Tuesday, February 08, 2011

Krisis Mesir, ingat sonang ke wei misi bawa balik rakyat kita?


Krisis kat Mesir.. Makin meruncing kan?

Kalau saya masih Wisma Putra, saat-saat adanya pergolakan luar negara, adalah berdoa agar tidak kena bertugas di bilik bertugas 24jam. Gila sebok, makan pun tak sempat. Telefon sure bertalu-talu, dari ibu bapa, dari keluarga yang ada sedara kat Mesir, dari media. Hahaha boleh demam kalau kena duty time-time kritikal begini.

Actually, saya yang pernah bertugas di Wisma Putra, tau betapa sibuk dan kalutnya nak tangani isu-isu membabitkan rakyat Malaysia bila berlaku krisis, bencana di negara-negara yang dilanda bencana, dalam kes Mesir ni, bantuan dikatakan lambat sampai, secara logiknya kakitangan kedutaan tu berapa orang je yang ada, nak handle bebelas ribu orang rakyat kita kat sana, dengan talian perhubungan diputuskan. bukan kecik tugas mereka. Untuk hantar bantuan dari Malaysia, dengan kapal tentera, kapal terbang, huiii secara normalnya untuk mendapatkan kebenaran melalui ruang udara, atau perairan negara-negara tertentu bukan senang cik kak cik abang oi..

Hahah meh saya story sikit, kita selalu tengok kat PM atau pemimpin kita pegi luar negara kan?? mereka akan naik kapal terbang kerajaan, dan bukan pesawat komersil kan? kalau pesawat komersil senang, tapi kalau pesawat kerajaan/persendirian, nak terbang ke satu-satu tempat, bukan mudah ok. Kita kena minta kebenaran untuk melintasi ruang udara negara-negara berkenaan, katakan Agung atau PM nak pegi Arab Saudi, laluan kapal terbang akan melalui ruang udara katakanlah..contohnya ek... acik ni tak pandai Geografi, kita buat andaian contoh je la.. ko pnut maths tak pandai, geografi tak pandai, sains tak pandai, tak der benda ko pandai.. ok katakan laluan nak ke Arab Saudi tu kapal terbang akan melintasi ruang udara, India, Pakistan, Turki, dan beberapa negara lagi la..terutama negara-negara timur tengah ni. Jadi kita kena minta kelulusan untuk melintasi ruang udara dari negara-negara berkenaan, biasanya urusan ni melibatkan TUDM dan Kedutaan kita di negara-negara berkenaan, dan memang makan masa berhari-hari, malah berminggu-minggu.

Semasa bertugas, saya pernah menguruskan meminta kebenaran untuk kapal terbang Agung mendapat kebenaran mendarat di India, so call Cennai, kata orang kat Cennai kena call New Delhi, pegawai kat New Delhi pulak off HP, masa tu dah tgh malam (waktu Malaysia masih awal) agak kelam kabut. So bayangkan kalau tak push-push, kelulusan tak diperolehi Agung pun tak leh nak travel. Erkk so bayangkan kalau perjalanan dari KLIA - Suadi Arabia tu, berapa ruang udara negara-negara akan dilalui, berapa hari punya kelulusan kita kena tunggu, kalau negara A dah lulus, negara B tak lulus, tak boleh nak terbang jugak lagi. tak kena gaya, tak pasal kena tembak dengan tentera negara itu, anggap menceroboh.

So dalam kes pergolakan di Arab Saudi, mengkomer ingat senang ke PM arahkan tentera hantarkan bantuan hari ni esok depa boleh gerak dah.. Nehiii betttyyy nehhhiii.. Tentera laut kena dapatkan kebenaran kerajaan negara-negara yang akan dilalui perairan mereka. Tentera udara kena dapatkan kelulusan melintasi ruang udara negara-negara berkenaan, malah kebenaran untuk kapal terbang kita mendarat pun kena dapat dari negara mana kita nak landing. Dan untuk dapat kebenaran kapal terbang tentera nak landing di negara tengah bergolak, dan yang bergolak tu tanah Arab yang terkenal dengan birokrasi yang dashat, terrer la kalau dalam masa 2-3 hari leh dapat. kagum di situ. Malaysia boleh uruskan dalam masa 7 hari, amat kagum juga sebenarnya. Disitulah keterreran urusan diplomatik kita diakui. Dan yang persoalkan apesal hantar je satu kapal terbang TUDM, padahal berpuluh kapal terbang kita ada, hello nak dapatkan kelulusan satu pun kerajaan kita minta kebenaran Raja Mesir tuu. dan rasanya tak semua negara dapat kebenaran mendaratkan kapal terbang tentera dia kat Mesir tu, Malaysia boleh kan? soo hebat la kan?? Pastu kalau fikir kenapa dari Kaherah ke Jeddah je kita guna kapal terbang tentera angkut rakyat negara kita? bukan bawa balik terus? as i said la... bukan senang nak dapatkan flight clearance dari beberapa negara yang kita tempuh dari Saudi ke Malaysia ni? itu sebab guna kapal terbang komersil, yang tak perlu kebenaran mendarat, lintas ruang udara sebagainya.

Dalam hal ini, saya pun nyampah dengan isu kononnya kerajaan Malaysia lambat bertindak. Meh duduk kat bilik bertugas tau le cemana kalutnya manusia bekerja disitu. Bukan kita lambat, tapi karenah birokrasi negara lain melambatkan misi kita. Ingat tak dulu kes pasukan bola sepak kita terlepas satu game kat sukan sea kalau tak silap, kes kawan teman seopis lambat dapat kebenaran untuk kapal terbang mendarat masa tu, sampai terlepas satu games, dan player kita terkandas kat airport. gitulah kepentingan dapat flight clearance ni.

Bila saya borak-borak ngan beberapa kawan kat opis baru ni, pasai isu ni baru depa tau.. Kata depa ingatkan nak hantar bantuan, rancang, dan hantar je, tak pernah terfikir pulak nak dapatkan kebenaran melintas ruang udara, kebenaran melalui perairan. tidak ye tuan-tuan dan puan-puan.. so lepas ni kalau ada kawan-kawan opis korang story-story pasal isu bawa balik rakyat malaysia/pelajar kat Kaherah ni lambat ke.. apa ke.. leh la jelaskan.. sebab musabab kenapa ek... leh la kekwat... kata je eh ingat senang nak pegi pun kena minta kebenaran melintas ruang udara/perairan.. nak balik pun sama... jadi bukan plan hari ni esok sampai.. dak ek.. Jadi kejayaan dan kecekapan rakan-rakan saya di kedutaan, di bilik bertugas, bilik operasi, abang-abang tentera laut, tentera darat, memang wajar dipuji. Mereka layak diberi pujian, tapi over le pulak, turun flight bawa banner sepanduk bagai.. sempat pulak tu depa buat banner noooo... ahhaha sesuatu sangat.

ok sekian untuk makluman.

Salam Satu Malaysia

Saya yang menurut perintah.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

hahaha skema ek.

26 Komen:

Unknown on 11:22 AM said...

ooo..gitu..payah gak kak ye??cuma terkilan sket..ade y tak nak balik tu,tp balik gak..bg la can kat org lain nak balik..cam tak mhargai je

ieda on 12:41 PM said...

kepala surat takdak..tetiba penutup bukan main canggih..hehehe.

org boleh cakap apa saja sb tak tau prosedur.biasalah mulut manusia, semua nak tunjuk bagus.saya boleh bayangkan kepayahan buat semua kerja ni sebab tgk suami uruskan laluan konvoi kat malaysia ni ja dah macam2 benda kena buat.nama ja lalu dalam satu negeri.nak pakai polis utk eskot kena minta/buat surat ikut daerah.kalau ada 1o daerah kena lalu maka kena buat surat utk 10 tu.dah siap yg 10 tu,kat IPK kena bgtau jugak.kat bukit aman pun kena inform...makan masa oo..dah minta tu belum tentu dapat lagi.
ni kan plk nak lalu negara orang..macam pnut katalah...silap2 boleh kena tembak sb didakwa menceroboh.

insan kerdil on 1:05 PM said...

ada ketika nya logik akal yang sering nya dicanang2kan dan diwar2kan....akhirnya menjadi sesuatu yang tak logik untuk dipertikai dan diperdebatkan....dengan syarat mereka ini...mahu berfikir...dan berlapang dada...

buat mereka yang lain...:
jangan bicara tentang perjuangan....jika belum teruji dan diuji.....

jangan bicara tentang hati....jika yang hanya ada hasad dengki....

wallahu'alam....

CidaZam on 1:38 PM said...

oooooooooooooooooooooo.... panjang tak??? cida pun baru tahu, maka di sini ingin ku minta maaf secara terbuka pada PM PM, RAJA RAJA... mmg dah berbakol ku menyumpat awat hantar bantuan lambat bebenor... now i know.

Aku on 1:46 PM said...

kak pnut memang best..tq kak pnut!!

Dona on 2:55 PM said...

Itulah kan Kak Pnut. Kita yang pernah turun padang hal-hal gini je yang tau. Hari tu pun masa adik saya tunang kes ini jugak yang sedare mare bangkitkan. Mujur la saya pun pernah urus bencana, paham sangat masalah-masalah yang timbul bila perkara macam ni berlaku. Krisis kat sini berlaku sebab banyak sangat mulut yang terer bercakap tapi takmo siasat. Itu masalahnya. Apa pun, alhamdulillah si Dayah tu berjaya balik awal. Kalau tak, tak tunanglah adik saya. kuikuikui.

Pnut on 3:36 PM said...

She-G-yang tak nak balik sebab katanya next week exam, macam sayang kalo balik depa kena extend lagi setahun katanya..

Ieda-eheheh kepala surat tak dak sebab tak tau nak boh kepala surat apa..ahhaha

Insan kerdil-ayat last tu best... mendalam maknanya..

Cida-hahah tau takpe... kesian org bertungkus lumus tau...

Hanan-undilah akak sebagai calon pilihanraya akan dtg ek..ehehe

Dona-hanya yang tau je tau betapa kalutnya uruskan bencana.. bukan sonang...

MA on 4:09 PM said...

Bagus, bagus...I like! Ada sorang kawan I anak dia pun stranded kat sana...kemain lagi bising walaupun faham hati seorang ibu, tapi dia kena gak faham bukan anak dia sorang kat sana, bukan rakyat Malaysia saja yang meluru2 nak keluar...alhamdulillah now, dah selamat pun sampai2. Apa2 pun kita doakan yang terbaik. Mesti anggota penyelamat pun sakit hati dengar komen2 org padahal diorang lagi lah nak cepat settle-kan misi.

Semlm terbaca paper ada sorang student ni komplen psl Embassy kat sana, bab makan semua orait tp dia kesal diorg tak nak tolong psl tiket, and I went ehh??...habis, kapalterbang pun byk tak dpt keluar...ntah lah...

Anonymous said...

Lagi2 kalau b'urusan dgn negara2 arab,birokrasinya mmmg sgh menakutkn dn sgh tdk Konsisten,nak b'urusan dgn diorg tahap kesabaran kena stinggi yg boleh

Anonymous said...

bagus la ada penjelasan kak pnut ni. sekurang-kurangnya dapat gambaran jelas ttg urusan birokrasi ini.

yang jd havoc bila pemimpin tak pandai nak menenangkan hati rakyat (esp mak pak yang anak depa kat mesir)

bila bercakap tu biarlah tunjuk concern ckit. ni bila dah kena manipulate baru la tukar ayat lain.

pe pun, tabik kat kepimpinan negara sebab dah selesaikan misi ni dengan sgt2 sempurna. bangga!

faraulah on 6:52 PM said...

Kak PNut,

Baru terbukak sikit mata cheq..
huhuhu

aidah on 7:27 PM said...

Salam Pnut,
biasalah kalau membabitkan kerajaan memang terlalu banyak procedure kena buat. Pastu Arab ni pun bukan dikesahnya kita ni emergency ke apa, dia kata Khamis dan Jumaat cuti tetap dia cuti tu pasal la menambahkan lagi kelewatan penghantaran pelajar pulang. Hanya org yg pernah duk kat area Arab je tau perangai pak Arab ni macam ni. Depa bukan peduli pun masalah org. Org kita ni pun kadang kerajaan dah bersusah payah buat yg terbaik still banyak songeh, tak selesa lah tak suka itu lah ini lah macam2. Dah tu nama pun keadaan darurat , janji selamat balik dan selamat sampai udah le

meandbaby on 10:29 PM said...

Saya nk tambah skit..pnut dh ckp pasal ruang udara..saya pulak nk sentuh psl kebenaran utk landing and take off kapal terbang..ni pun bukan satu benda yg senang..dlm keadaan huru hara mcm tu..saya tak rasa control tower di mesir ada full staff..dgn kakitangan yg tak ckp and satu dunia nk mintak kebenaran utk landing..mmg satu perkara yg susah..bukan senang satu-satu airport nk susun slot utk bg peluang sesebuah pesawat utk landing..kang klu tak betul bg slot maunya bertembung kt runway dah jd tragedi lain plak..saya pun tak faham kenapa ada org yg merungut kata lambat..lagi satu bkn sng nk convince commercial flights(mas dan airasia) utk bantu..inibukan cerita nk selamatkan 2-3 org..tp 11000..nway tahniah sebab misi kita berjaya..

aNiS tHe BumbleBee on 10:33 PM said...

salam kak pnut,
mmm..betul sgt2 apa yg kak pnut ckp.ktorg yg kt sri lanka ni mmg apa2 hal refer embassy ja.dulu masa zaman perang2 sri lanka ni lagi laaa...mcm2 karenah kalau kita nk kuar dari negara ni.inikan pula mesir yg mmg tgh huru hara dan jadi fokus dunia skang ni.lagi byk masalah.syukur rakyat malaysia dah selamat sampai...

Zarea106 on 1:07 AM said...

kak pnut..tq for sharing...a good info...tak tau pung susah cenggitu ek...complicated tak semudah disangka wajarlah kita bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yg terlibat.

Unknown on 7:40 AM said...

jawapan yg bagus k. pnut...baravo..bravo.at least ade modal bila org dok mengumpat2 ni...uhhuhuhu

koben said...

kak pnut...
i like statement akak...
tapi kan...ada hikmah sebenarnya...aler...kan kak ros baru balik area-area ctu...hik hik

Angah on 11:51 AM said...

TERIMA KASIH KAK PNUT!!!!!!

bagi pihak rakan-rakanku yang berada dikebanyakan jabatan yang menguruskan benda ni memang angah ucap terima aksih atas explanation tu..

err nak marah sket bleh? 11 ribu tu yang berdaftar ngan kedutaan. yang tak berdaftar lagi ribu riban..yang mngkomplen lambat apake jadah tu kebanyakannya sedara mara rakyat yang tak berdaftar..pastu marah2 plak sbb nama takde..sangat 'pandai' kan..

kenyang makan maki je kita ni

teringat bertugas kat bilik gerakan MKN 24jam dulu2..mmg kenyang makan maki kak..mengenangkan derang ni jahil tak tau prosedur..senyum je la

sitinaminah02 on 3:54 PM said...

org yg pandai komen tu memang tau komen ja, akaiiii tarakkk. haha.

Zareda Norman on 1:01 AM said...

pinut

moral of the story

kerja dengan gomen tak ler sennag mana pun kan kan kan.. wakakaka..

Pokok on 4:02 PM said...
This comment has been removed by the author.
rudy bluehikari on 1:36 AM said...

3 hari dok kat airport....mcm dah tak rasa kaki. paling sadis terpaksa tinggalkan anakanda yg demam demi rakyat malaysia yang nak balik kl via jakarta.

Anonymous said...

pnut, baguih hang kasi educate sikit. depa depa yang dok tulih sana sini kutuk sana sini, depa ingat macam seberang selat melaka aja.
depa dok pi bising bising, gitulah, tak pikiaq habih tau nak cari salah orang saja.

depa ni kena bitau kedaulatan negara maksudnya kalau org nak masuk terbang ka naik kapal ka, masih kena minta kebenaran..

tahu cari silap tu itulah org 1malaysia....

taasub sgt..suma kejaan buat salah.. selalunya kakitgn kerjaan buat kerja sehabis professional.. l
kalau marah yang politik jangan marah pada kaki tgn krjaan..

pada semua belajarlah berfikir sebelum mengata dan mengondem.. kena tahu apa akibat dari kata kata kita

fieza on 10:18 AM said...

Kita perlu bersyukur yang ada inisiatif yang diambil(walaupun agak mengambil masa) nak bawa mereka pulang.

Mana yang tak puas hati atau tak larat nak duduk kat Kaherah hanya dengan luggage 2helai pasang baju dan seluar sahaja dan nombor giliran pulang 5,378 macam adik saya...

Bolehlah beli tikat penerbangan sendiri pulang ke Malaysia :)

Irfa on 4:07 PM said...

LIKE sangat2 entri kak pinut ni.sbb saya keje airlines..saya tau camner susahnya nak dapat clearance untuk melalui sesebuah negara..kang lalu tanpa kebenaran,
tak pasal2 kena tembak ;-)

Pokok on 2:21 PM said...

Mohon Copy n Paste

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino