Tuesday, January 11, 2011

Bihun tomyam perisa singgang, Resepi Apam Balik


Pernahkah anda memakan bihun singgang? tak pernah? meh opis saya makan...
Ini adalah sepatutnya adalah sesuatu yang kita mengorder bihun tomyam namanya. Tetapi kejadian bihun tomyam menjadi sedemikian amatlah diragui.

Inilah dikatakan, magik kuasa berganda, ko mampo dik? order bihun tomyam tapi dapatnya bihun bernama bihun tomyam, tetapi berperisa singgang rebus. Ko tak mampo dik.. makcik kantin saya je mampu. tak pasti le makcik ke, abang ke adik yang masak bihun ni, tetapi inilah bihun tomyam yang amat keji yang pernah dihidangkan kepada saya, sangat memalukan seluruh keturunan bihun tomyam, saya agak, ini bihun tomyam kasta paling rendah. Sedih nasib malang bihun tomyam yang bakal dikeji pembaca blog ini pulak selepas ini.

Kalau gamak tak reti sangt pun masak bihun tomyam, bolehlah tukang masak kantin saya beli je kiub tomyam, ataupun pes tomyam yang ada dijual, kemudian letakkan sedekit karot, batang saleri ke.. aduh terhina sungguh makanan kesukaanku diperkotak katikkan oleh mereka yang bukan pencinta makanan.  Serius rasanya adalah seperti menghirup bihun yang dicelur ke dalam kuah singgang yang ber'inti'kan ayam, dan udang kecik yang saya rasa, bulu hidung alesya lagi tebal dari janggut/misai udang tu. Kepada tukang masak ini, tiada bintang untuk kamu.. cuam abgi tahi bintanh jek. *kecewa*


APAM/APOM BALIK
Setelah menayangkan gambar apam balik yang gojes tempohari, saya diasak dengan soalan mahukan resepi, aduhai.. acik pun google je, pastu agak-agak je bahan dia, biasanya saya akan mencarikan 3-4 jenis cara/resepi, kemudian nsaya adjust sana sini, jad anggaran tepat tak ada ye, saya agak-agak je... tapi basically inilah konsep bagaimana apam balik berjaya dipersembahkan kepada pemakan-pemakan. Sonang jek buatnya.. bak tagline air asia "now everyone can cook" guna pan tefal sajork.


APAM BALIK
1 kotak susu low fat Milk
(patut fresh milk, tp takdak, aku guna low fat milk, kotak kecil budak2 hisap tu)
3 cawan tepung naik sendiri*
1/2 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil soda bikabonat*

*ayak

1/2 cawan gula halus (kalau takder, boh je gula kasaq)
satu senduk kecil mentega (cairkan)
2 biji telur.
sedikit air(agak-agakla, setengah cawan ke)

Cara sebenarnya, pukul gula + telur sampai kembang, then masukkan minyak (mentega cair) pastu kacau-kacau dengan bahan kering yang diayak dulu, gaul sebati, (kalau ada mixer, beat la ngan mixer)

pastu perap sejam sampai naik bubble bagai..

tapi cara saya koboi sgt

Saya masuk telur, gula, susu dan minyak tu dalam blend, then saya blend sampai halus, sebati

pastu saya masukkan tepung sikit-sikit, kacau-kacau nagn wisker je, kalau pekat sgt, tmbh air sikit, kalau cair sgt tambah tepung sikit, agak-agakla, kena try and error.
 
Ok pueh hati?? ada yang minta resepi roti-rotian.. kek yang senang, mudah dan sedap dibuat, aduh saberrrr satu persatu.. saya akan tunaikan satu persatu semua Insya-Allah.. buat roti sebenarnya tak susah.. kalau ikut resepi, Insya-Allah jadi, cuma proses nak menguli tu letisss sikit, kalau ada breadmaker atau mixer ok lah, tak penat sangat. Eh ada orang bagi info salah tau, ada sorang blog reader saya tanya "Pnut kalau tak der breadmaker (BM) tak leh buat roti ke?" katanyalah lagi dimembaca, ada orang kata nak buat roti kena ada breadmaker.
 
Itu ajaran sesat namanya!!!
 
Boleh nak... guna tulang empat kerat je, cuma sakit tangan la menguli, takat ciput-ciput tak per la, kalau sekilo tepung hazab juga. Cam saya, ada mixer beso je, tak der BM pon, koser la nak beli BM. Uli pakai mixer, pastu nak cepat yis tu kembang dan naik, lepas dah siap diuli, tutup bekas doh tu, kemudian letak dalam kereta bertutup rapat "berkuap" pergghh kejap je, tak sampai 1/3 jam dah naik.
 
ok sekian dulu, sehingga berjumpa di lain siaran.. marathon siapkan kerja, lagi 3 hari beb dateline.

10 Komen:

meandbaby on 11:08 AM said...

cik pnut...tq sebab bagi idea...saya dah try..memang marveles buat apam balik sendiri..tq sebab bagi idea..skang ni bebudak ni tau oder je..tak yah gi paso malam hanya semata nak beli apam balik...sharing is caring..i lap you la..

imah on 12:08 PM said...

ciannya akak...mesti tertekan ja kan mengadap bihun tu...hikhikhik... sabarrr byk2 ya akak.

nuni on 12:13 PM said...

lawak ler..terpampang lengkuas plak tu kak..akak tak p tanya balik mokcik kantin tuh..betui ke tomyam nih?

Pnut on 12:48 PM said...

Meandbaby-i lap u two three four pive, six beben...

Imah-memang tak tertelan, sedih betul tau..

Nuni-tak leh tanya la, kang emosi... orang kecewa katakan...

Unknown on 1:23 PM said...

Pnut teringat dulu zaman rajin meroti dulu sakan melibas hehehehe.. Gigih guna tangan nguli. ler ni tak kose dah hehhehehehe..

Unknown on 2:01 PM said...

dia nk buat tomyam putih kot kak..tp silap letak lengkuas kot jadik la singgang..eh,singgang letak lengkuas kan kan?? :p

Nurul on 3:56 PM said...

teringat hari tuh beli mee tomyam yang kuahnya sejernih air paip. Hampagas betul lah

ieda on 5:15 PM said...

ni tomyam negara mana plk nih???

Zareda Norman on 12:56 AM said...

bihun singgang pun sodappppp

Pnut on 7:49 AM said...

JS-wowww siap libas melibas gituk.. tak lembut gak roti tatau le..eheheh

She-G-ye singgang letak lengkuas..

Nurul-tah nye kan?? gamak betoi depa jual bihun rope gitu kat kita kan??

Ieda-entahlah tomyam versi jawa kot, sbb byk masakan jawaaa.. tempe..tempe..

Zar-nak try meh sini meh..ehhee

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino