Wednesday, February 16, 2011

Mencabarkan diri di Taman Cabaran


Misi ke arah kesejahteraan hidup lebih sihat tetap diteruskan. Saya mau jadi orang yang walau gemuk tapi  sihat, saya tak target untuk kurus, saya cuma target untuk turunkan berat mengikut kemampuan badan. orang kampung saya kata, better late than never.. atau better try than never ye dak.. At least walau saya gemuk, tapi kolestrol masih ok, kencing manis free, jantung pun sihat. takut jugak.. bab darah tinggi tok sah kata apa dah, itu warisan nenek moyangku. orang kata no way out. Ada kakak jiran saya ni kurus je orangnya kecil molek, tapi kolestrol tinggi, sampai dia pening dan nak pitam. saya pun tak la tanya berapa, tapi kata dia 5++ kira sudah melepasi sempadan paras kolestrol yang sepatutnya ada. Saya gerun juga, sebab saya badan besar.

Tapi saya setiap 3 bulan memang check up, amik darah, kenc*ng, doktor investigate semuanya, dan disebabkan saya ada young hypertension, setiap 6 bulan doktor akan scan jantung, buah pinggang, salur darah apa tah, make sure semua ok.. Alhamdulillah semua ok, kecuali saya rendah kandungan garam dalam darah, dan hypertension je. pelik heheh kata darah tinggi, tapi kurang garam.. tak reti nak cerita macam mana, tunggu doktor Ieda jelaskan. garam=potasium. Potasium ni penting untuk saraf, dan kata doktor, kalau kurang sangat, nanti boleh kurang oksigen (tu pasai selalu sakit kepala) sakit sendi, dan saraf. Itu sebab saya tak boleh penat sangat, mula sakit sana sini.

Tapi tak boleh layan psiko, kat sakit tu sakit ni, saya kena bersenam untuk sihat.. saya dengan akak jiran tu, dah briskwalk tiap pagi hujung minggu, dan saya tiap petang lps kerja, walaupun sakit lutut, kaki, sendi-sendi, saya rasa sebab low potasium tu memang mengganggu, tapi saya kuatkan diri, berjalan dan bersenam untuk jantung. Hehehe pakcik gebu pun kalah tau, panjat bukit, saya lagi laju.. Minggu lepas, kami discover satu tempat menarik kat Putrajaya ni untuk riadah, santai, sebab tak ramai orang. Best gile, iaitu Taman cabaran atau Putrajaya Challange Park. Best.. selama ni ingat sukan-sukan ektreme je depa buat, ada track-track basikal, yang time takder event kita boleh panjat.. dan namanya pun taman cabaran, memang menacabar. Ni pic sempat saya snap guna henpon cap ayam..

Gambar kanan  ni saya ambil dari separuh bukit, separuh je, sebab kat atas bukit ni memacam lagi ada, geng-geng basikal ramai cycle naik atas bukit, cube tengok, dari tempat parking kereta kat bawahhh sinun, saya panjat bukit tu.. pastu turun jogging pelan-pelan, pastu panjat lagi sekali, 2 round ok.. seronok, bila sampai atas, nampak pemandangan bawah.. pecah peluh usah kira.. syiok... exercise untuk orang-orang tak berapa kuat sendi ni berbaloi.. panjat dan turun bukit.. Wana... nak join?? jomla.. tiap ptg akak pegi sana.. naik turun bukit ni dua round, kalau hari cuti ngan family, termasuk bibik dan Alesya. ehehe tp bibik dan alesya kat ruang bawah tu.. lapang dan luas, alesya kayuh basikal..

Lepas abeh jalan-jalan, kami anak beranak main badminton kat tepi bebudak main skateboard, roller blade, dan BMX.. kiranya tempat riadah seisi keluarga, kalau anak-anak suka main skateboard, roller blade, boleh mai lepak sini... sebab kat sini katanya otai-otai belaka, yang dok main dan training budak-budak main skateboard dan BMX ni bukan calang-calang, ada antara depa yang wakil malaysia. Erkk tak caya cuba surf.. saya dah cari, ramai yang practice kat sini rupanya.

Tu nampak anak-anak mudah belasan tahun dok practice main skateboard dan main BMX. Memang luas dan lapang giler. One thing saya suka Putrajaya ni facilties sini memang terbaek la.. setiap presint, atau kawasan kediaman akan ada temapt riadahnya sendiri, termasuk court tennis, futsal, swimming pool, jogging track. taman-taman pun banyak, kredit la untuk Perbadanan Putrajaya, walaupun masalah parking kritikal, tapi dari segi perancangan taman/landskap/riadah saya tetap merasakan Perbadanan Putrajaya, yang terbaek la.. pernah tengok lantai bus stop di mop? tempat duduk dilap? tiang bus stop dilap? ahah lucu kan, tapi memang iya, pagi-pagi kita akan nampak mat-mat bangla ni pegang kain, dan akan lap tiang-tiang bus stop, mop lantai, lap tiang-tiang besi kat sekitar bus stop tu.  Tandas-tandas kat Putrajaya saya kira semua molek-molek.. senonoh berbanding kat bandar lain di Malaysia, kat Taman Cabaran ni toilet macam toilet hotel youu... Pak penakan saya dari kampung, first time masuk putrajaya, cakap "lawa nooo putrajaya ni, nak cari sampah pun tak dak,"
   


Ni apa nama tempat budak-budak surfing atas darat ni?? gelanggang?? maybe la.. gelanggang seluas-luas ni tiap pagi ada cleaner panjat naik turun sapu sampah. saya tengok pun kesian, naik turun panjat laluan berlekok-lekok tu menyapu.

Zar jom zar, kita ke taman cabaran pulak... naik bukit sedut udara segar.. oh nikmat...

8 Komen:

nuni on 3:27 PM said...

yeay..akak pun dah jumpa eh taman tuh..kiter jumpa di sana yer hehehe

sitinaminah02 on 3:38 PM said...

kuatkan semangat, walopun tak kurus, tapi biar badan tu sihat.

kalo nak kurus, jgn masak yg sedap2. haha

Pnut on 3:51 PM said...

Nuni-kami tau lama juga, thn lps, tp tak explore, sebab dekat umah je ni... baru ni je explore...

GC-betoiii ahahahah jgn masak sesedap...hiks.. alasan terbaek..

Zareda Norman on 4:08 PM said...

YA SAYA TERCABAR

jom set pi petang ni.. roger roger

MUHSINA on 5:07 PM said...

pnut

presiden saya amat sensitip dengan lalang, semak dan tiang2 bus stop yang tak cantik. Tu sebab kami siap ada Peg Kawsan yang akan memantau setiap precint2 kat putrajaya...

ieda on 5:21 PM said...

1...tak lama lagi pnut boleh pakai kebaya.
2...najmi jalan gaya tokey besaq ooo...
3...low potassium..kebanyakannya tak tau punca.amalkan makan pisang selalu.

fa10 on 3:33 AM said...

mcm2 ada kat negara kita sebenarnya..
tunggu masa lapang jer utk explore!
gelanggang bmx tu mcm snow jer...

Angah on 12:16 PM said...

teruskan usaha anda utk sihat...caya lah!

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino