Thursday, February 24, 2011

Al-Fatihah, buat arwah teman


Syuk..
kami geng INFO96, akan merindui kau..
Berakhirlah penderitaan kesakitan kau..
tiada lagi sms dari kau minta kawan-kawan doakan kau selamat jalani pembedahan...
tiada lagi sms dari kau maklumlah betapa bosan kat menghuni katil wad...
tiada lagi sms dari kau mengusik aku..
tiada lagi sms dari kau ucapakan selamat hari raya, tiada lagi sms ucapan tahun baru, dan segala ucapan kau buat teman-teman..

Syuk..
Kau insan terpilih untuk Allah uji dengan kesakitan yang tau tanggung bertahun-tahun..
Dalam sakit, kau tetap menghiburkan.. kau memang pelawak.

Syuk,
aku tetap ingat kau sebab kau pendiam tak banyak cakap, tapi sekali kau buat lawak, aku dan kawan-kawan lain suka sangat, lawak kau memang menghiburkan hati.

Syuk,
kau antara budak lelaki yang tak byk sakitkan hati orang. Kau cool.. kau cakap bila perlu.

Tapi semalam kau sudah pergi meninggalkan kami semua. Tiada lagi cerita-cerita kesakitan kau akan sampai ke telefon aku. Group kita berkurang sorang. Kami akan rindui kau..Moga kau akan ditempatkan disisi para solehin..Semoga amal kebaikan kau akan diberi ganjaran dari ALlah, itu pasti, dan andai ada kejahatan dan dosa kau, aku sebagai sahabat, aku berdoa agar Allah ampunkan dosa-dosa kau.. Kita manusia biasa kawan, pasti ada dosa kita.

Syuk,
aku sedih la..

AL-Fatihah... Buat arwah Syukri...

p/s sorry pada yang sms dan email minta cerita pasal diet, dan saya janji nak tulis hari ni, tapi saya sedang bersedih, seorang teman seperjuangan yang sama-sama belajar di UITM dulu meningal dunia petang semalam, dan jenazah masih ada dimasjid sekarang, dan saya tidak tahu jalan ke ke Kampung Dato' Harun tu.. tengah tunggu kawan-kawan kalau ada yang pegi, nak tumpang

Geng info... kita hilang sudah satu sahabat susah senang kita suatu ketika...

7 Komen:

SeMaLu SK on 10:18 AM said...

Salam...Al Fatihah...
maaf bertanya...adakah dia Mohd Shukri Jaafar yg juga saya tangisi pemergiannya? kita sama2 merasai kehilangannya...
http://semalusk.blogspot.com/2011/02/al-fatihahmoga-tenang-engkau-di-sana.html

ManjaIxora on 10:28 AM said...

al-fatihah.. semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. amin

The Informist on 10:32 AM said...

Belakungsawa for old friend ~ Syuk.
AL-FATIHAH
Bismillahirahmannirrahim - In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

[Ayat : 2]
Praise be to Allah, the Lord who safeguards and governs the entire worlds.

[Ayat : 3]
Most Gracious, Most Merciful.

[Ayat : 4]
Master of the Day of Judgment (the Hereafter).

[Ayat : 5]
It is You alone (O! Allah) we worship, and to You alone we look for help.

[Ayat : 6]
Guide us to the Straight Path.

[Ayat : 7]
The path of those on whom You bestowed Your eternal grace, not (the path) of those who invited Your wrath, nor those who have gone astray.

tasekM on 10:52 AM said...

alfatihah.

Dee on 2:17 PM said...

al-fatihah..dan takziah atas kehilangan seorang teman..

MushroomCute@Mariea on 9:26 AM said...

Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang dirahmatiNya..

sedey aaaa akak tulis entry mcm ni. terasa betul

ieda on 12:09 PM said...

alfatihah buat arwah...moga ditempatkan bersama hamba2 Allah yg dikasihiNya.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino