Wednesday, January 26, 2011

Hak Kanak-kanak, tahukah anda?


UNICEF declare :-

Hak Setiap Kanak-Kanak:
Untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
Untuk dilindungi daripada penderaan eksploitasi, kecuaian, keganasan
dan bahaya;
Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
Untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri.

Maklumat lanjut boleh refer sini Dasar Kanak-kanak Negara interesting..

kenapa saya tulis pasal ni... ishkk acik marah niiii...

Baca blog JIEY dia emosi pasal penerimaan cikgu Smart Reader tak boleh terima anak dia yang 'delay' ampeh la.. belum jumpa anak orang tu, belum tengok potensi awal lagi ko rejek.. tu cube tengok deklarasi hak kanak-kanak tu. Ni kalau kat negara barat, emak bapak leh saman sekolah tu sebab tak mau terima anak dia untuk belajar dan membentuk potensi diri. Pencabulan hak asasi kanak-kanak ni. So kepada semua yang membaca, ingat, kanak-kanak juga mempunyai hak seperti digariskan di atas.

Ok tu je, senornya tader modal nak hapdet la..

p/s pesanan saya, kepada sesiapa yang order cupcakes, buat masa ni saya cuma terima order utk weekend je, weekdays tak larat nak buat, acik keja jauh nak sekarang, so kena rehat-rehat, kang sakit sian laki meks... nak jaga bini sakit lak.. sooo pepaham je la..weekend pun limited time, so kalau dah tau nak sambut besday anak/laki/bini atau sesapa, plis order awal-awal noooo jgn last minute, kalau order dah berderet, saya terpaksa menolak.. so sorrrryyy tak dapek nak nolong, cam contohnya minggu ni dan minggu depan, wa fully book katanya, peak season kononnya. so hanya terima order untuk minggu 13hb Feb ke atas sajork.

2 Komen:

Nurul on 3:58 PM said...

saya juga dah baca blog rayyan tuh. Sungguh marah dgn pekerja smart reader yang langsung tak SMART tuh. Eloklah kak jiey tak hantar rayyan di Smart Reader kalau macam tuh gaya kakitangannya. huh! Buruk sudah nama Smart Reader.

ieda on 4:07 PM said...

baru baca entry jiey..memang kurang asam punya staff.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino