Budak ni kannnnnnnnn.... ni keja dia bila kita lepa...
Saya ternampak pic ni bila menggodek picasa tadi. Tengok tarikh, beberapa hari selepas beli laptop ni, iaitu hari raya cina tu. Saya belek picasa tadi sebab nak edit gambar, scrool down bawah jumpa pic ni.. bertuah punya budak. Omak dia pun tak tau kejadah cemana dia bikin ni.. ishkk dia lak explore... siap amek pic dia dan siap edit-edit superimposekan lak tu.. Kalau tak bukak picasa tak tau ada benda alah ni, balik sat gi nak tanya dia cemana dia buat..ahahahah koman eh mak dia..
Apsal mama tak tau buat camni???
~ ADAB ~
Itu hari kitaorang pegi Bagan Lalang kan.. situkan berpantai, berair laut, walaupun namanya Bagan Lalang, tapi percayalah tiada lalang disitu.. Ok masa kat situkan, ramailah orang bermandi-manda kan?? Yang geramnya, masa kat surau, ada comot dan kotor dengan serdak-serdak pasir pantai kecik ati ahli akademik pengajian lingustik melayu baca serdak pasir so masa asar tu saya ke surau solat, then tengok lantai tempat berwuduk tu amatlah comot sekali, pastu selipar tak boleh bawak masuk, tetapi pengurusan surau tidak pula sediakan selipar kat dalam tu, ke ada, tapi kena kebas?? tak der sivik la manusia-manusia ni boleh masuk surau cuci selipar, kaki, sedangkan toilet belakang tu je.
Jadi saya yang rimas dan tak boleh tengok lantai kotor dengan kesan pasir pantai, tambah pulak kita nak berwuduk kan, kang terpijak pasiran yang entah kena kencing kucing, berak kucing/anjing ke kan.. Saya keluar, dan nampak ada botol mineral yang beso tu kat tong sampah, saya ambil dan isi air, dan saya jirus lantai dan tempat wuduk tu bersih-bersih kang nak berwuduk. Elok tengah menyiram, kira last jirusan dah masuk sorang budak ni, adalah dalam umur 8-10 tahun kot, dari luar saya dengar ada suara emak, dan emak-emak sedara dia kot, dia cakap "nak cuci kaki kat dalam la boleh tak?" dan emak dia kata pegi la. wahhh kak silap kak.. orang tengah cuci lantai ni namanya sapinat kak, knowing me wa takkan berdiam diri melihatkan perkara itu berlaku, sebaik je anak dia langkah dua tiga tapak kat lantai tu, maka lekatlah pasir-pasir dan kesan selipar tu.
Terus saya sound, "nampak tak acik dah bersihkan tempat ni? kenapa pijak? ni tempat untuk orang wuduk, nak solat, jangan kotorkan, belakang tu ada tempat mandi, tandas, masuk situ cuci kaki. Budak tu pun keluar, saya tunggu je kot emak budak tu nak masuk minta maaf ke, atau nak sound saya balik. Tapi emak dia tak datang. Adakah emak dia malu atau takut tengok lengan saya yang yang kalau banding dengan lengan dia tu suku je lengan dia tu. tapi saya ready kalau saya dimarah ibu dia, saya akan jawab balik dengan hujah-hujah yang bernas dan arif lagi bijaksana.
Masuk lak kat surau, aduii sedih tengok telekung abeh solat tak lipat elok-elok, main longgok je tinggal kat tempat sidah telekung tu, pantangggggg nenek moyangku.. (nada mak dara dalam ibu mertuaku pliss) ape la orang-orang perempuan dewasa ni?? tunjuklah contoh sikit, kalau dah solat, pakat lipat, dan sidailah balik, dak la telekung tu berbau kepam. dan tak lah anak-anak tengok, pastu dia pun ikut, kira generasi demi generasi buat macam tu. Abeh solat, saya amek masa sat, lipat dan gantung semula telekung2 tu. bukan apa rimasnya nengok berselerak gitu. Tampor kang tangan yang suka lepas solat, londeh, terus letak bertimbun2 dengan yang lain??
Dulu saya dan kengkawan saya kat kat UiTM, setiap jumaat ptg, kami kutip telekung-telekung kat surau yang kat bangunan menara tu, kami rendam dan basuh ramai-ramai.. tak la amek semua, tinggal 2-3 helai utk kegunaan orang tapi weekend mana ada kelas kan, ta ramai guna surau. Ye la masa tu student, nak sedekah duit ringgit byk2 pun kami pun tahap layak terima sedekah je, jadi buat sedekah jariah je la.. basuh bersih-bersih dan kalau rajin hari Ahad petang kami jalan pi hantar balik, minggu depannya kami kutip kain telekung kotor yang minggu lepas tak ambil tu. gitulah. Benda-benda kecik begitu kadang-kadang beri impak besar dalam hidup kita.. contoh dimurahkan rezeki dan sering dipermudahkan urusan kita, saya nampak banyak benda-benda begitu berlaku dalam hidup saya. Syukur !! Bila kita nampak dan rasa kesan-kesan yang Allah beri ganjaran tu, kita rasa seronok.
13 Komen:
apa yg sis buat tu..itulah yg kawan sy buat..sy kagum..pd masa yg sama..kwn sy tu suka betul sumbangkan sejadah kt surau2 kecil contoh yg kt tesco ampang tu..dulu sejadah pun sket je..nak2 time maghrib..berebut..
lg satu sy pelik..kenapa bila kita bagi salam masa masuk surau..semua pandang kita pelik..napa x jawab salam kita..kadang2..kawan sy bagi salam, sy yg jawabkan..sedangkan kami masuk sama2..yelah..rumah Allah kan..nak2 dlm tu semuanya Islam..susah sgt nak jwb salam..pandang kita mcm kita ni alien..mcm2 hal lah..
pinut
mmg benda benda kecil bila kita buat dnegan hati ikhlas impaknya besar...
Wah...bravo bravo Kak Pnut..ai amat berbangga dengan U. Ai akan didik anak2 ai buat mcm u.. err..bakal anak anak..hehehe...Saya selalu tolong siramkan lantai toilet...rimas ada pasir2. lumpur2...n bau2...pelik, bau toilet wanita mcm toilet awam lelaki.
Kalau semua org mcm akak ni seronoknya dunia....
p/s kan bagus kalau mak budak tu baca blog akak ni..(ntah2 baca kot..hehehe)- Bapa ke mak borek, anak rintik (betul ker eja ni). Kan kan kan Kak Pnut..
Owh lagi satu...saya pernah dengar pasal bagi salam time masuk surau atau masjid tu. Tak salah sayalah, memang tak digalakkan bagi salam. Sebab menjawab salam itu kan wajib, jadi dalam surau tu ada yg tengah mengaji ker, berdoa ker, solat ker, diorg wajib jawab salam. jd mcm terganggu ibadah diorg sebab nak jawab salam tu. Tak pastilah betul ker tak ek...rasa-rasa mcam pernah dengar mcm tulah kira-kiranya. Kalau salah tolong betulkan..
utk najmi, 10 bintang di langit achik bagi heheh... tu dia, lagi hebat dari mak dia...
kak pnut, masalah integriti org2 kita memang dah melampau. mana letak hati bila guna kemudahan awam??? omputih lagi pandai jaga harta dari kita... hanya mampu istighfar je...
sebab tulah saya suka bawa telekung sendiri kalau pi mana2...agak2 balik lambat & cross waktu solat wajib bawa telekung.leceh guna yg public punya...macam2 bau ada.
Dah lama aku x tinggal jejak kat blog hang ni Pnut.. Baca pas tu jln terus ja, harap hang tak ambik ati, halalkan apa yg aku baca tu yer.. Baca entri kali ni rasa sygggg sgt kat hang.. I love u Pnut..!!
baiknya engko pinat.
syabas bete!!
Betul la kak..kengkadang pikir pelik jugak camne sesetengah kita ni boleh tolerate tempat kotor camtu untuk solat..
ish kalau mak budak tu datang plak..boleh bayang la kakpnut dengan jurus ke 19 membahasakan dia haha
pndainya abg explore! budak2 kecit sekarang mmg kreatif, tau buat mende2 ni. malu kak GC kat najmi. haha
kak yati pun macam pnut juga. bukan nak puji tapi nakk bagi tau. tak yah puji sebab rasa macam tanggungjawab la pulak. pnut caya dak, tandas awam pun kalau kotor, kak yati tolong bersihkan. itupun kalau kak yati nak guna la.klau tak guna, tak dak kerja ih nak pi bersih taik orang saja-saja. Sakit hati tau. masjid pun depa tak tau nak jaga kebersihan inikan pula tandas. mentaliti, mentaliti...lama-lama jadi sakit mental.
hmmm..tak semestinya nak bersedekah jus dgn duit kan kak????trima kasih menyedarkan
saya pun berangin juga klu tgk telekong main humban humban aje dlm lemari..kekadang dekat penyidainya ntah mana kain, ntah mana telekong..
paling hangin klu telekong dilipat sekali masuk dlm sejadah...gumpal gumpal gumpal..letak je atas almari.
heyyy!! nak sembahyang kan kena bersih. klu dah berkepam gitu gaya..sapa la yg nak guna telekong tu??
x(
maaf ye kak pnut..ter amarah plk kat sini.
Post a Comment