Monday, January 31, 2011

Sharing is caring-Jaga orang tua.


Kenangan.. Arwah ayah mertua saya..dan emak mertua saya, tahun 2007, masa ni kami baru berpindah, kedua mereka uzur, tetapi adik ipar saya bawa arwah dan emak mertua datang ke rumah baru kami masa ni, saya belikan pokok mangga, dan pakcik gebu suruh arwah tanam.. Kini pokok mangga tu makin membesar, kenangan tangana arwah yang tanam, untuk anak cucu kenang-kenangkan..

Masa ni mak mertua saya masih boleh berjalan lagi, walau uzur, tapi masih boleh bertatih.


Kini wajah tua ni semakin uzur, dimamah usia. Ini gambar tahun lepas. Sekarang semakin uzur.




Tak pasti sampai bila dia akan bersama kami..




Lelaki ini banyak membuka mata dan hati saya. Ya dia tak romantik dengan saya, tapi dia romantik dengan ibunya. Sering!!


Saya terima hakikat itu.. kerana taraf saya jatuh no.5 beb...
saya seringkali ingatkan diri dengan kisah ini


"Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)"

Nampak tu? kita ni isteri duduk no. 5, sekarang saya up sikit, no.4 sebab ayah mertua saya sudah tiada. Ini untuk anak lelaki ye.. kalau perempuan lain.. suami tu tetap terpenting selepas Allah dan Rasul, ada kisah juga, seorang sahabat Rasulullah, yang tidak keluar rumah menziarah ayahnya yang sakit, dan sehingga ayahnya meninggal dunia, dia tak pergi ziarah, kerana tidak dapat berhubung dengan suami dan minta izin, (kita sekarang lain la, ada sms, email sebagainya kan?) akhirnya ayahnya yang meninggal dimasukkan ke syurga kerana ketaatan anak dia itu. Kita mampu ke?? seikhlas hati saya sendiri tak mampu kot. Cakap boleh la, tapi nak buat belum tentu. So selalu kena ingat-ingatkan diri kita dengan kisah-kisah yang memotivasi diri sendiri.  

kenapa saya tulis ni? sebabnya minggu lepas, sorang kawan lama saya mai rumah, masa tu dia ternampak emak mertua saya yang uzur, duduk dibirai katil dan menjerit-jerit (peel biasa orang tua yang agak nyanyuk) bagi orang yang tak pernah menjaga orang tua, perkara ni agak asing. Dan kawan saya tanya camner jaga? Saya cerita la, dulu masa sebelum mak mertua ni ada bibik, memang mak mertua duduk dengan kami, kalau saya kerja bibik saya uruskan, bila saya balik kerja, saya uruskan dia. Kawan saya tanya, kalau dia berak kencing ko basuhkan ke? saya jawab, basuh le takkan nak tunggu laki balik kerja baru nak basuh? Pastu dia tanya citer la sikit pengalaman saya. Sebelum ni juga, saya pernah dapat email dari seorang menantu yang katanya jaga emak mertua yang uzur juga. Siap ambil gaji sebulan tanpa gaji sebab tak ada orang jaga emak mertua dia. Dia tanya camner nak sabarkan diri. Meh say kongsikan.

Ya betul, masa mula kami mengambil emak mertua jaga, dia baru lepas kehilangan ayah mertua dia, emosi dia kacau sangat, cuma mungkin dia tak luahkan kata dia teringat arwah ayah, atau dia sedih, dia meracau, merepek bukan-bukan. Masa tu pakcik gebu amat hilang sabar, dan saya sebagai isteri, dah suami tertekan, takkan kita pon nak ngender tertekan juga kan? saya kena balance kan. Kalau time dia dah mula hilang sabar, saya suruh dia masuk bilik, atau pegi mengeteh ke.. rileks-rileks.. biar saya handle emak dia. Tengah malam 2-3 pagi emak menjerit meraung-raung panggil 'abang wi' (arwah ayah) sebab katanya pakcik gebu tu ialah arwah, dan katanya saya ni merampas suami dia. Dia marah saya tu, siap pakej kena maki hamun, malah ada sekali saya suap dia makan, dia tepis abeh makanan tumpah berterabur, saya sedih, pastu saya tanya dia kenapa mak buang nasi ni? tak baik tau, rezeki ni,  dia marah, dah sepak kaki dia ke tangan saya tengah kutip nasi.

Saya pun tak tau dari mana tuhan turunkan kesabaran kepada saya. Saya boleh pulak tergelak dan cakap "eh, kata emak tak larat, sakit kaki, tapi apsal leh sepak ni, kuat lak tu" then saya cool, saya sorong kerusi roda dia letak dia atas katil, masa nak angkat dia dari kerusi roda, dia sepatutnya tahan kaki dia kat lantai, tetapi dia angkat kaki, saya terkejut, menahan berat tetiba begitu, agak terhempas dia atas katil, dia marah dan jerit... "hang nak bunuh aku ka?" dasss kena ketuk kepala sedas. Sekali lagi tak tau dari celah mana kesabaran itu datang, saya kata maaf..maaf tak sengaja.. pastu dai jerit "ikrammmm bini hang ni nak bunuh aku" huh imejin dak?? cemana kalau tak kuat iman. Kekadang baru je lepas saya suapkan makan, dan tak lama tu pakcik gebu pulang kerja, pastu nampak je muka anak dia, terus dia menangis-nangis kata dia lapar tak makan lagi, bini hang tak bagi aku makan. Cube bayangkan kalau laki sendiri termakan kata-kata, tak ke haru? tapi pakcik gebu know me very well.

Memang menguji kesabaran, jangan tuduh anak-anak yang ada emak uzur dan nyanyuk ni sebarangan tau.. sebab hanya yang melalui je tahu macam mana hakikat dan situasinya. Bibik yang jaga dia ni pun kami kena 'racun' dengan kata-kata agar dia sabar, bukan senang. Kadang tu, depan mata kita, dia kata tak mau makan, then bibik buang la baki nasi tak abeh, pastu bila nampak anak dia mai, dan-dan dia kata dia tak abeh makan lagi, bibik buang nasi dia. Padahal depan saya tu dia kata tak mau makan dah, kenyang. Wooo kalau nak cerita panjang, tak abeh. Cuma satu je, kena motivasi diri sendiri.

Antara caranya ialah saya cari hadis, Nas, dan kisah teladan yang berlaku masa Rasulullah dulu, baca dan hayati, secara tak langsung, kita boleh dapat semangat. Pernah ada satu kisah, seorang lelaki ingin mengikut Rasulullah pergi berjihad, kemudian Rasulullah yang tau ibunya uzur, kemudian Rasulullah bersabda, pulanglah jaga ibumu yang uzur itu, pahalanya sama dengan mengikutku berjihad. (saya tak ingat details, tapi gitu la lebih kurang) tu dia... pikiaq tengok la.. kita ni bukan askar yang nak pi perang dengan musuh zaman moden ni, tapi kita berupaya dapat pahala sama dengan pejuang islam. Bodoh dan sia-sia orang islam dakwa mati syahid, dok bom diri sendiri tu.

Banyak kisah di zaman Rasulullah yang boleh kita ambil iktibar. Kisah pemuda yang menggandar ibu tua dalam cuaca yang panas terik sehingga dia keletihan (untuk mengerjakan haji), usahanya itu tidak sedikitpun dapat membalas jasa ibunya. Ada juga kisah sahabat yang tidak mampu mengucap ketika penghujung hayat, semata-mata kerana membuat ibunya tersinggung.

Bila saya cerita kat kawan saya pengalaman tu, terus dia cakap. "Ishkkk aku tak tau le kalau esok-esok mak mertua aku dah macam ni, boleh ke aku nak jaga?" saya cakap kat dia "Ingat camni je.. ni nasib mak mertua kita, nasib kita tua esok tak tau lagi macam mana, kalau panjang umur? ni nasib mak mertua aku, anak-anak mau bergilir jaga, dia nyanyuk marah-marah, dia tak sedar kot, aku pun tak tau esok kalau aku panjang umur tua, entah-entah aku lagi teruk, kita tak tau akan datang cemana kita kan?"

Dan sebenarnya Allah panjangkan umur orang tua kita, sebab nak bagi kita peluang berbakti kepada mereka. Dan dengan izin Allah, dia beri peel orang orang tua yang uzur ni pelbagai ragam, kerana hendak menguji kesabaran anak-anak. Siapa yang sabar, siapa yang tidak. Kena selalu ingat.

Harap kalau ada yang was-was dengan diri sendiri nak jaga orang tua, lebih lagi mertua, kot satu hari nanti akan tiba masanya, ingat apa yang saya share kat sini, dan sama-sama kita semai kesabaran yang tinggi, agar dapat buat yang terbaik.


24 Komen:

najmi on 11:09 AM said...

serius saya pulak rasa terharu baca entry wenco yang ni. Satu sebabny wenco sabar untuk menjaga mak mentua. ha3.. yg part mak mentua wenco ngadu kat ayah am yang wenco tak bagi makan tu sebijik macam dalam drama tv. Semoga wenco terus sabar dan kuatkan hati untuk menjaga orang tua.

cikgaban said...

salam kak pnut..

ni la entry akak yang paling menyentuh hati saya.

kagum dengan ketabahan kak pnut jaga mak mertua mcm mak sendiri.kagum dgn kesabaran kak pnut.

semoga Allah swt terus beri kekuatan utk kak pnut dan semoga sape yang membaca ni amik iktibar dan jadikan panduan.


:)

thanks kak pnut. sy suka sgt entry ni.

Anonymous said...

kak Pnut...
uhuks... akak buatkan saay teringat emak di kampung.. andai kata tiba masanya nanti, mampukah suami saya jadi macam hubby akak, mampukah kakak ipar, dan adik ipar saya jaga emak saya macam emak mereka?

dan teringat juga, andai emak mertua pun uzur nanti, mampukah saya jaga dia??

thanks atas entry ni kak, betul buat saya berfikir, hidup tak selamanya kita diatas...

Leeza

ayobkelubi on 12:15 PM said...

tabik untuk kak pnut dan abang meor. semoga saya kuat untuk menjaga emak dan ayah saya bila masa mereka tiba nanti.

Amyz! on 2:11 PM said...

Rasa nak menangis baca entri ni. Semoga Allah akan membalas jasa2 akak pada mak mertua akak dan sentiasa memurahkan rezeki, merahmati akak sekeluarga. amin.

The Fabulous Mommy to myDouble A! on 2:12 PM said...

Salam kak....

Astagfirullah....besar sungguh pahala yang sedang akak galas

Tahniah kak!! entry yang sangat menyentuh perasaan saya

Semoga kekuatan dan ketabahan kekal bersama keikhlasan akak..

Semoga saya boleh jadi spt akak satu hari nnt, sekiranya tiba peluang seperti ini utk saya.

xsangka....i pun tangga ke 5 :p

Pnut on 2:38 PM said...

Najmi-thanks.. ni drama kisah benar..eheheh

Cik Gaban-Insya-Allah, akak pun harap sentiasa ada kesabaran..

Leeza-Insya-Allah boleh, selalu tanam dalam diri kenangkan nasib kita tua nanti macam mana, kita akan motivasi diri sendiri

Ayob-anak lelaki kena pikul dan galas tanggungjawab tu..

Amyz-aminnnn moga Amyz pun murah rezeki..

Azah-ye no.5 kita ni.. jangan lupa noooo

ZuNas77 on 2:47 PM said...

sedih hati ni baca entry akak kali ni. Mmg bkn senang nak jaga org tua yg sakit and nyanyuk. Arwah mak zu dulu tak sampai nyanyuk. Tp ada la story mory yg tak enak dia ckp ktorg tak kasi makan, tolak dia kat tepi jalan apa suma. hehehe..Tp ktorg adik beradik gelakkan je la. anggap dia buat lucu saja nak mencuti hati.

mmg kena ada kesabaran maha agung nak jaga org sakit. Zu sndiri rasa tak mampu nak jaga nasib ada kakak yg pernah jadi nurse bertahun dulu, so ada experience. bkn senang nak2 dia dah terbaring je takleh gerak sendiri kan. ada teknik sendiri nak angkat and alihkan..

mmg stuju dgn akak, apapun igt masa kita nanti mcm mana. Itu je kekuatan if kita rasa mcm give up ke apa. And alhamdulillah kami adik beradik rasa puas dpt jaga emak walaupun kejap, walaupun mcm2 cabaran, walaupun mcm2 susah. sbb yg penting dia ada anak2 yg mampu jaga dia sedikit sebanyak. Bila dia pergi kami rasa perasaan mcm redha sbb kami tau kami dah cuba buat yg terbaik utk mak..

semoga emak abg meor di panjangkan usia utk memberi peluang anak2 dia berbakti selagi mampu..

Dee on 3:13 PM said...

sabarnya ko kak..kagum dee..tp menjaga org tua mmg menuntut kesabaran yg tinggi..dee dah pun mengalaminya..

sitinaminah02 on 5:12 PM said...

sayu je tengok pakck gebu layan mak dia. alhamdulillah, sejuk perut mak mengandung dapat anak macam ni. dan menantu yang baik.

MA on 7:42 PM said...

*tekan butang LIKE patratosjuta kali*

Anonymous said...

kagum saya dengan kak pnut. saya pon pernah menjaga mak mertua saya. masa tu baru setahun arwah ayah mertua meninggal. die tak nyanyuk tapi slalu berhalusinasi. takut tak kena tempat. tak boleh tgl n slalu ketul pintu tgh2 mlm spi suami kena tidur dengan dia hampir setiap hati.

tp mujurlah dr segi fizikal die masih kuat boleh uruskan diri sendiri. cuma byk terasa dr segi sikap mcm kak pnut ckp la..slalu cite yg buruk2 psl kite kat adik beradik lain n org luar.kekdg tu bile pegi ke mana2 pon org pandang lain mcm jer. tpt sy ni pekan kecik je. kalo org buat cite mmg cepat tersebar.

sy berdoa dikurniakan kekuatan dan kesabaran mcm kak pnut.sesungguhnya mmg bkn sng nk menjaga org tua. mungkin sbb tu rmi org tua yg berada kat rumah org2 tua. sebab tak semua org mampu nk laksanakan tanggungjawab mcm kak pnut. btul, org yg tak mengalami takkan faham ape yg kite alami.

-erma

oren said...

you earn my respect!!

suka gambar pakcik gebu suapkan mknan kat mak dia..harap, sok2, najmi dan aleesya dpt jaga akak laki bini camnih..

ieda on 7:34 PM said...

moga yg terbaik utk pnut & family...
saya dah lalui semua ni.almost the same.tapi lebih teruk sebab both parents uzur serentak.mmg penah nangis sb mak marah tp saya faham masa tu dia tak ingat.so nangis sorg2 dlm bilik.
alhamdulillah ada kakak yg sabar walaupun kdg2 dia breakdown & saya plk kena motivate dia.rumah kami dekat2 so anytime dia perlu dia akan panggil saya tak kira siang atau mlm.suami tak kisah sb katanya itu saja yg termampu dia bantu...kebenaran utk saya keluar rumah menjenguk ibubapa tak kira masa.
tapi overall..ikhlas cakap..saya masih terkilan sebab terasa apa yg saya buat dulu adalah tidak mencukupi utk mereka..i shud have done better...
moga kesabaran pnut & suami serta anak2 sentiasa ditahap maksima.

crisda79 on 9:35 PM said...

saya kagum! semoga akak sentiasa tabah dan diberi kesabaran yang berterusan amin..

Mama_anggun on 5:48 PM said...

salam k.pnut,

sy amat mengkagumi cara k.pnut handle mak mertua...sy pun skang nih dok jg mak mertua gak...dia tak nyanyuk tp ada masalah depression...takut dok sorang2...dok mengadu anak2 tak amek tau la...cam2 la...psl sy dia gi ngadu kat anak2 dia pun sy tak tau la...tp sy ikut nasihat akak...niat tuh kena betul...bukan senang nak dpt pahala...tp sy risau plak kot mak sy sendiri jeles...dia kat kg...adik sy ada temankan...dia sihat lg...tp org tua...biasa la..ada la time2 sakit...

jenuh jugak kak...nak kuatkan semangat tuh...iskk...akak je la yg jd sy nyer panduan...time kasih kak...

pyanz on 8:47 PM said...

semoga Allah membalas segala kesabaran dan kebaikan anda dengan keberkatan hidup.. dimudahkan segala urusan duniawi dan akhirat.. amin

\supian

Zareda Norman on 10:33 PM said...

ya pinut jaga orang tua memang perlukan kesbaran apatah lagi kalau org tua sakit dan nyanyuk.. tapi berkatnya menjaga mereka hanya Allah sahaja yang tahu..

teruskan pinut, mudah mudahan Allah memeprmudahkan dan memberi kesabaran penuh.. InsyaAllah

Anonymous said...

terima kasih untuk entri ini..
saya harap dpt bersabar dgn kerenah mak sendiri (mak mentua tak ada dh)bila dia dh tak berupaya kelak sbb sekrg pun sgt mencabar kesabaran saya..

salam,
misha

Anonymous said...

Tabik kat pnut. Seriously, kalau jaga mak bapak sendiri, lain.. kalau mak in laws, lagi pulak, dah nyanyuk atau mc ada readers kat atas tu, mak mertua yg depressed, hmm... saya setakat ni mcm tak berapa nak blh terima... cuba2 jugaklah ingatkan diri saya... saya berdoa agar bila saya tua, saya xkan menyusahkan anak2 saya, x kecik hati dgn anak2 kalau anak2 sibuk dan x dpt nak berkunjung selalu. Dan akan faham anak2 ada keluarga sendiri dan tanggungjwb lain yg nak dipikul. Dan sentiasa berdoa agar Allah tetap kan iman saya dan pergantungan saya yg tinggi pada Allah sehingga ke akhir hayat. x ungkit2 dgn anak2 atas segala apa... Ya ALlah, jadikanlah aku org yg ikhlas mendidik anak2... x mengharapkan apa2 drp mereka.

Pn alia a. k. a musliah on 4:21 PM said...

salam sis~ tabik springlah...sis tergolong dalam org2 yang sabar..saya harap saya pun dapat mencontohi sis...

saya juga menjaga mertua yg berumur 90an sgt uzur..tidak boleh berjalan sendiri..semua kn bantuan...mertua saya sgt baik..tp agak senetif cz dia nak kita mengadapnya sentiasa ...saya punya ank kecil 6 thn dan 3 thn yg boleh thn ragamnya...bila pergi umah ank lain cerita pasal kita..bila dtg umah kita citer pasal anak lain...tapi saya x kesah saya sabar...saya ikhlas coz kesian ank2 lain susah sgt nk jaga...lg pun mertua ada ank perempuan sorang saja...8 lagi lelaki...tp saya tak tahulah kenapa kakak ipar saya tak nak jaga...padahal mertua selalu tanyakn dia..dan sgt sedih bila kakak ipar saya langsung tak mahu jenguk mertua..padahal ipar saya ibu tunggal...dan saya tahu mertua saya suka duk ngn saya coz saya melayan dia bagaikan permaisuri....memg kesabaran perlu tinggi dan ikhlas....bukn saya nk tunjuk...tapi umur saya baru 29 tahun...sepatutnya kakak ipar dan birAs yg lain lg kuat kesabaran dari saya kerana mereka lebih tua....

niat dihati saya....biarlah mertua bersama saya selagi hayatnya ada...cz saya sgt sedih bila diperlakukan oleh ank2 yg tak bertanggungjawab!

Pinkjambu on 7:43 PM said...

kan best kalau blog buleh like macam facebook, saya kagum dan saya semangat baca kisah kakak.. terima kasih kerana share cerita.. sebak saya membacanya :)

Fafa said...

tq share... baru pas menangis kena pukul dgn nenek yang uzur dan nyanyuk gak (usia dah menjangkau 97 tahun).. memang mencabar keikhlasan.. Saya akan ingat kisah ni.. semoga kita dikurniakan kesabaran dan istiqamah

IT'S ME IBIE... on 10:29 AM said...

Saya br 4 bln jaga mentua yg uzur... kdg2 rasa sedih rs x tertangung... mula menguji keikhlasan dn kesabaran... sy ign meluahkan kpd suami ketidakmampuan saya... tetapi sy x sampai hati memandangkan dia 2 beradik jer.. kdg2 sy perlua kawan untuk luahkan semua..tp apakan daya... telan dn hadap

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino