Wednesday, January 05, 2011

Enjoy the momment.


Ada orang tu suruh redeem point bonuslink.
Saya pun susah payah check kat website, register, dan call ke call center dia, dptkan pin nak log in..
gigih kan? sekali check-check, point cuma ada, 787 jek?? cheeeeseeee redeem berus gigi pun belum tentu, dan redeem bekas makanan ala tupperware cap-cap ayam pun dia nak 2-3 ribu point.. kedekut siot. merajuk la.

Positif Negatif
ini bukan cerita pasal charge tenaga bateri perlu ada ion negatif dan positif, ini soal kepala hotak saya ni, fikiran kena set sendiri, kalau sendiri dok sogok kepala otak dengan benda negatif, negatif le jadinya, cuba hang pikiaq positif sikit boleh dak pnut? OK ketuk kepala dengan bateri kereta. Ok, saya positif. positif.. positif. Saya sayang suami saya sebab selain dia ada perut gendut leh sandar dan baring-baring, dia juga adalah ubat penenang jiwa. Rugi ex-ex dia dulu tak rasainya nikmat ketenangan dia bawakan sekali sekala. tu belum ambil kira bab ribut taufan dia bawa

So be positive.

Anak
Dua orang kawan saya bergembira bakal mendapat baby 2011, sorang kawan perempuan yang kini hamil 8 minggu, dan sorang lagi isteri beliau yang baru dinikahi hamil 4 minggu, wah the sharp shooter beb. Tahniah korang, saya tumpang happy, kerana perasaan itu amat indah dah happy. Saya tau, terutama bila tau hamil anak sulung, gila, macam nak lompat-lompat sampai terbelah bumi. Sungguh seronok, maka bakal ibu dan bapa baru itu, anda berhak untuk gembira. Biarlah orang lain kata "ellleeehh aku dulu pregnant tak over camtu pun, atau ellehh aku dulu bini pregnant anak sulung tak le over camtu" lorrr ko yg over sebenarnya, apesal ko tak anak over.. Beb!!! nikmatilah keindahan perasaan itu, kerana ianya akan jadi kenangan seumur hidup kita, rugi orang yang tak nak happy2 bila bakal dapat anak.

Ada orang pregnant pun nak sorok-sorok, hak dia la.. but for me, pregnant itu amat manis, tidak semua orang berpeluang untuk hamil dan bila kita diberi peluang, kita hargailah perasaan itu. Hayatilah saat, menyarung baju pregnant, saat, terpaksa beli sandal lebih besar dari size biasa sebab kaki mengembang, nikmatilah suasana dimanjai suami, bila minta dia ketip kuku kaki sebab perut kita sangkut nak ketip jari kaki sendiri. Enjoy the momment, sebab kita tak tau samaada Allah akan bagi kita nikmat untuk pregnant lagi atau tidak. Kita boleh rancang, aku nak 4 orang anak, nak 5 orang anak, selang setahun nak beranak.. Beb.. itu rancangan kita, rancangan Allah kita tak tau.

Saya sendiri merancang nak anak 4 atau 5 orang dulu, tetapi melalui kehamilan abang dan adik ni, terutama kesakitan mengandungkan Alesya, membuatkan saya berfikir 10 kali untuk hamil lagi, walau amat menggedik nak pregnant lagi. Terbayang emosi kena kuat, fizikal apatah lagi. Dan doktor pun say NO, saya redha, ketentuan Allah anak saya cuma dua. Setiap kali tengok wanita baya-baya saya atau lebih tua dari saya pregnant, saya cemburu, bestnya pregnant takder masalah apa pun perut dah beso leh pegi shopping lagi. Saya? cukup 5 bulan, saya kena kuarantin, setiap 4-5 jam telan ubat.  Berkepuk-kepuk anak-anak saya terima dadah.. Masa Alesya, disebab kebas tangan yang teruk tu, sipi lagi nak kena inject streroid, mujur saya bertahan. Cukup 30 minggu dah kena keluar dah budak berdua ni dari perut, belum sempat nak membukit perutku yang sedia membukit tu.

So enjoy the momment bila pregnant ni, both suami dan isteri. Bersyukur kita antara diberi peluang untuk melalui fasa-fasa indah ini. Sedangkan ada orang setiap masa berdoa agar diberi peluang untuk mendapat anak.

Kan.. kan.. kan...








p/s lagi 10 hari..

20 Komen:

ieda on 4:51 PM said...

bestkan ada suami debab2 ni....sedaaaapppp ja kena peluk..

Tijah on 9:42 PM said...

ok.

usaha tangga kejayaan.

kalau la beli laksa boleh kutip point kan bagus. huhuhu

Lia said...

saya dah kahwin bertahun2 tapi masih belum dikurniakan rezeki untuk mengandung dan adanya zuriat :(

Pnut on 8:10 AM said...

Ieda-tau tak per...ahahahah

Tijah-kalau beli laksa dpt point, aku dah boleh redeem sebiji rumah gamaknya.. tu diaaaa propa tak hengat..

Lia-sabarlah Lia, belum tiba masanya lagi agaknya, Allah merancang yang terbaik untuk hambaNya, bila tiba masanya DIA nak bagi, DIA tetap akan beri,

Sekiranya tidak ada pun, redha dan anggap mungkin itulah yang terbaik yang dirancang Allah.

Hayati on 8:15 AM said...

pnut, apa ni? berhenti cerita dengan keadaan anti klimak. sedap-sedap baca, dah abis...

Anonymous said...

Berbahagialah mereka yg dah dpt peluang dan rezeki untuk peknen.. Mush lama lagi aaa kot nak dpt nikmat jadi ibu ni..huwaaaaaa

Bawang Merah on 10:35 AM said...

kak pnut,

ade orang sggp berenti keje sbb nak jaga anak, saya lak disuruh jgn beranak semata-mata tuk keje cikgu GSTT...

Pnut on 10:38 AM said...

Kak yati-lorr ending dah ok dah tu.. eheheh ilham tak mari...

Mush-Insya-Allah bila tiba masanya dipermudahkan segala urusan, ada la tu nanti..

Bawang merah-alahaiii sedihnya... kenapa tak boleh beranak pulak? tak leh cuti ke? ke cemana?

Kak Lia on 12:29 PM said...

Saya dh tengok Kak Limah...(sila percaya...ngahahahha)

Betul sesangat.....
sy terharu....sedih...kecewa...tapi Allah itu Maha Adil kepada setiap hambaNya...

pada Lia di atas (nama kita sama) - sila sabar dan berusaha...kita tidak tahu rencana ALLAH....

:((

Zura Standard said...

Pnut, saya alhamdulilah nak masuk empat dah..insyaAllah bulan Mei ni..penutup dah ni kot..hehe..mmg nikmat tapi pregnant di usia seperti sekarang mmg mcabar sgt..byk letih dan malas memanjang..anyway, syukur gak awak ada sepasang kan..comel2 lak tu..

NUNI on 12:55 PM said...

kak , kiter teruja bab ps: lagi 10 hari tu? confirm eh..tak de yang nak tukar dgn akak kat sini ke?

Hayati on 2:22 PM said...

lah...kak yati ke blur.tadi pms kot. bila baca balik, ya lah ok dah tu ending dia.

Zareda Norman on 3:33 PM said...

sentiasa doa dan syukur...

Pnut on 3:35 PM said...

Lia-cer citer best ke tak?? ehehehe

Zura-tahniah... seronoknya nak masuk 4 dah.. best..best... take care tau..

Nuni-erkkk ape ni?? syyyy

Kak yati-wahhh salahkan pms lak dia..ehehehe

Zar-samalah, sentiasa berdoa ke arah lebih baik, dan bersyukur apa yang ada skrang..

Kak Lia on 4:06 PM said...

best gile...tk sabo nk tunggu yg baru... "Usop, Abi Hurairah & Jin Pakai Toncet"

Bawang Merah on 5:14 PM said...

kak pnut,

GSTT ker GST tu kontrak setahun jer, mmg dlm syarat kontrak tu tak leh mengandung tak leh amik cuti bersalin, annual pun tkdak,

klu cuti bersalin 2 bulan tak bergaji la jawabnya..nnt penat lak sekolah tu nk cari ganti tuk cikgu GSTT..

Hayati on 9:09 PM said...

he he he. nak salahkan apa lagi?

Anonymous said...

yesss we should enjoy those moments... agaknya sbb tu kita sentiasa rasa nak peknen lagi... bestnya...

cm

Ogy on 12:12 PM said...

mengharap agar dpt merasai saat2 itu sekali lg.....huhu

sitinaminah02 on 5:09 PM said...

enjoy the moment ni boleh jugak kalo nak cewi kat fb. haha.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino