Friday, January 07, 2011

Umur 12 tahun tapi belum mahir membaca?


Dari FB my cousin, cikgu Fidah..

Write numbers in words:
Ting 1 tak tau tulis... hu hu hu... Macamana nak ajar sampai hujung tahun.. Mula2 bagi angka besar... Tunggu tak jawab2... Last2 tukar ke yg paling senang... Adoiii tak tau jugak!!! Cabaran tul.. Kalau anda guru ting 1 Maths... Apa pendapat anda? Nak buat apa?


Sedihlah kan? Menurut cikgu Fidah lagi, ada antara mereka yang tidak tahu membaca dan menulis pun lagi. Form 1 tu. Kalau dibandar-bandar anak umur 5 tahun tak pandai membaca lagi, parent dah gelabah. Kenapa perkara ini terjadi ek?

Berikut disiarkan petikan komen dari FB beliau (ye ayat skema, saya tau)


Cemanakah kita rakyat Malaysia dapat membantu?? Kalau saya dekat, saya volunteer, setiap Sabtu pagi mengajar budak-budak ni membaca, dan semoga mereka dapat membaca. Mereka tidak boleh terpinggir dari negara sendiri, negara kita yang rakyat Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Kemboja katakan makmur dan maju. Mereka berhak mendapat pendidikan terbaik dan sewajarnya.
 
Mereka tidak perlu untuk dididik sehingga boleh mendapat berderet A dalam setiap kali periksa, setidak-tidak mereka boleh membaca, menulis dan dapat memahami pelajaran sedikit. Anak-anak ini perlukan kemahiran, mungkin ditangan mereka ni ada kemahiran bertukang, ada kemahiran repair motosikal, (jangan jadi mat rempit sudah), mereka kena dihalakan minat ke arah situ. Atau ada diantara anak kampung ni jaguh menyelam dalam sungai, berenang dengan stamina yang bagus, atau pandai bermain bola, kita arahkan kelebihan yang mereka ada.
 
Mungkin kita tak mampu nak jadikan mereka seorang engineer yang hebat, atau seorang doktor yang bertugas merawat pesakit, tetapi mungkin mereka boleh menjadi atlit negara? mungkin mereka boleh menyumbang emas dalam acara olahraga? Entah saya pun tak tau, saya bukan berada dalam bidang pendidikan, dan tidak tahu apa masalah dan beban guru. Sudut pandangan saya adalah dari persepsi seorang rakyat biasa. Hanya guru-guru je tau apa masalah mereka dan apa yang sudah mereka lakukan.
 
Saya terfikir kenapa perkara ini berlaku? di sekolah rendah, apa yang cikgu-cikgu sudah buat? usaha pemulihan mereka? atau dah cuba sedaya tapi budak ni bebal juga sampai satu tahap cikgu give up- 'lantak hang la, tak larat dah aku nak mengajaq' Sangat kasihan.
 
Ok well ini menimbulkan ilham kepada saya, kepada yang mem-follow blog saya saban tahun pastinya mengetahui, saya kebiasaannya mengumpulkan wang, baju terpakai, buku-buku yang biasa didermakan ke rumah anak yatim atau rumah kebajikan. Thanks kepada my reader yang selalu memberi sokongan tidak berbelah bahagi (ayat feeling diva okeh) Tahun lepas je lebih RM1000 dikumpulkan, dan beratus-ratus di spend untuk membeli buku, tahun lepas banyak dibeli buku-buku latihan untuk anak-anak sekolah rendah, beli educational games, dan kanak-kanak yangbermuka riang apabila menerima berkotak-kotak buku bacaan itu amatlah priceless. Besar pahala kalian yang menyumbang ilmu bacaan kepada anak-anak itu.
 
So untuk tahun ini, sumbangan boleh mula diberikan, kebiasaannya book fair akan terjadi pada penghujung march, atau awal april, tetapi untuk tahun ini kejadiannya saya belum pasti, dan saya membayangkan, kita akan dapat mengumpul lebih dari tahun lepas, dan yang amat pasti, saya akan belikan buku-buku bacaan untuk anak-anak luar bandar yang miskin bahan bacaan ini. Dan besarlah harapan kita, agar mereka suka membaca, dan dengan ilmu yang mereka dapat, mereka akan berubah menjadi lebih baik. Please sms me, atau email me, untuk mendapatkan no akaun, kita kumpul sikit demi sedikit, by the time book fair tiba, kita ada banyak duit untuk kita bershopping buku. Sekarang pun dah ada beberapa ratus yang dibank in oleh mereka-mereka yang prihatin, yang dapat tunggakan gaji, yang dapat duit bonus, yang dapat duit nuffnang, oh sangat terima kasih.
 
Balik kisah anak keciciran itu. memikirkan untuk menyalahkan siapa yang bersalah dalam hal ini tidak menyelesaikan masalah, baik kita fikir bagaimana nak selesaikan masalah, antara kita yang jauh-jauh ni boleh buat, memberikan bahan bacaan yang sempurna untuk mereka. Bak kata Tan Sri Mokhtar "lebih baik kita menyumbang sedikit, daripada tidak memberikan apa-apa" ya betul.. baik buat sikit dari tak buat apa, esok mati tak der kepuasan, sebab ada benda kita boleh buat untuk bantu orang, tapi kita memilih untuk tidak buat. Sedikit sumbangan kita, tapi besar impak kepada penerima.
 
Saya happy je bila melihat nilai RM10-15 ringgit yang didermakan, happy kerana, mungkin dia punyai komitmen kewangan kepada perkara-perkara lain, tetapi tetap juga ingin menyumbang walau nilainya tidak sebesar mana, hati yang mulia itu jauh lebih berharga, tiada nilainya.

15 Komen:

Unknown on 11:58 AM said...

kak pnut..maaf
slama ni silent reader..terpnggil nak komen sket..ni pendapat sy ok..so jgn sentap2.. :)
pasal apa guru skolah rendah buat sampai anak murid y ke skolah menengah tak tau bca dan menulis

kak..sy pernah menitik air mata tgk budak macam tu..krn ya,dia seorang MELAYU.mgkin benar ade ckgu y mjadi ckgu krana tiada pluang kerja maka mudah membiarkan anak2 ini,mudah give up.tp cuba juga lihat penat ellah ckgu zaman skrg..
kerja nya pergi pagi..lebih pg dari y keje opes.baliknya lebih lewat dari y keje opes.dah balik nak buat rancangan pengajaran seme bagai...rumah dah jadi opes.itupun buat tanpa OT ape..sy pernah bertanya..tak cukupkah mase kat skolah maka seme dibawa balik??jawapan:terlalu bannyak bnda nak dibuat di skolah.ckgu pgg jwatan itu ini..kena buat itu ini..krja2 penkeranian pun ckgu buat.dan skrg satu budak satu fail untuk satu subjek.nak buat dek bnda tu??kalo naziran datang bnda itu y diorang akan tgk..budak2 boleh diajak komplot.buat bnda mereka dah tau sgala..berlakon dpn naziran walopon budak tu sbnrnya macam kat entry tu..skolah skrg terlalu mengejar nama,bukan macam dulu(cakap bajet macam dah tua..hahaha)
sy rindu skolah dulu2 kak..dimana sy sngt snjung ckgu..layan kami macam anak..skrg???jgn salahkan guru juga..hmm..banyak lagi kalo sy nak tulis,tp nnti jadi entry lak..hahaha...sistem pendidikan skrg sy rasa keterlaluan,tak macam dulu...
ini pendapat saya...y bukan seorang guru,cuma mmerhati secara diam2 guru2

aidah on 12:04 PM said...

Salam P-nut,
setuju gak ngan pendapat she-G tu. Dimana silapnya sistem pendidikan sekarang pun tak tau nak kata. Walaupun akak bukan guru tapi akak kesian tengok guru2 yg bekerja. Keluar pagi balik sampai petang. kalau yg sekolah menengah tu adalah rehat sikit sebab anak murid dah besar boleh berdikari sikit. so persatuan /unit beruniform they all boleh handle sendiri. Tapi kalau guru sekolah rendah akak tengok serba serbi guru kena buat. Di sekolah anak akak disediakan kelas pemulihan yg bertujuan untuk memberikan lebih tumpuan kepada murid2 yg lembab ni tapi yg kesian nya guru tu dah bertungkus lumus mengajar budak2 tu tapi bila bagi kerja sekolah tak pernah nak siap. Sampai cikgu tu ke rumah pelajar berkenaan tanya ibu bapa. Cikgu tu kata bukan pelajar je bermasalah mak bapak pun bermasalah jugak. At last cikgu tu macam putus asa je. Akak tanya kalau dah sampai darjah 6 tak leh membaca macam mana, cikgu tu kata pandai2 they all nak pulih kan diri sendiri. Siapa yg harus dipersalahkan.

Zareda Norman on 12:43 PM said...

pinut
entahler kan.. di mana silapkan sistem pendidikan kita. kalau nak kata kerja banyak, zar fikir semua penjawat awam kerja banyak, takat bawa balik kerja ke rumah dan kerja sampai kol 1-2 pagi tu biasa.

adik ipar zar dua org cikgu, cik hubby zar pun bekas cikgu. mmg dengar cerita dia, mmg ada dah drjh 6 pun tak reti membaca, dah cuba tusyen, dah cuba kaunseling, dah jumpa mak bapak.. zar fikir pendidikan anak ni bukan serah bulat2 pada guru aje. mak ayah pun berperanan sama.. janganlah sampai doa makan pun harap cikgu nak ajar, pendidikan kan bermula dari rumah. tp kalau rumah dah bermasalah, JKM perlu berperanan juga. masalah ini tak berkesudahan, yang sudahnya budak yang tak reti membaca.

Anonymous said...

Salam,
Ni pendpt ina yg jd guru..
Sebenarnya utk pelajar2 yg x pandai baca ni, setiap sekolah mmg & wajib ada program khas yg dipantau oleh JPN & KPM. Tp ajar mcmana pun, mmg x boleh2 jgk..ajar mcmana 1x pun, tetap x leh baca @ pun kalau boleh baca pun, tergagap2. Ina pernah diminta jd guru
intervensi ni w/pun bukan ckg BM & ajar bukan dlm keadaan marah2 tp dlm bentuk bermain...kalau marah2, sure diorg x dtg sekolah punya. W/pun bebanan kerja byk mcmana 1x pun, budak mcm ni, tetap pihak sekolah buat program intervensi ni. Pernah pengalaman sendiri, hari ni ajar "Ba Pa = bapa" berkali2 esok bila suruh baca, "Pa Ba".. tu simple word je, kalau yg "Ja ngan" mmg x dpt terus... kalau semua guru pernah diberi peluang utk sethn try ajar membaca tp tetap x boleh2, x kan lah semua guru failed? Betul x? Tp mmg kesian, sbb mmg diorg nak belajar tp x pandai2 membaca

Ummi on 2:29 PM said...

pnut,

ini pendapat ummilah, dalam kelas yang ummi belajar skrg, kami belajar tentang isu-isu pendidikan, so kami kena baca banyak jurnal tentang sistem pendidikan, banyak kajian yang di buat terhadap sistem pendidikan di negara kita ini contohnya 3M, linus dan macam-macam lagilah

selepas kami baca jurnal tu, kami kenalah buat kajian pulak, kalau nak cakap boleh dikatakan semuanya ada kelemahan, contoh yang boleh bagi PPSMI yang hanya sebulan aje perancangannya, lepas tu di laksanakan dan akhirnya di mansuhkan, kalau tengok result pelajar yang sebetulnya macam nak nangis, memang kecundang habis

tapi tak boleh jugak salahkan sistem, dengar jugak masalah itu dan ini dari guru dan murid-murid, ibu bapa pun tak boleh lepas tangan macam tu aje, kenalah jugak ajar anak kat rumah

kalau di lihat, sistem pendidikan kita ini di politikkan, setiap kali menteri berubah, sistem pendidikan pun akan bertukar, contohnya sek kluster, sek berprestasi tinggi dan yang terbaru KSSR dan sebagainya

so cukuplah setakat ini, karang jadi satu entry plak hehehehe

najmi on 2:51 PM said...

terkejut saya wenco entry kali ni. umur 12 tahun masih tak tahu membaca itu satu masalah besar. saya pun sanggup kalau sabtu ahad untuk mengajar budak-budak yang tercicir ni. Insyaallah untuk ajar membaca dan mengira yang simple2 saya boleh jgn ke add math sudah ler. bagus wenco usaha murni wenco tentang beli buku untuk budak2 macam ni. Waktu nak beli nanti inform saya yer wenco, saya nak tolong sekali.

Pnut on 2:56 PM said...

she-G-tak sentap.. macam akak kata, kita bukan nak cari salah sapa.. cikgu ka, ibu bapa ka.. kita cuba sedikiiiitt dengan peranan kecil kita menyelesaikan masalah.

Kak Aidah-betul kak, peranan ibu bapa paling penting, mana boleh harapkan cikgu semata. Agaknya mak bapak pun give dengan anak mereka, pegi sekolah sekadar memenuhi waktu..

Zar-benda ni emak bapak pun kena kaunseling, cemanalah nak selesaikan masalah ini ek?? ehehe pnut lak dok pikiaq, agak-agak menteri fikir tak?? eheheh

Anon-itulah akak bagitau dalam entry ni, orang lain macam akak ni tak tau bebanan guru macam mana? jadi tekanan bentuk macam mana pun tak tau, cuma akak rasa, mungkin guru-guru boleh berperanan bagi motivasi, agar depa tak terjebak buat perkara tak elok, nak buat cemana kalau mmg yang slow learner.

Ummi-PSSMI tu saya kira antara satu kesilapan dalam pendidikan kita, that's my opinion..

Amyz! on 4:06 PM said...

betul kak. kita bukan nak cari salah sapa sekarang ni.

skrg ni, kita nak cuba bantu sedaya upaya nak bagi anak2 kita jgn tercicir mcm tu.

at least, tau baca, kira pun takpe. saya setuju part bukan dorang nak jadi doktor ke, lawyer je. dapat sumbangkan kemahiran dan tenaga utk negara pun dah cukup bagus.

kat sini, tak perlulah nak salahkan sapa2. semua dah usaha. anak murid, cikgu, mak bapak.

sekarang ni, masyarakat patutnya cuba bantu pelajar2 mcm ni jangan sampai ketinggalan.

masyarakat kita ni kena lebih prihatin dgn masalah mcm ni.

kadang sebab masyarakat yg tau nak salahkan mak bapak, cikgu dan murid tu jugaklah yg jadi salah satu sebab pelajar tu sendiri give up nak belajar.

T_T

sitinaminah02 on 5:12 PM said...

itu la nasib budak2 kt kawasan pendalaman ni. depa memang kena approch baekk punya. maths tu even buat dalam bahasa pun depa tak boleh nk pikap, ni wat in english. memang kesian.


*merasa jadi cikgu 2 bulan kat sekolah rendah, pekerjaan yg memenatkan.

Anonymous said...

kak..adik saya guru tadika darjah satu...tanya budak2 how are you? depa jwb my name is monica/ aminah/ peter..

saya terharu krn ramai yg simpati pd bebanan tugas guru dan sistem pendidikan yg tdk fokus pd penguasaan pelajar.

kesian pd guru yg ingin lihat anak didiknya berjaya tp dek krn sukatan pelajaran yg perlu dihabiskan, bebanan pelbagai tgjwb yg tdk perlu dibeban pd bahu mereka. apakah kepuasan pd seorg guru? tentulah melihat kejayaan anak didik.

selagi penguasaan perkara asas tdk ditangani jgnlah impikan utk ke bulan dan bintang...

MA on 9:31 PM said...

I think zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman I sekolah dulu-dulu(in the early 70s) where cikgu-cikgu are more committed dengan the learning and educating aspects. Mungkin juga zaman dulu expectations berlainan. Tak perlu tanam pokok, tak perlu hias sekolah...
I masih ingat masa Standard One - pembelajarannya masih style tadika - lukis bola kaler biru, lukis kucing...This is a cat, This is a ball. Cikgu pun tak tension... the aim was to get the student to Read, (W)Rite and (A)Rithmetic = 3Rs - but zaman sekarang ni I tengok buku budak darjah tiga, mak oii syllabus macam I darjah enam dulu-dulu. The pace is faster and ibubapa pun berlumba-lumba nak "push" anak mereka to excel (I cannot blame them, semua makpak nak anak pandai kan)supaya tidak tercicir dalam "system" - but in pursuit of that, kita terlupa to instill the "love of learning" kepada anak-anak kita. Sekolah juga berlumba-lumba nak kumpul As and percentage untuk nama. Cikgu-cikgu juga pressured to produce outstanding students -probably as their KPIs, I dont know am just guessing; and in that - ramai anak-anak yang slow learners, akan tercicir...sebab semua nak habiskan syllabus on time. Sebab itu la agaknya jadi kes macam ini, dah Form One pun masih tidak boleh membaca. Sebab remedial classes untuk anak-anak sebegini tak ada. Kalau dulu-dulu, sapa tak pass LCE/SRP tak boleh naik Form 4 so kena la repeat dalam Form 3 sampai lulus. Tapi anak-anak sekarang, siapa dan bagaimanakah nak hadapi kekurangan ini? i.e the (learning)pace yang berbeza tapi kena gak mengikut arus perdana i.e naik kelas tiap tahun dengan expectation yang sama dengan murid-murid cemerlang.
Kalau kelas lembam tu - okaylah boleh faham, untuk anak-anak istimewa; but what about anak-anak normal yang take a longer time to memorize the sifir? Or who needs a different approach to understand a concept?

Panjang komen I ni - but itu lah...I pun tatau apa penyelesaian terbaik. Mungkin untuk anak-anak slow learner, kena didedahkan kepada skills training dari mula (eg 10 tahun) supaya mereka bersedia dari awal untuk membentuk kerjaya masa depan.

Sekian.

Pnut on 10:10 PM said...

Amyz-betul tu..kekadang kita ni suka salah menyalah, bukan berlumba nak selesaikan camner masalah tu, not good...not good..

GC-betul la ni, anak orang kaya sebok belajar tak nak tertinggal, anak orang susah rileks je jadi bohsia, jadi bohjan..

Anon-tu le, sukatan pelajaran yg dok buat cikgu pressure.. camner nak atasi tu ek... kesian depa, guru dan murid.

Ma-no doubt, memang i setuju apa yang u cakapkan, semuaaaa.. terutama part kemana nak channel kemahiran bebudak slow learner ni.. masa depan mereka akan kelam kalau tiada tindakan dibuat.

Anonymous said...

Salam pnut,
1st time masuk blog u. Rasa terpanggil pulak nak komen sikit tentang masalah ni. Memang ada kes yang murid tahun 6 masih x leh membaca. Apa yang menjadi kemusykhilan saya mengapa setiap kali sampai di Tahun 6 barulah seolah-olah sedar sifulan ni tak tahu membaca. Bukannya nak menuding jari kepada individu tertentu tetapi sekadar ingin mengajak kita terutama yg bgelar guru muhasabah diri apakah yg telah dilakukan dalam 5 tahun sebelumnya. Yg kesiannya...bila gagal upsr nanti guru thn 6 lah seolah2 tak mengajar dgn betul... Kesian kan...?

Anonymous said...

salam pnut..
saya seorang bakal guru aliran pendidikan khas dan pernah menjalani praktikal beberapa kali. masalah macam ni memang sesuatu yang tidak asing rasanya bila di sekolah. bukan nak menunding jari kepada sesiapa,, tapi kadang bila ada anak-anak yang masuk darjah 6 dan bakal menduduki UPSR masih belum dapat membaca dengan baik memang mendatangka masalah kepada guru dan sekolah. walaupun dah diberi kelas tambahan, bengkel dan sebagainya, ereka masih ditahap yang sama. biasanya kalau mereka terlalu lemah mereka akan dihantar ke kelas pemulihan dan jika terlalu teruk, mereka akan dihantar ke kelas pendidikan khas. tetapi sebelum berlakunya perubahan itu, persetujuan penjaga atau ibu bapa adalah sangat penting. malangnya masi terdapat segelintir ibu bapa yang terlalu mementingkan nama sehingga tidak mengizinkan anak mereka masuk ke kelas pemulihan atau kelas pendidikan khas. mungkin mereka malu jika anak-anak mereka dimasukkan ke kelas-kelas tersebut,,tapi pliss la berfirikan terbuka, apa yang dicadangkan adalah untuk keaikan anak-anak dan bukan untuk menjatuhkan maruah ibu bapa iti sendiri. mentality ini yang perlu diubah supaya anak-anak sentiasa mendapat yang terbaik. malahan di kelas pemulihan atau pendidikan khas, anak mereka akan lebih diberi perhatian daripada berada di kelas aliran perdana. ini cuma pendapat-peace.

Unknown on 11:06 PM said...

samekom semua saya nak tanya ada tak peyelesaian unt anak 12 tahun x pandai membaca.. sekitar desa pandan kot ada yg dapat mengajar ke. tapi jangan yg mahal2 saya keje grabfood je kalau ada mhon wàsap 01116728227

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino