Hehehe saya punyalah tak tau pasal AJL bagai, maklumlah umur dah lanjut, koser nak amek port, tetiba je tau ptg semalam, eh ada final AJL malam ini, itu pun bibik yang jaga mak mertua saya bagitau.. ewahhh kantoi, nengok tibi manjang. Ermm maleh haku kenangkan peel bibik nan satu ni, bikin streeesss jek.
Tatau saper masuk final pon, dan kami pun tak tengok sangat, pakcik gebu bukan kaki layan benda cenggini, sesekali time dia pegi jamban, pegi hisap rokok, baru la remote kontrol tu free, kalau tak dia la king kontrol. So sesekali tukar kejap ke tibi tiga suku tiga nengok sapa ada perform, sekalik tekan terkeluar shahir punya persembahan, ayooooo dik tahun bila punya persembahan ni? dengan pompuan over feeling baca poem kat situ?? (nasha ajiz katanya, entah tak perasan) uhuks dik, itu zaman oby ahmad daun perform dulu leh la dik, atau zaman kak melah ram dulu.. siapalah punya ilham persembahan tu? udah le pakai baju apa pepari jantan... tang *tot* ketatlah.. ishkkk hazabedah betoi.
tapi saya sukalah sebab bukan anak pak tahir tu menang, menang persembahan terbaik jadilah, dengar kata ada terjun-terjun.. saya of course kalau ada peluang tengok time persembahan dia, of course tukar cenel. Dilla jangan marah noooo, kami cuba tau untuk suka dia..tapi tak boleh la.. donno la.. hati dan perasaan tidak boleh dipaksa.. ahaks.. hatiku tetap setia pada Fahrin Ahmad. Anak pak Mad, lebih howttt dari anak Pak Tahiaq. Anak pak din ni memang setia pada anak Pak Mad tu je, tu sebab kami tak suka anak Pak Onn. hahahaha kepada fan FT, acik sapinat pohon maaf la, tak minat kat dia walaupun hakikatnya suara dia dan lagu dia best, antara penyanyi yang baik kita ada, tidak dinafikan.
okeh bebeh.. peace no war
Kat FB, tengok ada kawan letak pic gheyang, atau keriang, tetiba saya pun rindukan sejenis buah ni, tak tau tempat lain nama apa, tapi kat kedah kami panggil buah jentik, alahai, buah ni dah pupus, tak pernah jumpa pon... *mode sedih* dan beberapa lain buah nadir yang sudah pupus.
Buah Nadir? apa tu? tak tau? apa ni?? semua tak tau.. wah kerek sebab dah tau.. berlagak. ok hape, berlagak sikit, kalau semua orang memilih merendah diri je, walau merendah diri dengan plastik sekali, tapi memilih untuk menjadi kekwat sesekali dalam kamus hidup anda adalah mewarnai karekter anda supaya tidak dilebelkan skema tahap boleh bertanding ketua belia.
Ok apa itu Buah-buahan nadir?
Buah-buahan nadir merupakan buah-buahan yang boleh dimakan tetapi tidak ditanam secara komersial. Buah-buahan ini biasanya ditanam di dusun-dusun, di sekitar rumah, dibiarkan tumbuh di pinggir hutan, atau tumbuh liar di dalam hutan. Kebanyakannya adalah tumbuhan asli Malaysia. Spesies yang dibawa masuk dari luar negara dan boleh hidup dengan baik serta berbuah di sini juga dianggap sebagai buah-buahan nadir. Buah-buahan yang banyak terdapat di Sabah dan Sarawak juga dikelaskan sebagai buah-buahan nadir.
Tau??? tau tak pe...
ok ni antara buah yang saya nak makan, pernah makan dan tak makan juga, dulu, sangat notalgia...
Buah jentik, bukan jentik-jentik.. jentik-jentik itu anak nyamuk
Inilah buah yang haku teringin sangat nak makan, tiga gambar teratas ni adalah buah jentik, tempat lain tatau nama apa.. buah dia kecik je, adalah besar-besar hujung-hujung jari je, nak makan dia kena jentik, pastu kelopak buah tu terbukak. cara saya dulu, jentik byk2 pastu makan.. beshnya. La ni mana ada??
melalui penjelajahan saya di internet, saya temui fakta, buah ni boleh lagi didapai sekiranya ada penempatan orang asli, macam dia tempat kawan saya Fida a.k.a chik yang tak kecik dah tu, yang tinggal jadi tok batin di Muadzam, Pahang. Chik yang perasan ada orang panggil dia adik, sebab dia katik je pon.. tapi gemuk, matiklah nak mintak tolong orang tapi keji dia satu perenggan. hahaha
Chik minta tolong hang, kot-kot ada anak-anak buah hang yang keluar masuk hutan tu ada jual buah ni, hang tolong la roger mai kat aku, pos la guna pos laju. aku bayar nanti.. teringin ni.. Sian cacing-cacing dalam perut ni teringin nak makan. (tak pregnant, so tak der baby nak mengidam)
Ini buat setoi orang kedah kata, tempat lain kata buah sentul kot..
Buah ni hamat sedap manis-manis gitu, tapi dulu mak sedara saya sangat keji, suka memperkotak katikkan pemikiran saya tau, selalu saya makan buah ni, telan sekalik nagn biji-biji dia, pastu emak sedara saya cakap "hang makan la dengan bijik, esok biji masuk perut, nanti tumbuh pokok, nanti keluaq ranting celah hidung, celah telinga, celah mulut" ishkk not good langsung, saya argue, pastu dia kata "betul la.. tak caya cuab pikiaq, orang tanam biji dalam tanah, pastu leh jadi pokok, macam tu la dalam perut" bengong je.. cissss.. tertipu haku masa kekanak.sejak tu saya makan buah tembikai pun aku kutip biji satu-satu buang, takut tembikai tumbuh dalam perut. Plis la.. tolong kata korang pun ada sama fikir cam saya, marilah kita sama-sama teraniaya dengan mitos itu, jangan biar saya nampak bodoh sensorang ek.
Pastu saya sangat esotik, jangankan buah ni je makan, kulit dia pun kupas dan makan, cicah 'garam belacan' atas pangkin bawah pokok pelam, eh saya masih terfikir, apesal pangkin mesti bawah pokok pelam? tak dibuat bawah pokok manggis ka, pokok rambutan kah?? asal buat pangkin, mesti lokasinya bawah pokok pelam, tak kecik ati kah pokok lain? kesian depa, diskriminasi, tak caya cuba imbas balik, rumah Pak Man, bangkin bawah pokok pelam, rumah Mak Zarah bawah pokok pelam, ada dua pangkin depan dan belakang rumah, dua-dua bawah pokok pelam, rumah saya pun bawah pokok pelam, rumah tok nab, bawah pokok pelam, ni tepi bendang lagi.. rumah Pak Ya kunyit, jap ingat tang mana pangkin dia.. eh rumah pak ya ada pangkin dak?? ada kot.. lupa lak tetiba.
Eh dulu, buah ketapang pun saya makan, buah jatuh kutip, ketuk-ketuk, pastu makan, erkk sedap, rasanya macam kacang, lemak-lemak gitu, ishkk sangat esotik la..
ni buah nona, saya tak berapa suka, sebab ada bau kan, saya buah-buah berbau tak berapa suka, termasuk tembikai susu. tapi tetap nostalgia, sebab sesekali tutup hidung makan juga, dengki oooo tengok Bibi (anak nyonya tokei keow teow) suka kait buah ni, pastu makan dengan rakus, gila nampak sedap.. tetiba buat baik ngan anak nyonya ni dan minta rasa sikit, (depan rumah Ba dan Nyonya banyak pokok ni)
Ni katanya buah NAM, lupa nama dia apa sebenarnya, pernah makan, tapi sorry beb, dah lupa rasanya cemana.
Buah cermai??? huiii masam.. tapi kalau buat jeruk sedappppppp, tapi kekadang, mak buat pincuk, tumbuk garam, gula, belacan, cili kering, then taruk kicap, pastu tumbuk-tumbuk cermai kasi pecah-pecah sikit, perggghh sedap.. gila neh, dok taip pun dok rasa ayaq lioq berkumpul dalam mulut nehhh terlioqqqq weiiii...
Buah ni kami panggil buah biji rembia, orang sini panggil apa ek? kundang? sedap makan kulum sampai tinggal biji, hat ni tak lah saya telan nagn biji, kalau telan ngan biji, dak la saya dok update blog ni hari ni, dah arwah. petang telan biji ni, malam tu pakat makan bubur kacang cicah roti la orang kampung saya.
ni buah bacang, depan rumah arwah tok Nab saya ada, macang dan kuinin, bial dah jatuh, ranum, sat gi tumbuk sambal belacan, cincang buah ni boh.. pergggghhhh merembes nyah.. mak pasrah akan kesedapannya..
Ada lagiiii tapi dah malas ni.. byeeeee
17 Komen:
hari tu beli manggis kat pasar tani, bawak balik, anak saya boleh kagum tahap gaban...itu manggis tu, belum lagi buah cermai bagai..
tapi byk buah2an dulu kita makan dah takde dah sekarang ni kan?
kalo kat kelantan...Buah Nam-nam tu dipanggil buah katak puru
buah nam-nam kak yati makan masa umur 45 tahun. kat tempat kak yati tak dak dan orang tak pernah sebut pun buah nam-nam. sedap oooo..masam-masam manis, cecah garam belacan. Buah jentik, tak teringin aih. tak suka. Buah cermai..oi banyak kenangan tu. jatuh dari ranting nan rapuh, nasib baik panjang umur, kalau tak arwah dah.Buak keriang kat tempat kak yati lain la. keriang dot, besar kaler ungu pekat, rasa masam manis. keriang kecik, rasa manih, makan dengan biji, berak keluar taik biji keriang.buah bulat-bulat macam taik kamben tapi kecik kecik macam hujung jari kelingking alesya.wah alesya pula masuk ini wayang buah nostalgia.
pnut, kak yati percaya makan buah dengan biji boleh tumbuh bukan metos tau sebab hari tu masuk surat kabar kata kat belah orang putih sana depa jumpa pokok tumbuh dalam perut orang yang tak tau punca sakit perut bertahun-tahun. jangan main-main. kak yati percaya sampai la ni biarpun orang akan kata kak yati budus sampai la ni.
dalam byk2 buah tu..buah nam2..cermai dan bacang je yg g pernah rasa....
yg lain2 tu ade yg pestime tau bila baca entry akak ni...hik3
ahkak pnut.
semua buah2 yg akak tunjuk tu saya pernah makan masa kecik2 dulu.. rinduuuu gila esp buah Nam... blakang umah tok saya ada pokoknya dulu... kesian budak2 skang takde chance nak kenal semua buah2 tu...
nieza
KM-manggis masih mudah dijumpai, kira boleh lepas gian lagi.. ermmm MARDI kena komersilkan hasil pertanian ini.
Faraulah-akak suka bila up entry macam ni, sebab boleh tau nama lain bagi nama buah-buah yang ada..syiok..
Kak Yati-ya saya ada kawan mempercayai mitos itu..eheheh
Ogy-alahai orang johor.. sian betul.. ada kawan akak dulu org johor, first time pegi kedah, dia nk tgk pokok padi.. cian betul.
Nieza-ya rindukan, tapi dah takder dijual..sedeyyy
pnut, fahrin ahmad jejaka gojes idamanku...hat tu dengan anak pak tahir, kompom la anak pak tahir tewassss........hahahaha manehhh toi fahrin ahmad, semanih buah jentik2 tu tau.....hahahahhahaha
ya allah, tetiba terasa nak makan buah cermai yg tumbuk dalam lesung skli dgn garam belacan tu. makan sambil terbatuk2 sbb buah cermai tu dh pecah, kuaq ayaq dia.
aduiiiii......
yey kak seme buah yang akak citer saya pernah makan KECUALI buah jentik..walaupun dulu saya tinggal bersama dengan tok batin CHIK..tak pernah rasa, dia tak pernah offer saya pun isk3x hehehe..kak buah Nam tu pokok dia sampai skang ada kat umah saya kat kg, rasanya masam2 manis, kelat..hehe
demmit!
rembia muda biji purple.
Terbaik dicicah sambal kicap.haha.
kecur air liur dah ni.
ada yang pernah akak makan dan ada yang tak pernah jumpa. sekrg ni susah nak jumpa buah camni sekrg ni
Pnut,
Buah chermai buat bincuk sedapnya.. Meleleh ayaq liuq aku daaa... = fa
pnut..
buah jentik berlonggok2 kat singkiaq ni..nanti musim buah saya bgtau.
buah setoi dgn buah sete...rupa nak sama.saya suka makan cicah dgn gula + tongyu..sedap ooo.
buah nona...my feveret ever..
buah nanam..masam kelat.tak suka.
buah cermai..terlebih masam tapi buat pincuk mmg sedap.
buah remia...yg muda2 buat cicah garam belacan...mabeles..
macang masak..campuq dgn sambal belacan + nasi panas2 + ikan kering...perghh!!!
buah gheyang yg kecik2 tu (bukan gheyang dot)...saya suka.
semua dah penah makan..
p/s..pasai biji tumbuh dlm perut tu..dulu2 saya pecaya gak..hehe
kak pnut,
buah peli@q tau?
hahahahahaha
larrrriiiiii
ampunnnnnnnnnnnn
kebetulan... masa baca ni tgh makan buah rembia madu beli kat KT.. sekilo RM35 kooooo..tapi sedap manis bersari besar besar
hahaha bacang tu ady selalu buat sambal. lepas tu carik ulam colek sambal bacang dan makan dengan nasi.
buah2 nih kebanyakannya ady suka makan. ehehe
Salam.... follow sini lepas google pasal buah sentul. :)
Post a Comment