Mamat suka dok dalam kelambu - ni sebijik entry dia, saya copy paste letak kat sini, i likeeee.. entry saya tunggu sat-sat lagi noooo, kesibukan melanda. Kepada yang mempertikaikan kemenangan Ana Rafali, erkk saya tak kesah sapa pun menang, tak der kena mengena, tak kesah. Cuma gembira anak Pak Tahir tak menang juara lagu, tu je. ahhaah gila keji. Maafkan kami dilla, i try o like-like him, cannot gooo maaa... tapiii dia memang talented, dan suara boleh tahan. tak dinafikan. Erkk kepada yang mengomen Ana Rafali? siapa tu? tak kenal pon? huhu korang sangat ketinggalan sebenarnya. Lagu hujan bunga di kuala lumpur tu sangat comei, first time dia perform kat RTM masa malam puisi saya sudah jatuh cinta, (baca dalam paper ada wartawan tulis, pastu cari video kat youtube) oh plis bersepah pasal minah ni kat surat khabar, how come tatau? maybe dia tak der kontreversi, so no cheap story maaa.. sepatutnya dia cikgu BI tau, bukan penyambut tetamu, dia ada high level education maaa. erkkk bunyi cam minat Ana Rafali pulak dah.. nope la.. saya kan librarian, mesti kena alert semua perkara dan isu, barulah berkaliber katanya.. hiks.. *larikkkk pindah ke Tokelau, nyuruk takut dikeji* tatau negara Tokelau, sile google.
Ok ni yang mat kelambu tulis.
"Saya harap suatu hari nanti orang minat Ana Raffali bukan sebab rupa, tapi lagu dan apa yang mahu disampaikannya." - Ana Raffali -25/08/10-
Bagi aku, kalau kau menyanyi atas pentas, aku mahu tengok ekspresi muka kau. Aku mahu lihat bibir kau melontarkan nota-nota lagu yang kau tuliskan. Pergi mati dengan sangkar. Pergi mati dengan dayang-dayang menari sekeliling kau. Dan aku mengamuk bila Ana Raffali menyanyi dalam sangkar. Why, getus aku dalam hati.
Tapi, sebaik saja Ana menyuarakan Tolong Ingatkan Aku dari dalam sangkar, aku cuba kaitkan metafora atau semiotik lirik dan persembahannya (menyanyi dalam sangkar). Ah, aku teringatkan Penjara Pudu.
Tolong Ingatkan aku adalah luahan rasa seorang warden yang pernah berkhidmat lama di Penjara Pudu. Si warden menangis apabila mengenangkan betapa penjara itu, yang dibina sejak 1891 dan menjadi antara khazanah berharga tanah air, bakal dimusnahkan kapitalis-kapitalis atas nama kemodenan. Tiada lagi momen yang mampu membuatkannya mengenal diri tentang keinsafan dan kemanusiaan. Ana, yang mewakili isi hati si warden menjerit, Tolong ingatkan aku.. Kisah kau (banduan) tersedar.. Dengan saku penyeluk masa (lama di penjara membuatkan ramai banduan insaf)..
Bagi mereka, tiada apa yang patut dikenangkan dengan Penjara Pudu. Apa guna menyimpan penjara berhantu yang merekodkan sejarah peradaban penjenayah Malaya. Musnahkan saja. Gantikan saja ia dengan lot-lot perniagaan yang pastinya melambangkan kemakmuran ekonomi negara. Dan Ana berkata, Tolong ingatkan aku.. Kisah ku tersedar.. Dengan kasih memeluk rasa.. Ku teringatkanmu.. Setiap detik jantungku berdetak.. Setiap nota jiwaku berlagu-lagu..
Aksi Ana yang begitu emosional menyanyi dari tirai sangkar (penjara), hingga suaranya tenggelam timbul dek kesedihan yang begitu meruntun, adalah gambaran betapa suara-suara marhaen dan orang-orang yang 'berdosa' sudah lama dihumbankan. Suara mereka terkunci di balik tabir besi, tenggelam timbul dan hanya ratapan yang mampu diluahkan. Ah, aku teringatkan detik Sultan Muhammad menangisi kehilangan Alhambra saat dikepung ribuan askar Ferdinand dan Isabella. Bezanya, dua penguasa Kristian itu, tidak pernah meruntuhkan kota Andalusia tersebut.
**Untuk lirik penuh, sila Google sendiri.
Nota saya :
Itu hari tengok kat history channel, ada dokumentari mengenai penjara pudu. Ada kesedihan melanda jiwa, penjara pudu antara khazanah sejarah Malaysia, tidak kiralah walau ianya sekadar penjara, tetapi ia tetap ada nilai sejarah, disitu penjenayah yang tewas dihukum, disitu titik perpisahan antara insan, disitu titik akhir kehidupan. Ada nilai sentimental disitu. Dalam dokumentari tu ada interview dengan bekas banduan, bekas warden, bekas Ketua Pengarah Penjara, ahli sejarah. Baru saya tau, siapa pelukis mural di dinding tembok penjara, bagaimana ia tercetus, dan kisah pergolakan di dalam penjara, walau lakonan semula, tapi saya membayangkan betapa tekanan banduan yang berada di dalam tu, dan tekanan warden mengadap mereka hari-hari.
Dokumentari yang sangat menarik, yang saya kira RTM atau TV3 beli lah dan tayangkan. Sayang betul, tv-tv percuma ni gila tayang sinetron, drama-drama mengarut, makcik bedah dengki makcik senah, jenab gilakan duda la, minah gedik ngorat laki orang la.. skandal sana sini, laki pukul bini, dukun, bomoh dan hantu seram cam haremmm. Keji la, tayangkan dokumentari best-best kat history channel, discovery tu, banyak gila perkara bagus yang anak-anak kita kena tengok. My favourite channel is history, mujur kami laki bini suka sejarah, jadi kami boleh bersama menonton dokumentari sejarah berjam-jam bersama-sama.
18 Komen:
nan hado button LIKE eh kak non kat sini.. ehehehehe..
i love this entry!!! hohohoho..
kena dgr betul2 muziknya, fahami liriknya, fahami apa yg dipersembahkan..baru nampak kekuatan lagu2 itu..itu yg tiada pd kita..tp ada pd juri2 profesional mlm tu..mcm sy tulis di FB..xyah bising2..yg menang dpt 35K..yg bising2 dpt dosa kering..hmm...
sy suka Ana Rafali... anak Pak Tahir??? Erkkkk!!
juara lagu ni subjektif kata m. nasir dan lagu ni melepasi beberapa tahap yg membolehkan lagu tu menang
Pnut! takde butang LIKE kalau tak dah tekan berkali-kali...
JS terlepas dokumentari pasal penjara pudu nih! harap dpt tgk ulangan.
betul betul betul....
sampai anak saya sendiri yang berusia 12 tahun boleh komen apasal cerita drama asyik show pasal org hutang along, then problem ngan family... he he he
saya percaya m.nasir!
Yay Ana Rafali
TAPI YG PASTI, SAYA SUKA AJE SI fAIZAL TAHIR KALAH..MUAHAHAHA...
kak pnut,
maafkan je la mereka-mereka yang kurang ilusi dan puitis dalam minda..cuba selidik sikit lirik lagu tu...hayati dan dalami..mesti ada rasa disebaliknya kan...
i like
Saya suka Ana Raffali menang. AJL tu pertandingan lagu, bukannya populariti artis.
i ponnnn likeee komen-komen ouls... sukeeee.. ingatkan wa sorang je tak kenan anak pak tahir tu, ramai seangkatan.. taper. peminat dia pon ramai..
JS-cube awak check buku astro, kot ada ulangan, tp mmg best... ada dokumentari, pasal AL-Maunah, penjara pudu, highland tower,
zar pernah buat lawatan ke penjara kajang. Emosi dan mental duduk dalam penjara ni memang sangat mentel.. macam macam perkara pelik tapi benar happen sebab tu lah macam macam perkara kreatif lahir daripada penjara. Tapi jangan tak tahu ada warga penjara yangs edang sambung belajar buat ijazah law dan engineering tau.. bukan semuanya mentel lah..
tk tengok pun ms dia nyanyi..haha...
tp history channel memang best....
TV3??? dh lama tk layan....ntah le....makin menyampah lagi ada.....
semua pun nak roboh. tak mahu jaga khazanah negara. kalau pergi melawat tmpt2 sejarah, keadaan mesti tak terurus.
kalau generasi akan datang lupakan sejarah, nak salahkan siapa?
anak pak tahir tu memang talented, suara sedap, ada karisma.
sesekali, penyanyi baru dengan aura yang baru perlu ada untuk membuka mata dan minda kita semua.
tahniah ana rafali. :-)
AJL tu pertandingan utk lagu..yg bising2 tu sebab artis yg depa suka tak menang..saya taklah minat sapa2 pun yg masuk AJL thn ni.biarlah sapa pun yg menang..juri tu kan lebih arif.
i love the last para pasal tv1 2 3 ria etc yang duk meroyan tayang citer LEMAU!!!
Asalnyer laki mokcik jer yang gemor nengok canel history ni last-last dah berjangkit satu famili dah suke canel ni...
seronok tengok citer era perang dunia, zaman darurat malaya pastu citer pasai P.Ramlee dan Mahathir...
Setuju ngan kak pnut kalu rtm dan
TV3 ada canel cam gini drp duk tayang citer indon, nak pulak citer indon tahyul yang ditayang pd hari ahad, ada pari-pari la, ada sakti la... ada magik la... tak paham camner citer indom cam gini bleh plak tayang kt tv3 tu...
bak kata m.nasir, lain dari yang lain, itu lah pemenang yang kita cari dan bakat baru yang kita kne cungkil.
Post a Comment