Tuesday, December 14, 2010

Kak Limah’s ghost goes home


Tengok tajuk.. kelas tak?? very the omputih... atau perkataan melayunya Hantu Kak Limah balik rumah. Sambungan dari Zombie Kampung Pisang. Saya suka atau tidak?? of courseeee gua gelak guling-guling ok.. serius tak tipu... berguling dari bangku tingkat atas, sampai bergolek ke bangku tempat duduk paling bawah, kelakar nak mamp*s, gila kambing punya lawak, kambing pun tak lawak camni. Benci aku pegi tengok wayang citer kelakar nak mampos, sebab saya maleh pegi toilet sebab rasa nak terkucil. Awas kamu abang Mat, suka buat saya menahan ken****.


Sebagai peminat Mamat Khalid, dari zaman-zaman dia buat skrip Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, pastu jam 2 petang, pinang durian, Hari Raya Abdullalh Rafiee, Mohd. Noor Khusairi, erkk apa lagi ek?? ok, lupakan kisah abang Mat yang ensem itu, kita masuk ke filem HKLBR ni.

Poster filem ala zaman dulu kala tulisannya. Nice.

 Pelakon yang hebat, saper mamat comel gebu tu?


M Kadir Samsi ke pelakon yang pakai topi tu? kalau kita tengok dalam filem, telemovie Abang Mat, mesti ada dia berlakon, dan satu kelucuan yang Abang Mat wujudkan atau dah set satu benchmark kat dia ialah 'gila microphone' hahaha tengok la dalam memana telemovie, atau filem abang Mat mesti ada watak dia over bila dapat mic. Malah dalam video clip lagu Mawi duet ngan M.Nasir, tetap ada watak dia berucap dekat mic, antara kelakar dalam jam 2, dia muncul tempat band nak menyanyi, dan berucap "saya selaku abang sulung kepada ketua kampung, ingin menyeru, kepada penduduk.bla..bla..." pastu bila band break kejap, dia masuk "pengumuman, kepada pemilik vespa bernombor bla..bla.. sila alih vespa anda, kerana pak mat tukang masak, nak bawak masuk kawah" hoho..

Awie-Hussien, Usop, dan Johan, antara watak utama.. Usop yang lumpuh atau tak lumpuh, entah, sebab ada part masa takut lari dari Hantu Kak Limah, dia lari paling laju, malah siap angkat kerusi roda lagi.. pastu cakap "aku kalau tak kenangkan kerusi roda ni bantuan dari gomen, dah ku humban dah" ehhehe lelaki lembut bekas penari kebudayaan, yang tangan asyiklah meliuk-liuk... Babak best "siapa setuju kita bako je rumah kak limah angkat tangan macam saya" (sambil angkat tangan dan meliuk-liuk tangan, serentak orang kampung dalam dewan, angkat tangan macam dia)

Awie balik kampung, bercuti, keja kat Singapore (abang Mat lupa, sepatutnya Awie bawa balik laici dalam tin sebagai buah tangan..big mistake abang...)

Johan (Abi Hurairah) tanya Hussein : ko tak bawak balik kusyen ke kat aku?
Hussein muka pelik.. Kusyen??
Jawab Usop lembut : bukan kusyen.. tapi key chain... sambil sebut "itulah pentingnya english education" (sindiran)
Jawab Abi Hurairah : ye keychain..keychain.. yang ada gambo singa yang mulut keluor ayo tu??"

Filem ini sebenarnya kalau kita sedar dan perasan sebab kita ada perasaan, sebenarnya agak 'berat' kena tajam telinga dengar dialog, ada dialog Awie kata dia keja Supervisa kat kilang kat Singapore, Usop kata bukan Supervisa, tapi Supervisor. sambil ulang itulah pentingnya english education, dengan muka cute manja..eeii geram aku..ahahaha

Banyak sindiran seperti pertandingan merebut jawatan ketua kampung, attendan ambulans tu yang asyik merungut je.... semua tak kena...

banyak sangat sindiran, saya tak larat ingat semua, sebab ingat bab kelakar je.

selebihnya saya tulis dalam point aje..

Yang saya suka :-
1. Lawak dia lawak kampung (ya saya orang kampung) dan dipersembahkan secara kampungan juga, contohnya scene hantu terbang, dan dialog-dialog orang kampung seharian biasa. Saya suka

2. Props-Mamat Khalid kalau buat filem, terbaekkk ialah props dia, saya suka, rumah kampung, suasana kampung, idaklah dia shot kat kampung baru, atau Kampung Pandan, memana kampung dia lembah kelang. Dan peralatan dalam rumah tu sememangnya kampung. Di kedai kopi siap ada labu sayong.. kelasss...

3.Bukan senang nak bagi orang gelak tau. Tapi filem ni memang kelakar abeh, dan kelakar itu saya sangat suka, kita gelak sungguh, tahap tak boleh berhenti, atau baru 2-3 minit berhenti gelak, pastu kena gelak lagi.. Amat kejam disini, mujur urat gelak tak putus.

4.Watak Pak Abu-Zami Ismail, memang seronok, kerana dah lama tak tengok dia berlakon. Eksyen, cakap beso, ada silat gayung konon, tapi nampak kelibat kak Limah dia dulu lari tak cukup tanah.

4. ape ye, saya pun tak tau.. oh ya kekuatan filem ini ialah pada skrip-skrip dia yang kelakar, selamba dan bersahaja,

5. Scene kak Limah duk atas bumbung rumah, kemudian dia nyanyi enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas... Abi hurairah dan geng berundur pelan-pelan ke belakang, ingatka nak lari, rupanya depa leh layan poco-poco lak lagu enjit-enjit semut.. hahah kelakar

6. Ok, saya buntu tak tau nak tulis apa.

Point saya tak suka
1. kampung-kampung gak abang Mat, tapi babak-babak hantu terbang, kena tembak, pastu ada unsur-unsur tak berapa lojik tak payah la.. sebab filem ni dah cukup kuat dengan pelakon dan skrip. tak mau babak-babak camtu.

2. takder.. eh betul tak tau apa lagi tak suka, sebab banyak suka dari tak suka.

Sekian, selamat menonton.

p/s siapa nak belanja saya tengok filem ni sekali lagi, tp kat gsc alamanda je saya mau, sile berbuat demikian, kerana saya nak tengok lagi sekali, tapi tak mau beli tiket, ingatttt prinsip asas kehidupan kita.. kedekut dan jimat cermat, jadi saya dengan muka tak malu tahap kulit gajah siam, nak ajak jom le kita tengok filem ni sama-sama, tapi belanja la saya.. aci dak lagu tu???

Adik-adik kalau nak baca lagi pasai sindiran ini filem, boleh pegi blog Pak Cik Naga

25 Komen:

Zareda Norman on 12:22 PM said...

wah kelas review ni.. zar pun buat entry pasal hantu kak limah ni tapi tak boleh tulis banyak, asal tulis teman gelak sengsorang..

Kak Lia on 12:25 PM said...

bace aje dah gelak guling2...lom tengok lagik..

pnut...mane tajok? tak nampak pun...ke akak yg tk nampak :p

Nurul on 12:34 PM said...

ahaha..baca review kak pnut jer saya dah tergelak..kalo nengok dnegna mata kepala sendirik aku tak tau lah macam mana punya cramp rahang nih kang...huhuhu

Aini Razali on 12:48 PM said...

ala nape kat segamat takde panggung??? jauh sangat nak menapak ke melaka heheh...

erma on 12:52 PM said...

kak pnut..saya dh tgk! highly recommended! part seram mmg seram habihh..tapi masuk part kelakar mmg gelak spi nk jatuh kusi..spi crammed pipi sbb gelak..

part yg depa lari tu memula sy menjerit takut pastu boleh bersambung gelak dgn overnye..ini betul punye komedi seram..terbaekk!!!

yg tak bestnye bile tgk awal2 fullhouse, ade part2 tak bape dgn dialog psl satu panggung gelak. harusla tgk lagi skali..huhu..

lagi satu part plg best abi hurairah pki tudung saji..lawakkk gile lahh!!

kite bakor aje!! kite bakor!!

Pnut on 1:06 PM said...

Zar-memang kelakor kan.. gelak tak hengat kami

Kak Lia-uhuks.. lupa lak, tadi copya paste dari draft, lupe nak letak tajuk eheheh dah edit

Nurul-pi la tengok, mmg syiok oooo..

Aini-eh tader ke panggung, pegi ke bandar berhampiran anda sekarang..ehehe

Erma-ye kita bakor... kiter bakor... kalakor

syeka sweetheart on 2:12 PM said...

cite ni mmg lawak sgt2
cer cite cer citer..
*kusyen..ekekek xleh blah..

Amyz! on 2:21 PM said...

Hahahaha. benci tauu. kelakar gila. lebih kelakar dari zombie kg pisang tauu..

hahaha. benci la mamat khalid. sakit perot ai gelak2. hahaha.

syeka sweetheart on 2:22 PM said...

lg satu yg sakit perut gelak..
part johan pakai tudung saji tu..
adededede taip ni pon nk tergelak la..

Anonymous said...

kak pnut, memang lawak sangat keji filem ni..sakit usus gelak je.. memang betoi, setiap 2-3 menet, urat gelak rest, pastu kena gelak lagi.. tak tahan oooo

Shiela

Kak Lia on 3:25 PM said...

Aini Razali tu dok segamat kt mane....leh bekenalan takk??? heheheh

same la kita weh...moh kite gi BP nak...hehehe....tp aini kena la singgah kt labis dulu amek akak...hahahha

Pnut on 4:10 PM said...

Syeka-nak kusyen?? nanti kita hadiahkan ek..

Amyz-ya benci betul kan..tak suka kena gelak tanpa henti, penat..

Sheila-ya mujur usus-usus kita masih sehat, dan dapat makan dengan sempurna..

Kak Lia-ewahhh jejak kasih lak depa..cepat pegi deting ngan AIni..eheheh

Kak Rose on 4:44 PM said...

ada baca review semalam kat The Star... mmg nak gelak... tu blum tengok lagi!

Aini Razali on 4:48 PM said...

hahah kak lia org segamat gak ke??? labis kat ner? felda chemplak eh???
ala BP tak best. baik ukur keliling melaka...

ieda on 8:56 PM said...

nak gak tengok tapi mek kenit ni cemana???

Unknown on 8:35 AM said...

Dah tgk dah Pnut hari Sabtu ari tu...muuhahahhaha memang best! paling tak bole blah dialog depa "cer citer...cer citer" hahahha sakit perut gelak tgk Bomoh indon kena sampuk muhahhaha

Pnut gi la tgk kat Wangsa Walk kat situ ada kedai Romantika...hehehehe saja racun!

AuntieYan on 9:45 AM said...

Salam P-Nut,

Rasa macam nak je masuk panggung tengok cerita merapu ni...

He!...he!..review P-Nut dengan Zar sungguh menyakinkan...kena mintak komsen dengan Abg. Mat tu gayanya.Harap-harap Abg. Mat baca blog mika berdua.

p/s: tengok gambo Awie pakai tuala biru tu pun dah nak tergelak!

Anonymous said...

Pnut, sebab teracun dengan review Pnut semalam, akak pujuk hubby dan anak-anak pegi tengok cerita ni..

Mujur betul best, enjoy betul hubby dengan anak-anak akak semalam, kemain gamat satu panggung gelak. Memang betul kata pengomen kat atas, Pnut kena minta komisen ni..

-Kak Mastura

Pnut on 10:02 AM said...

Kak Rose-gi la tengok, kompem kelakor..

Aini-korang jejak kasih ek.. esok dah deting ngan Kak Lia inform sini.ehehe

Ieda-gi tengok tinggal dia sat tak bulih ka? tinggal dengan kak dengan abang dia?? ehehe tak pon bawak je la..

JS-cer citer..cer citer..eheh mmg kelakar la..

AY-jom la tengok Kak Yan, eheh tp kena belanja sebab saya mmg nak pow orang, haha berterus terang gitu.

Kak Mas-ehehe jadi juga akak meracun ek.. semalam baru kita chat akak cakap nak ajak hubby pegi, kalau hubby tak pegi, akak nak gi dengan anak-anak je, rupanya mau juga dia ek..

Anonymous said...

Kalau bab meracun orang hang memang terrer sapinat.. hahahah aku gigih juga ajak laki aku pi tengok semalam, tak tahan sana sini orang memperkatakan pasal filem, sebagai tidak mahu ketinggalan, aku paksa dia..ahahah

aku- Izan kawan hang la..

@hasney^-^ on 10:04 AM said...

Kak Pnut, baca review akak ni pun saya dah nak terguling2....kalau tengok movie nih...lagi2lah kot..hi3

Siti Noor Aminah on 11:41 AM said...

tak aci, nak tengok jugak. jeles ramai org dok review kata cite ni best.... uwaaaaaaa

imah on 2:46 PM said...

heheheheh...teringat hero saya si rafiq tu...kalau ada iklan ni kt tv..cepat2 dia cr belakang org..nk nyorok...takut kononnya...heheheh

Anonymous said...

ye saya pun ingat dulu-dulu org kampung pegi kerja kontrak kat singapore mesti balik bawak laici dlm tin .. pastu bagi le satu famili setin laici buah tangan org balik singapore... kalau anak ramai dapatle sebiji

kalau yg up sikiy bawak balik tuala mandi

abg ipar saya pegi keje singapore bawak balik kasut adidas.... pastu berlagak gilerrr wpun kat sana keje buruh kontrak je

cm

Yours truly on 5:16 PM said...

salam pnut..
hahahaha..baru baca review je dah gelak guling2.. tak sabar nak tengok ni... lambat betui nak mai sini..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino