Wednesday, February 02, 2011

MC kamek


MC pertama untuk tahun 2011-mc doktor hospital gomen, jangan pertikaikan ek.. mmg sah dan diiktiraf..ehehehe


Baru balik dari hospital Putrajaya

rutin check up biasa, setiap 4 bulan saya memang check up.. check darah, check level kolestrol dsbnya..

so far semua ok.. kolestrol pun cantek-cantek je.. riso le..teman udah badan cap gajah kan.... tp Alhamdulillah test yang dibuat 2 minggu lepas, tadi doktor kata kolestrol level ok. cuma potasium masih low, 3.6 kata doktor, biasa 5 yg ok.. ubattt lagik... kencing manis free... beberapa bulan lepas pun ada buat ujian, scan tengok salur darah, buah pinggang bagai, sebab doktor nak investigate kenapa saya ada young hypertension yang chronic, hasil ujian semua normal, salur darah ok, jantung ok.. dan kata doktor, hypertension tu disebabkan oleh hormon badan saya sendiri, dan keturunan, ye saya mewarisi dari arwah abah, dan arwah maktok. Arwah tok abah saya (abah emak) pun sama, jadi tak dapat saya warisi harta pusaka, hypertension gua dapat beb.

So saya kena sepanjang hidup check up dari semasa ke semasa sebab doktor akan monitor buah pinggang, jantung, tapi setakat hari ni semua baik-baik sahaja. Ada satu ubat doktor kasi, bila makan ubat tu kesannya saya nak muntah, pening dan berdebar-debar. Doktor perempuan berbangsa India yang merawat saya tadi sangat ok. Pengalaman saya bertahun-tahun check up, doktor India dan Cina baik sekali, mereka akan terangkan keadaan kita dengan jelas dan terang, selalu tersenyum, dan tenang. Saya tak tau kenapa saya lebih selesa, berbanding doktor bangsa sendiri yang bagi saya garang dan serius. Tak semua tau.. ramai juga doktor melayu yang baik dan ramah. Dr. J kat O&G tu tetap doktor yang cool bagi saya. Kat klinik medical yang 4 bulan sekali saya pegi ni pun ada juga doktor melayu yang baik, cuma mereka kurang mesreee pelanggan, buat kita lak takut-takut.. ahahah orang nak check kesihatan ni sokmo suspen... ye la fikir, naik ke bp aku?? naik ke kolestrol level aku?? ujian darah cemana...

Tapi pengalaman saya dok buat treatment kat hospital putrajaya, doktor dan nurse semua ok. baik-baik... cuma masa menunggu je la lama sikit, apa nak buat.. nama pun spital gomen, tapi saya selesa sebab semua rekod kesihatan saya kat situ. Padahal boleh je kalau saya nak check up kat hospital swasta, sebab kompeni laki mak cover nakkk tak yah keluar duit nak pegi spital swasta, tapi saya maleh, satu jauh, pastu rasanya ubat dia kasi kang sama gak kot. Facilities kat hospital putrajaya pun dah canggih manggih dah rasanya, ada lab mereka sendiri, so tak yah nak hntr sample darah ke lab lain. Terpulang pada masing-masing.. Cuma jangan la harap service mereka cepat, sebab mmg ramai patient setiap hari.


Ok, nak tito...kepala berdenyut-denyut lak..

5 Komen:

sitinaminah02 on 4:51 PM said...

doktor kata, makan kena pantang tak? besanya, suma ni mai dr penyakit.

ieda on 8:09 PM said...

hospital gomen kalau dapat siap selesai semua cepat tu mmg magic la..
doktor dok kat klinik dari 9 pg sampai 3 ptg tak keluar lunch break kira biasalah tu..tambah2 klinik medical.
anyway...syabas to pnut sb semuanya di paras normal..saya punya cholesterol pun borderline tau.

Zareda Norman on 10:34 PM said...

hospital gomen pun ok cuma kita kena sabar sikitlah..

Hayati on 7:23 PM said...

hospital swasta pun kalau ramai orang kena tunggu juga. cuma gomen punya ni agak luarbiasa sikit la ramainya.

Aini Razali on 11:18 AM said...

hospital ok tak ok bergantung pd kakitanganya. biasalah nama pun manusia ade yg commit dan dedikasi pd pekrjaan ade yg sebaliknya.
oleh sbb saya keje kat govt hospital, so kena lah sokong dan promote tmpat bekerja kan.. baru lah enjoy idup nie..
hospital swasta? no komen sbb den tak mampu lagi. kalo mampu pun pikir 2-3 kali jika benar2 terdesak lah...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino