiba dpt 4A 1B. terkejut berok gak la.

oren on 11:32 AM said...

tu la..ada gak plan nak pi bookfair, tp mengenangkan bebudak kecik nih, susah plak nak kontrol..kang hilang, teriak tak berlagu lah saya..

yer, suka cerita pasal budak kerja kilang..tapi rasanya, tak ramai anak muda yg pikir itulah bakti diaorg utk emaknya..org skrg nampak rm jek..

insan kerdil on 2:33 PM said...

nilaian 'ilmu'...nilaian 'amal'....pabila letak nya di kedudukan yang 'benar'....kan membenihkan suatu 'kefahaman'....dalam memperkukuhkan suatu kepercayaan...suatu keyakinan...terhadap suatu hakikat 'hukum alam'....

nilaian 'kefahaman'...pabila letak nya di atas 'prinsip' yang jelas dan nyata.....berserta kaedah yang selari....akan menerbitkan rasa 'kehambaan'...yang biar pun daripada mana ianya bermula..... dan diteruskan atas 'dasar' apa sekali pun ...tetap bisa 'menyatu' menjadi satu....pabila matlamat nya....adalah menuju redha daripada Ilahi....

ketentuan Allah adala rahsia Allah...

wallahu'alam..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino