Wednesday, March 30, 2011

Pilihlah kerja yang kita suka, dan kita tak payah kerja pon. ??


Confucius kata : "Choose a job you love, and you will never have to work a day in your life"

Betul kan? Jangan salah faham pulak, maksud pakcik Confucius ni ialah, pilih la kerja yang kita suka buat, dan kita enjoy lakukan kerja tu, dan kita tak rasa kita bekerja, tapi kita rasa seolah-olah kita lakukan hobi kita setiap hari.

Beruntunglah kita kalau kita sekarang bekerja dalam bidang kesukaan kita, dan enjoy buat kerja kita. Berapa ramai dari kita seronok dengan kerja sekarang? Yang membuatkan dia tak rasa pun sedang bekerja, tetapi tengah buat benda dia suka. Saya kira penyanyi dan penari kot. Eheheh mereka suka menyanyi, dan jadi penyanyi, penari suka menari dan jadi penari atau pereka tari.

Saya?? buat masa ni, ok-ok saja dengan kerja saya, enjoy dan happy. Sebab saya suka membaca, so kerja dalam bidang kena belek-belek buku memang sukalah. Buat book review, promote buku.. enjoy.. so bila time saya dok baca buku, tambah pulak buku yang best, tak rasa macam tengah kerja, rasa macam santai-santai pulak. Ehehehe kekadang ada buku kita kena baca, sebab kita kena review ikut perspektif kita, bukan prespektif barat. Pandangan mereka tak sama dengan pandangan kita, tambahan pulak macam saya kat tempat baru saya ni, buku-buku yang penulisnya pro pembangkang atau pro kerajaan, saya kena baca, walau tak minat politik, tetapi sesekali layan buku politik best jugak bro!! Baca kemudian buat ulasan then war-warkan, kenapa orang lain pun kena baca buku tu. Erkkk ni kalau librarian tempat korang tak buat, dia malas le tu..eheheheh (motif??? nak bagitau saya rajin je sebenarnya, ya kerek, so what?? ape guna tulis berkias sana-sani tapi tak mengaku nak kekwat, gua terus mengaku bebeh)

Hidup ini indah kalau kita buatkan ianya indah, keindahan dan kebahagiaan hidup kita, kita yang cipta, bukan orang lain, tetapi kita. Selalu buat apa kita suka, teringat satu babak star wars, masa si kecik Yoda kata kat Skywalker, "Do or do not…there is no try! betullah kan??



Saya selalu ingat kata-kata dalam filem ni. Kekadang bila saya ragu-ragu tentang sesuatu saya ingat benda ni betul-betul, so saya akan decide nak buat atau tidak, kalau nak buat, buat betul-betul, kalau tak mau, jangan buat. macam diet tu la.. asyik berdosa pada diri sendiri, makan je, dulu berdiet hilang 25kg, elok dah kecikkan baju yang beso-beso dulu akibat terlanjur makan, badan naik semula, and bertangguh nak diet sehari ke sehari, sehingga saya ingat balik kata Yoda, di atas tu, then then next morning saya bangun terus, saya set. Ok aku nak buat, mesti buat, dan akan buat. Simple je saya, dulu masa amek keputusan nak bertudung masa kat uitm, pun begitu juga, hari tu kata nak pakai, terus saya pakai tak bertudung betul, bukan tudung pegi kelas, pastu keluar ke tempat lain buka-buka, tak, saya terus tutup dan jaga betul-betul, there is no try bebeh.

5 Komen:

ieda on 4:02 PM said...

saya suka makan...ronda2....
cemana nak jadi duit??abis duit adalah.hehehe..
tapi statement tu mmg tepat sekali & selalunya org2 yg success ialah org dlm golongan itu.

SyaNa on 4:27 PM said...

nice entry :-)
betol la ape yoda tu kabo
setuju sgt..
ttibe rasa dlm hidup sye ni byk gak sye cuba2
end up byk -ve output
kena pegang kata2 yoda tu

Anonymous said...

bila baca teringat dialog Ms Hiew dalam LAT Kampung Boy sebuah Muzikal "Do what you love and Love what you do" - sbb LAT suka sangat melukis

cm

- GC - on 9:42 AM said...

bila kita enjoy dengan apa yg kita buat, life pun tak la boring dan bosan.. ni tak, psl keja boleh jadi moody smacam.. haha

Pnut on 10:26 AM said...

Ieda-bab makan dan berjalan semua org suka...saya poooonnn so bukak travel agency..eheheh

Syana-yup akak selalu ingat kata-kata yoda, bila rasa tatau nak buat keputusan akak ingat kata-kata terus then terus decide

CM-eh saya suka kata-kataku.. niceeee thanks for sharing.

GC-no doubt kata-kata-kata awak.. tu melainkan betul..betul..betul...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino