Friday, February 18, 2011

Buaian Akikah berendoi untuk disewa


Assalamualaikum.. dan salam 1 Malaysia... (ayat skema belia cawangan Putrajaya)

Pernah dok korang berangan.. dapat anak comei-comei setelahbersedapan membuat anak, dan bersusah payah, usung perut kembong selama berbulan-bulan-bulan-bulan pastu bila baby dah keluar, terasa nak buat kenduri akikah, cukur jambul dan berendoi anak dengan meriah?? kalau mak over cam saya kompem gediks berangan nak buat camtu.. maklumlah berangankan percuma, tak payah bayo.. saya bab benda free memang suka.. walaupun cuma berangan, disebabkan ianya percuma maka berangan la sepuas hati.

Kompem berangan nak buat kenduri akikah, cukur jambul meriah dengan buaian untuk berendoi-endoi ni dengan sempurna kan?? (ehh saya jadi 'orang sini' baru tau benda-benda ni, orang belah utara tak dak la buat benda-benda gini, kalau ada pun jarang sangat, dari negeri mana yang meriah berendoi bagai ni?)

Ok balik cerita bab berendoi kan.. dah teringin nak buat buaian yang vouge the vasss kan.. nak-nak pulak kalau dapat anak pompuan.. eellleeeh tipu la korang kalau tak pernah berangan nak buat majlis vouge the vass dengan anak pompuan comel korang pakai gaun sweeett giler.. nak buat sendiri, aduh kompem ratusan abeh kan?? soo ini ada penyelesaian mudah untuk anda.. ahaha iklan macam iklan pinjaman bank pulak.

Nampak buaian ni?? lawooooo tu...


Nengok reganya??? murah la bagi saya, kalau korang nak vouge the vassss... dan ada bajet,  kalau nak buat sendiri aduhai, mana nak dapek rega tu untuk whole set, pastu dah buat, tak guna terperuk kat stor.. pastu emak/emak mertua bebel.. buang duit.. buat mahal-mahal simpan stor je sudahnya, nak pulak jenis tangan kayu cam saya, tak reti menjahit, kompem kena lahar membazir katanya...

Kalau minat nak sewa, atau nak rekemen kat kengkawan, leh roger no tertera kat atas ni noooo.. pepandai le korang nego minta rega diskaun... psstt cakap le.. nengok kat blog kak Pnut ni.. kak Pnut kata leh dpt diskaun.. matiklah aku pepandai buat promosi sendiri ye la sebagai potential customer, tak salah kita minta diskaun kan.. dapat tak dapat, atas budi bicara penyewa la kannn...kan...




Eeeiii buaian yang cantik dan baby yang comei-comei gerammm.. pssstt kalau rasa baby korang tak comei pun, tapi dah bubuh duduk dalam ni.. ia tetaplah comei.... tapikan mana ada baby tak comei.. sumer baby pon comei kan???


Bunga-bunga tu le tukar-tukar kaler tak?? cube tanya tokei dia.. saya tidak diberi maklumat lanjut pulak.
*info tambahan, tokei ni kata bunga leh tukar.. dan set baju girl tu kalo tak nak, leh tukar dengan set renjis-renjis.. ye la kot anak lelaki ke jadahnya nak pakai gaun lak kan??

Boleh dak nak geget budak dua orang ni? sangat cumil..



Ehh kalo dah nak buat majlis ni, nak sewa-sewa buaian ni.. leh la tempah cupcakes dengan saya, kalau sekali pakej dengan cupcakes untuk akikah ni.. saya bagi special price tau.... mau?? roger me sajork...

11 Komen:

ieda on 1:29 PM said...

baca tajuk buaian akidah...dok pikiaq la juga apa ka bendanya tu...
pnut...kat utara ni meriahla dgn berendoi2 ni..esp zaman dulu.habis kutip bunga2 org nak hias kat buaian tu.masa berendoi siap ada marhaban lagi...best tau.masa kenduri kawen saya dulu pun buat majlis berendoi utk anak2 cousin saya sekali.

Unknown on 1:33 PM said...

Kak,
TQ byk2 untuk post ni..Nanti kita mail akak lagi chit chat ya...
For additional info, bunga tu memang ler tukar kaler ikut tema majlis ler..Setakat ni kaler yg ada pink, merah n purple..N baby dress tu boleh tukar ngan set renjis gak kalu dress yg ada x muat saiz..

Anonymous said...

Akidah?

aNiS tHe BumbleBee on 2:36 PM said...

haih...mula laa nak berangan sama kak oii...hihihihi!

Anonymous said...

Pnut..akak dah menopause..camner nak beranak...geram sungguh nengok budak2 tu..comei..sungguh..kat kg.dulu takder mcm.ni..yg.ada buai dari batang kayu dan kain batik panjang je..bunga pun takdak..sempoi habis..la ni terliurk tengok buai ngan bunga yang cantik2.
Kak Wan

Pnut on 8:07 PM said...

Ieda-ya ada...ada.. tak tak semeriah org sini, kenduri buai baby macam kenduri kawen... kita sempoi2 ja...

Zuriana-sama-sama kasih..

Anon-dah betukan :)

Anis-lawooo kan.... ni baby nak keluaq ni boleh la...

Kak Wan-tunggu cucu nanti..tak lama dah tu..eheheh

Hayati on 9:36 PM said...

kat kampung kak yati dulu-dulu, ada la berendoi ni. La ni kurang dah kot. Buaian, meriah tapi pakai apa yang ada. kain batik panjang, sudah semestinya la.Bunga, kutip saja apa yang ada. bunga hidup. tak dak la ndoi macam ni.

Anonymous said...

Huhuhuhu..cantik gilos....bilalah kak dy nak beranak dpt girl nih....6 bulan mencuba tak menjadi...la ni rehat ler dulu....tp bila tgk umur dah dekat 4 series nih dah gerun plak nak pegnen....

Memang cantik buaian tu.

Aini Razali on 12:02 PM said...

haha salam 1malaysia (ayat skema gomen)...
cantik banget buaian tu. ekslusif lagi...

Anonymous said...

ni dkt area mn ek?

Anonymous said...

mjlis kt ats tu pakej ekonomi ke full pakej..?

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino