Ya Allah, berikan ku kesabaran.
Tu dia introduction sendu dan pasrah sangat. Berilah ku kesabaran, menempuh desktop pc yang cam haper tah, betul mematahkan motivasiku untuk bekerja lebih produktif dan inovatif. Lembab siotttt..
psstt ini tambahan pagi ni..
kat bawah ni Karangan semalam kat rumah, yang pc pun lembab juga, gara-gara Najmi dok install banyak games, sampai kena virus dan tahap kena baca yassin sebab nazak gak tu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Merasalah bukak balik pc kat rumah, sebab maklumlah selama ni kekwat kerek nak mampos sebab dah ada laptop katanya kan.. Jadi pc tu memang si abang Najmi je guna, sebab mama dia ala-ala kekwat kat dapur pun leh online kan?? padan muka sendiri bila return laptop, mengagau guna pc lama, Ya Allah budak ni install semakneka games, ada virus, ada versi taip, padam-taip padam, wahhh hebakkk mu abang pakar pemusnah. Ni semua mengakibatkan jin-jin marah menerpa. Oklah lupakan, tak baik marah-marah.
Ok kita kembali kepada motif utama saya nak kesah.
Saya sangat bengang dan amat marah.. ceewaaahhh macam ada orang pedulik ko marah pnut??? Betul ni.. siapalah yang menciptakan sistem HRMIS yang ban**** nih? Pada dasarnya sistem ni bagus, tapi aplikasi sistem ni lemah gile, sistem yang hamat lembab ya ampun... kenalah dengan pc saya yang tahap siput tu, pasangan secocok, HRMIS ni bagi yang tak gomen, ialah sistem dimana, rekod kakitangan gomen ada disitu, kita boleh ubah maklumat, tambah maklumat dalam sistem tu, dan HR pun automatik leh update profile kita, nak pi klinik, hospital gomen pun senang, tak payah bawak GL lagi, terus dia check. Nak cuti ke hape semua in one system. Tapi saya raya inilah sistem pakai teruk sekali, amat melambatkan, sampaikan last minute, asyik tak boleh nak apply cuti, isi borang manual. Kat sini saya dah 3 hari, nak betulkan maklumat pun tak betul,
Eh hello, untuk makluman dalam sistem, saya masih cik, dan belum berkahwin. Kelas sistem kan?? anak dua dah oi. Dah tak larat suruh depa betulkan dak juga betul, buat sendiri, dah try byk kali, haghaammm error memanjang. Cemana nak buat neh??
Ok entry tamat.
Ape nak gambar? korang biar rasional sikit boleh dak?? Jaga hati saya sikti boleh? tanya apsal asyik tulisan je, mana gambar-gambar menarik untuk tatapan?? rasional sikit ek.. nak bukak email pun gua rasa nak nangis.. inikan nak upload gambar, edit gambar,, kemmmm salam sikit nak gua buat, tak der koser nak mengedit gambar sambil tersenyum riang, kompen berlori makian je keluar. Lunch time udah le tak pegi makan hagham gak tak kurus buang masa tu lunch time dok rileks-rileks baca paper, tengok tibi.. nak edit-edit gambar cam dulu sangatlah tidak berlaku.
Tapi janganlah dibimbangkan, sebagai seorang yang taffff saya tetap bekerja dengan kegigihan dalam serba kekurangan, banyak nak kena dibuat.. maklumlah sorry to say, tempat ni one step behind la, saya sudah dilatih oleh bekas-bekas bos dari opis-opis lama saya, first posting dan second posting, yang ada antara bos saya ala nazi sikit, push saya mesti one step foward, tetiba mai sini yang tahap one step behind, saya rasa tercabar.. eeewahhh.. kekwat nak mampos.. ahhahaha motibasi tu.. Tapi betul, boss yang ala nazi ni memang kita nyampah bila bekerja dengan dia, tetapi ilmu dan pengalaman dia bagi bila kita tak kerja lagi dengan dia, berguna sangat-sangat. Terutama macam skim perkhidmatan saya ni, kami jenis kena pandai create kerja sendiri, dan pandai manage diri sendiri, tak der bos monitor, pepandai le ko buat keja, itulah sebab diwujudkan jawatan tu kat satu tempat tu, untuk buat kerja mereka yang tak tau buat kerja bidang kita.
So perjuangan pertamaku, mau tukar ni semua gadget lama daaaa... sistem library yang ada pon tak digunakan sepenuhnya. Rugi je.. so my target, semua staff saya kat sini MESTI tau guna sistem sepenuhnya dan no more la tulis-tulis rekod peminjaman kat buku rekod, kamonnn itu zaman tok nenek kita daaa... pro-active plisssssssssssss. Boss lama ala nazi saya dulu kalau marah tak der ampun punya, Pegawai dia semua merasa kena marah kaw-kaw tahap macam dia nak marah tu, macam tak der esok-esok dah, hari ni kasi abeh semua. Boss macam ni namanya kita kena expect the unexpected, unprecitable. Eh betul, saya pernah buat minit mesyuarat, lebih 10 kali pembetulan sebab ada jer dia tak puas hati-pengajaran, kena check, teliti, dan double check dengan ahli mesyuarat sebelum submit kat dia.
Saya pernah dilempar kertas kerja saya buat, sebab kata dia 'u give me rubbish, i tengok first page je salah berlambak, i tak mau tengok seterusnya, lagi banyak silap, lagi banyak u kena bambu nanti, u pegi betulkan dulu, baru jumpa i, cari sendiri mana salah' hambek ko, boss ko mampu marah camtu?? oh ya saya juga pernah buat silap, sampai dia kata 'u ni syapnut grad dari universiti mana ni?? benda camni pun u boleh buat salah?' perghhh cukup lengkap pakej marah dia kan? Tapiii disebabkan ketegasan dia, marah dia, haha today i am what i am.. hahah ayat berlagak sikit la, kasi can la.. betul, dengan pengalaman keja ngan boss ala nazi ni, kita jadi seorang yang berhati-hati. heheh my ex-opismate yang baca ni sure tau punyalah,
"DO WHAT YOU DOCUMENT,
AND DOCUMENT WHAT U DO"
means, senaraikan dan plan apa nak buat, then buat apa kita dan senaraikan dan plan tu, dan rekod semua apa kita dah buat. People don't blame u kalau kita dah buat dan dokumen apa kita nak buat, (ada bukti) bila kita tak dapat buat (budget tak der) bukan salah kita, kita dah cuba, tapi tidak diluluskan. So anda selamat.
Segala perbualan telefon perbincangan dengan rakan sekerja, susuli dengan email, just refer perbualan kita dengan dia berhubung certain things.. itu adalah 'rekod' perbualan kita, dan minta dia reply and respon pada perbualan kita dan email kita. Documentkan. So people don;t blame u. I dah call, dah tanya pasal perkara itu ini, tapi si polan tu tak der respon pon" boss nazi saya saya tanya Bila u call? apa respon dia? ada rekod? nan ado.. maka kena lah marah seround, then u learn, document dan rekod. lps cakap phone, email, print dan simpan, bos tanya, tunjuk. so takder kesalahan disitu, tak kena gaya boss cakap "get me the officer punya boss, i follow up direct" kan selamat anda disitu. Always learn and learn even from your assistant paling rendah pon, kadang-kadang tukang simpan rekod file tu lagi terror bab fail-fail ni dari kita tau.. sebut je nak fail apa, dia leh tau kat mana, no apa, department mana punya. Bak kata Adnan sempit "wa orang penting, tu lingat Tan Sri-Tan Sri yang pandai buat tender juta-juta, tu tau nak fotostat ke? diaorang semua bergantung pada wa tau.. wa ada karier"
Alamakkk panjang lak karangan kita pada hari ni.. eh saya nak citer pasal apa sebenarnya? HRMIS ke atau pasla keja?? hahaha
20 Komen:
saya sekarang nie pun bernaung bawah bos nazi sebijik macam cik pnut punyer...hahaha
bos nazi tu lelaki ke pompuan?
saya pun penah kena bos nazi..bukan sorang tapi beberapa org.tapi kepala nazi adalah perempuan.
benda patut tulis ink merah kita tertulis biru @ hitam..siapla..tulis time kena guna jam askar..pepandai tulis 3 pm ka...habis...tak kira kita kat mana masa dia jumpa salah tu..kita tetap akan dipanggil mengadap...dah mengadap tu paham2 jelah..ceramah panjang lebar.padahal silap cipotet ja pun.
Kak Pnut, has pernh juga bekerja dengan bos ala2 nazri.....eceh..nazi la. Tapi tu lar, setiap apa yg dia buat kat kita akhirnya dia sendiri yg sedar. Alhamdulillah, dengna pengalaman bos yg ala nazi ni, has mampu bawa diri dan bekerja di mana2 pun, dan sekarang bos baikkkkk alahai pijak semut pun tak mati plak....tp kena lah juga pandai2 amik hati dia....kang org kata kaduk naik jungjung plak...tp HRMmmmm ni mmg hampesss..apapun Alhamdulillah, setelah berhempas pulas 5 hari, LNPT saya dah siap jugak.....
Salam,now I know why Pnut was transfered there..congrats dear..please do what your bos xpected from you..they know that ur the best..go..go..power rangers..sesuai sekali..jangan terhalang dek jarak dan kangen sama anak2..people believe in you...keep up the good work
Kak Wan
Salam...hmm dah biasa kena dengan bos cam ni...orang kata sabar...tapi sometimes sensitiflah...dah tua-tua kena marah...puas dah rasanya kena marah-marah masa kecik....pasal HRMIS...tempat eden ok plak....
HRMIS?
Haiya...what to do...kami yang maintain LAGI pening ....
bos saya adalah nazi dari segala nazi walaupun dia pompuan. And i learn a lot from her tapi bila part sembang kedai kopi ekceli dia ni ok gak kaki sembang..
HRMIS???
memang sucker gila la benda tu...sistem ketinggalan zaman...installation pun ketinggalan zaman...MAMPU macam tak mampu je nak buat kerja...hahaha...
HRMIS???
memang sucker gila la benda tu...sistem ketinggalan zaman...installation pun ketinggalan zaman...MAMPU macam tak mampu je nak buat kerja...hahaha...
saya tak kisah kerja ngan boss garang or ala2 nazi, cerewt ker...tp saya tak boleh klu boss mulut mcm longkang...klu salah, ckp salah...bgtau kat mana salah but please dont be sarcastic atau merapek yg bukan2 time dia marah, saya akan respect boss yg garang n at the same time boleh bg guidance...saya bg contoh boss tpt ni...klu dia marah ntah apa2 dia bebel mcm org gila...pastu takde integrity, saya menyampah boss2 yg mcm ni sbb seolah2 dia jadik boss tuh sbb dia mmg 'intan terpilih' mcm dia sorang bagus sgt...tp now dugaan dtg menimpa dia...so lesson learnt...it is nice to be important but it is important to be nice...
desktop akak yg slow tu cuba upgraade ram...pc saya dulu2 pon mcm tuh...pc saya Win XP RAM 512 tp bila upgrade ke 1GB ok plak jadik cargasss semula
opis saya dh ade complete integrated system.sy rs hampir sume operation adalah online termasukla berkaitan ngan staff profiles n finance..tapi last2 kena guna HRMIS.rase one step behind.dh ade sistem lg canggih pastu kena guna sistem yg byk jabatan guna spi lembab kalah siput babi.ooppss!
- erma
BM-bos nazi ni kekadang bila dia salah nak mintak tolong orang dia baikkkk je.
Ieda-bos nazi pertama pompuan, bos kedua nazi lelaki
Hasney-bos yang nazi ni ada kebaikannya juga, sebab melatih kita berhati-hati, dan kita dalam keadaan 'standby mode'
Kak Wan-thanks. Insya-Allah saya sedang berusaha menunaikan amanah.
tengkuyu-memang kalau nak marah patutnya kita tengok orang yang nak marah tu, kalau dah berumur, pendekatan kena lain, bukan senang nak jaga hati orang lebih tua dari kita.
KM-hehehe tak der perancangan ke nak tukar sistem lain? atau masih tetap begitu? apa penyelesaian kpd segala rungutan penjawat awam? erkk sekadar bertanya je ni?
Zar-ehehe nyonya zar ke?
Hazwah-MAMPU tak berapa mampu maknanya tu.eheheh
Erma-betul tu, ada jabatan/kementerian dah ada aplikasi maklumat kakitangan depa sendiri, cam opis akak dulu ada sistem cuti sendiri, laju, ok je, tp skrng ampeh abeh.
memang lemau HRMIS tu..
kalau meeting dengan vendor HRMIS lagik cam cibai...
ok, sila upgred sume mak nenek2 yg outdated kt tempat baru tu. baru depa tau, achik sapinat ni jenis advance in technology. hihi
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
aku suka sistem hrmis. tetapi jahanam celaka dia punye aplikasi yang lembab sial nak mampus nak masuk susah nak simpan susah
anak sape yang buat ni. suruh buat macam2 tapi ,nak guna susah gile celaka punya lambat.
berapa hari dah aku buat kerja yang tak siap2 ni disebabkan sistem yang celaka ni.
aku ni dah tahap stress ni boleh jumpa doktor pakar mental ni.
pembuat aplikasi ni sengaja nak buat lambat2. nak ambik duit katakan. jahanam... cibai... ciput
Nak hantar maklumat harta jer dah makan 2 jam, macam2 alasan pop up window keluar, kata sambungan server ditamatkan lah... berapa kerajaan labur untuk buat laman web yang macam ni?
jgn la kutuk2 hrmis.. bagus sistem tu
Siapalah punya technician hrmis ni sekarang dah 2023 oii masih lahi di tahap teruk buatlah pembaharuan masalah betul lah kalau tak boleh handel buang je hrmis ni ganti lain..dah la slow eror semua bagai..nak kena buat ulang2..punyalah teruk bukan sikit2 makan hari
Post a Comment