Monday, February 21, 2011

Tak tau nak update apa.


Minggu lepas baca kisah Sein yang ensem tuuu rujuk balik dengan isteri dia, yang hari tu bercerai.. Syukurlah.. baguslah demi anak-anak.. dan harap selepas ini, masing-masing baiki kesilapan diri dan kekal bahagia..

baguih..baguih...

Sabtu lepas pulak, salah seorang kawan pakcik gebu.. kawan sekolah deme le.. geng jumpa balik kat FB.. seorang kawan dia ni menambah 'branch' huhuhu hebakkkk.. katanya isteri tua lagiiiii yang pegi meminang madunya tu. huishhh lagi hebakkkk dan orang biasa-biasa... kenduri kendara besar-besaran gituuu, saya tak pegi, sebab sebok dengan urusan cupcakes saya je.. kagum...kagum.. kagum... moga encik pengantin baru jangan sebarkan virus bukak branch ni dikalangan kawan-kawan dia.. ishkk bahayaaa ni.

FB VS BLOG
Kemalasan mengupdate blog melanda.. banyak kat FB, senang dan mudah. No tak pernah main game kat FB, tak tau pon cemana ropa game kat situ..

Semalam tengok dokumentari pasal arwah Sudirman kat history channel, menariknya.. suka tengok kebanjiran manusia masa konsert kat chow kit tu.. dia betul good performer la.. kagum seh.. part-part last masa dia sakit tenat, kritikal, sampai dia meninggal, sedih la..

Abeh je dokumentari pasai arwah, tunjuk pulak yang highland tower tu, itu hari tak sempat tengok, semalam baru tengok. Masa runtuhan tu, saya sekolah lagi..eheheh ingat lagi, berita terkini kat tv3 buat laporan setiap jam, sedih dan pilu tengok satu persatu mayat yang dijumpai. ishkkk..

Cam hari tu saya cakap la.. Discovery, history dan lain-lain channel ni best-best.. naperlah tv tiga, rtm tak mau tayangkan ek.. balik-balik bagi orang tengok sinetron dan drama melayu bersiri pon tah hape je.. baik bagi budak-budak tengok benda-benda bagus, saya notice Najmi sekarang memang melayan discovery channel berbanding cartoon2 atau movie, kalau takder yang best sgt, baru member layan movie, kartun memang budak zaman dia dah.. Dia minat sgt dokumentari pasal history, kisah Hitler, Nazi.. German, malah dia boleh cerita balik apa dia pernah tengok, camner Hitler bangunkan teknologi kat German, pasla kejatuhan rom.. pastu suka layan megatech, how the do it, food tech.. ermm lelaki kan.. he is growing up as man la.. layan semua dokumentari kejuruteraan, dan teknologi.. kekadang ada benda kita pon tak tau, contoh bila dia tengok building tgh construction, nanti dia akan cerita, mama tau kenapa diaorg letak tu?? kenapa bumbung bangunan tu kena camtu?? camner diaorang pasang cermin kat bangunan tinggi? ahah member dah berkali-kali tengok bangunan kat abu dhabi tu, dan yang tambak laut, buat bandar yang katanya David Beckham pun beli tu? Qatar ek?? ke acik terbalik neh?? hahaha dia dah berkali2 tengok pembinaan bangunan tu tapi bila ada tetap juga nak tengok lagi..

for me?? ermmm tak dapek le acik layan drama-drama beb.. ko citer la drama apa best pun.. tak tengok, dua hero kuasai tv kat rumah saya.

8 Komen:

Nurul on 12:39 PM said...

wahh..engineer to be najmi tuh. Bagusnya. Kalo kena ngan laki saya, dier lagi suka tgk drama2 melayu..huhuh..kadang2 berebut lak ngan anak yg nak tgk citer kartun..haru betullah..

Anonymous said...

Cik Pnut,
Hang kalau nak cerita sedap pun..hang bacalah fact dia serba sikit..ni mana ada bangunan kat Abu Dhabi ngan Qatar??? Hang ni merapu? Lepas tu kawan hang si Nurul pun layan.....

Pnut on 4:30 PM said...

Nurul-best la leh sesama layan citer melayu...

CIk Anon-ahah kan dah kater confuse, tapi pernah tengok la... gua lupa-lupa la beb.. anon nampakkkkk....

ieda on 5:28 PM said...

teringin nak sembang dgn najmi..mesti best.
pnut....cuba buka blog ni..ada cerita ttg diet.
http://drhanie.blogspot.com/

Rauf Takaful said...

Akak, tang Highland Tower to seriau gak lah...saya ni duduk atas kayangan...dr atas leh nampak air bertakung etc berbulan2 xpernah kering kat block sebelah..btw saya mmg xtgk tv etc...semua online source jer skang, wpon kat rumah ada channel tu semua...huhuhuhu

Aini Razali on 9:27 AM said...

peel najmi ni serupa peel suami saya. rajin share psal harun yahaya, nazi, UFO ntah apa benda yg omputih dah ke depan buat. cuma saya ni takde masa nak melayan sama sbb pikir keje umah.

kak ina kl on 12:22 PM said...

suka gak tgk history channel..tapi skrg dah kena buat sbb makin lama makin mahal

sitinaminah02 on 4:53 PM said...

umah ada siaran tak berbayar je. layan je la. haha

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino