Friday, February 25, 2011

Akan merinduiiii


Pagi ni sebelum subuh dah keluar rumah, awal.. sebelum pukul 6, pasai saya akan outstation 4 hari-Penang. Apsal Penang? apsal tak Sarawak? Sabah ke?? koman-koman ke Kuala Terengganu ke? fav place, keropok losong ada sana. Wah memilih sapinat. tampor nak?

Kami ada satu keter je, so kalau saya bawa dan tinggal 4 hari kat opis, tak der keter la kat rumah, susah nak bergerak pulak.. So pakcik gebu ngantor teman ke opis dulu, pastu patah balik, pi keja naik motor. Sanggup tu, saya kabo bawa je la keter terus, keluar lewat sikit dari rumah, then dia terus drive keter pegi opis dia kat Kelana Jaya tu, tapi tak mau dia, nak juga naik motor. Malas jam-jam kata dia. Aiiseeeehh baru teringat, lupa nak beli stok barang basah tinggal sikit.. Ada ayam dan ikan je sikit, Babah nanti beli le apa patut sikit. Pakcik gebu ku ini, bukan reti pegi pasar beli ikan ka ayam ka..sayur ka.. messstiii nak ngan bini dia yang comei ni dia tau acik pilih, dia huloq bayaq. ikan apa, rupa lagu mana dia tak tau.

Semalam saya dan 4 lagi rakan, sempat ziarah keluarga arwah yang meninggal. Sedih sangat-sangat. Terkilan tidak dapat 'bertemu' arwah buat kali terakhir, sebab kami lambat mendapat perkhabaran tentang kehilangan beliau. Tetapi setidaknya ziarah keluarga arwah, kami kira mewakili rakan-rakan lain yang tidak berkesempatan ziarah. Insya-Allah, geng lain.. kita arrange satu hari kita pergi ek...

Arwah meninggal akibat penyakit saraf, bermula dari kaki dia yang sakit, dan kemudian melarat-larat.. dah buat pembedahan, dan kesan paling ditakuti selepas pembedahan ialah infection. Infection yang serius merosakkan sistem badan yang lain. Takotnya.. kata kakaknya sakit saraf tu punca dari low potasium (erkkk like me?) banyak potasium (garam galian dalam badan) hilang dari tubuh, samaada dari kenc*ng atau berpeluh2.. In my case, diet dan minum air masak yang banyak tidak digalakkan kerana boleh nyah potasium dari badan, saya minum sekadarnya sahaja.. and potasium pil tak boleh miss. Mengetahui keadaan kesihatan anda sebelum diet amatlah digalakkan.

Saya janji entry pasal atkins diet version malaysian saya derhaka itu akan saya update minggu depan. Seronok betul dengan diet plan ni, pagi tadi timbang berkurang lagi, menjadikan total jumlah penurunan dari Sabtu 19/2 (hari first) sehingga hari ni Jumaat 25/2 (7hari) jumlah penurunan ialah 2.9kg (timbang digital, kalau timbang biasa, dia kata 3kg+ dah kurang) hahah siap ada dua jenis penimbang kat rumah. teruja kan?? tak payah apa-apa produk, dan paling penting diet ni tak seksa diri, sebab tidak melaparkan diri.

Actually, itu hari kan saya ada kabo, 2mggu saya diet, paksa diri makan oat bagai turun 4kg? itu fasa-fasa saya intro diri kepada diet semula setelah 1 tahun tinggal dan berjaya menternak isi badan dan lemak bertompok-tompok.. 2 minggu saya slow down tune pemakanan semula, dan dalam masa tu saya study pasal atkins diet ni. Saya cuba ikut slowly, macam tinggalkan minuman manis-manis.. then stop breakfast bihun goreng, 2 minggu bagi masa untuk tune balik, dan study atkins, the do's dan the don't during nak buat atkins. Penting kena faham betul. Bila rasa dah faham dan ready nak mulakan, saya set 19/2 start, sebab 2 mggu akan berakhir pada 5/3, yang mana, perancangan kami masa tu nak ke Genting Highlands sambut birthday abang Najmi kat sana pada 6/3, hotel dah bayar, include breakfast, dan kata celebrate birthday kan.. so mesti nak makan-makan seisi keluarga nanti.

So saya bagi diri saya date 5 dan 6 march adalah hari reward. Iaitu hari untuk makan nasi (tengahari sahaja), saya boleh minum teh tarik (kurang manis) saya boleh makan tembikaiii my favourite, makan bihun goreng.. ahahah belum apa-apa haku dah susun menu. Selepas tu saya akan straight continue diet ala kejam tanpa nasi ni 1 minggu direct pulak, then balik kampung.. emmm balik kampung adalah potensi besar untuk segala neka diet akan musnah. Knowing Cik Lela, kalau anak cucu dia balik, kompppeeeemmm dia dah plan nak masak tu, nak masak ni. Pastu dah balik Sp tak pekena char keow teow??? Laksa??? bihun sup???  itu satu perkara salah dari segi undang-undang makanan harus dimakan.

Jadi minggu depan saya story ek... dan berita gembira dan pemangkin semangat semua... kalau dihitung jumlah penurunan saya dari sebelum atkins + 7 hari atkins ni... berat saya sudah menurun sebanyak hampir 7kg.. yahooooooo 4kg 2 mggu sbl atkin, 2.9 (1 mggu atkins) total 6.9kg... 3 minggu beb.. amek herba life dulu pon tak cenggini.. cissss... so sile la percaya, rendahkan pengambilan karbohidrat, jangan minum minuman manis-manis, dan badan bakar kalori (dari karbohidrat dan glukose) dan bila dah abeh, dia tak der choice dia akan guna lemak yang ada dalam badan (dari protein, ayam, ikan telur, daging) untuk dijadikan tenaga dan pembakaran lemak yang berlaku dan bukan kalori yang dibakar. Itulah teorinya. dan hasilnya lebih laju bakar lemak dari bakar kalori ye tuan-tuan dan puan-puan.

Erkk nanti cerita lanjut, wooo ramai ooo call, sms, email pm inbox FB tanya pasal ni... tunggu ek.. entry tu masih draft, panjang gile penerangan.. nanti saya cerita panjang, korang print dan baca, faham..dan jom atkins.

9 Komen:

Anonymous said...

salam,
Wah tahniah semoga terus cekal.Reward diri tu mesti,pas tu ulang balik diet tu..nak join juga boleh dak?nak buang lelemak kat perut,punggung n paha je...boleh dak?
Kak Wan

sitinaminah02 on 12:00 PM said...

dah turun 7 kilo tu, kalo balik kampung, naik balik 10 kilo. kah3x. ce cite. ce cite.

Anonymous said...

ai ade terai diet atkin tu..memang mencabar..

eh! jom kita bukak kelab diet-mendiet nak..ecececeh!

Pnut on 4:16 PM said...

Kak wan, eheehh boleh kak, try la...saya pon tatau..

GC-akan ku pastikan badan tak naik... takotla..seksa oo nak turun7kg pon...

MDT-kami ada group kat FB.. mahukah join..moh le..add teman dulu

Farihah on 6:07 PM said...

kak pnut, saya pun ikut diet atkins nih..:)..masuk next week selasa,dh dua minggu for phase induction..1st week hari tu 3 kg turun..:)

kalo siapa2 nk ikut..its better fahamkn dulu ape atkins diet..dan buat senarai apa yg boleh mkn dn x boleh mkn...

the best thing, sy leh mkn fav sy...ikan, telur, daging..dan kakak sy pun dh mule nk ikut gak..:)

selaamt berjaya utk semua yg nk mencuba! :)

Zareda Norman on 5:17 PM said...

pinut

jaga jaga chef pinut.. takut naik gedeboom plak nanti...

cer citer cer citer sikit pasak atkin diet tu

amrie on 7:56 PM said...

alhamdulillah...ni hari ke 7 saya buat atkin diet ni... yeay... saya turun 7kg!

2 hari pertama tu mmg mencabar la... sbb xde nasi semua tu... kepala pun pening2 sket... lagi pulak banyak nak kena minum air kosong... sy ni dah la alergik sket kat air2 x berwarna ni... hahaha..

tp hari ni bila timbang... rasa berbaloi la... segala penyeksaan tu... start diet ari tu berat 87kg...saya nak make sure berat saya turun sampai 70kg b4 adik saya kawen bulan 6 ni (motip org lain nak kawen, org lain lak yg sibuk diet? hahaha)... pastuh x nak diet dah... kira maintain je makan semua tp dalam kuanti terkawal la... bak kata kak pnut la kan... "berterusan nak atkins ni ishhhhkkk bukan malaysian la..." =}

farae al-farafisya on 10:29 AM said...

alamak, macam bagus je diet atkins ni..
boleh diikut ni...

AuntieYan on 4:04 PM said...

Salam P-Nut,

Kak Yan pun dah turun 4 kg. Ha!...ha! tui pun tak ikut strictly,
Siang makan jugak nasi seciput, makan sayur bebanyak. Malam tak makan nasi...tengok saja! kurang minum air manis. Banyak minum air kosong.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino